>> 5 Terkini :

Sunday 14 December 2014

Apabila ideologi UG bertembung dengan ISU RAKYAT, mana satu perjuangan anda?

 http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/12/naik.jpg.jpg
PAS TIDAK PERLU MENANG PILIHANRAYA SEBAB: 
(Kita ikuti pelbagai alasan para pentaksub kromo Wala' tanpa sempadan..)

1. PAS berjuang Islam, menang pilihanraya bukan matlamat.

2. PAS parti Islam, tak menang pilihanraya pun kekal sebagai parti Islam.

3. PAS gerakan Islam, keredhaan Allah matlamat gerakan Islam. Biarkan Umno menang pun tidak mengapa.

4. Dasar PAS Islam, menang pilihanraya bukan penentu dasar.

5. Pemimpin PAS ulama', ulama bawa ke syurga walaupun kalah pilihanraya.

6. PAS harakah lslamiyyah, pilihanraya bukan matlamat harakah kita.

7. PAS perjuang hudud, biar kalah pilihanraya asalkan hudud terlaksana.

8. Al-Quran rujukan PAS, biar PAS ditolak rakyat asalkan tetap rujuk
Al-Quran.

9. Tarbiah keutamaan PAS, kalah pilihanraya juga sebahagian daripada tarbiah.

10. Wala' adalah tunggak, menang pilihanraya pun kalau hilang wala' tak guna juga. Wala' ikut suka walaupun pemimpin tak betul.

11. PAS parti tunggak datam PR, walau kalah pilihanraya PAS tetap kuat.

12. PAS nak selamatkan ahli dari neraka, menang pilihanraya bukan penyelamat. Ulama jadi penentu.

13. DAP dan PKR parti sekular, menang pilihanraya tapi sekular tak guna apa-apa. Umno pula walaupun sekular tetapi majoriti Melayu.

14. PAS sayang Islam, kalau menang pilihanraya rakyat tolak Islam tiada makna juga. Sanggup tunggu seribu tahun sampai semua rakyat terima Islam.

15. PAS pegang hadis, biar kalah kerana Nabi juga pernah kalah dalam perang.

16. PAS parti lama, sudah acap kali kalah, jadi kalah piliharaya adalah perkara biasa.

17. PAS parti Islam, Islam tetap menang walaupun kalah pilihanraya.

18. PAS berjuang Islam, kalau menang dan Islam tergadai apa guna.

19. Piliharaya sistem demokrasi, PAS tak beriman dengan demokrasi.

20. Ahli PAS ikhlas, menang pilihanraya bukan penentu ikhlas.

21. Ahli PAS pejuang, kalah pilihanraya pun kita tak berundur dalam perjuangan.

Ungkapan/tafsiran para Ustaz UG ketika ceramah, Liqo Tarbawi

KESIMPULANNYA:
UMNO-BN nak buat apa pun buatlah.. Para pentaksub Wala kromo hanya perlu redha. Umno nak zalim pun zalimlah... dah nasib kami kalah pilihanraya nak buat macam mana.

PARA PENTAKSUB UG SILA DENGAR PULA RINTIHAN RAKYAT YANG DAH MUAK DENGAN UMNO. DENGAR PULA AYAT KAMI, YANG TENTU ANDA SEMUA SUKA DAN REDHAKAN..??

Saya Rakyat Malaysia

1. Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

2. Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources. Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

3. Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki oleh Robert Kwok. MSR milik Robert Kwok sepenuhnya. OK.. cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove.

4. Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

5. Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

6. Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor. Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan

7. Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.

8. Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group

9. Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group

10. Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Beli Uni Asia Insurance. Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan

11. Tak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group

12. Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang. Landasan keretapi siapa buat?= MMC. MMC milik siapa? = Mayland Group

13. Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB. Ok..tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin

14. Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.

15.Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. Johor Port milik siapa? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.

16. Ok la… Saya orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong

17. Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.

18. Itu belum lagi kami rakyat Malaydia masukkan lagi pelbagai kerja buat Umno yang menyeleweng dan tindakkan yang tidak sepatutnya seperti PTPTN penyebab Anak Muda lulusan Universiti berhutang.

19. NFC RM250 Juta milik kak Ejaat bikin lembu.

20. Ranah rezab Melayu yang tergadai.

21. Kos perkhidmatan yang meningkat. Elektrik, air dan pelbagai cukai.

22. Kenaikan harga barang.

23. Kenaikan harga minyak.

24. Dah lenguh tangan aku menulis. Belambak dan beratus lagi ALASAN kenapa UMNO-BN perlu di tukar dari memegang/memerintah kerajaan Malaysia..!

Harapkan pada UG inilah jadinya... Lain cakap lain bikin.. Dalam kelam berunding dengan Umno. Apa mau kasi hayat UMNO-BN panjang lagi ke..???

Tahniah you all, You all earn this all, on your own!! Malaysia is not for Malaysian people anymore, its YOURS!! Entirely yours!

BARU PUAS HATIKAN PARA PEWALA' UG...!!?? ENGKORANG HANYA NAK REDHA SEGALA SALAH LAKU UMNO-BN.. BIARKANLAH UMNO-BN TERUS MEMERINTAH NEGARA..

2 comments:

5sal said...

UG and geng ni bagitau macam mana sekalipun mereka2 ni tetap wala' kalu tak wala' bermakna mengkhianati pemimpian, parti dan tak aamanah!

Anonymous said...

bro...

wujud ka ug nih...

ka hangpa saja-saja reka cipta watak "hantu ug" pastu hangpa momokkan "hantu ug" nih kepada anak cucu hangpa?

al-maklumlah...

macam mengkalu bebudak suka main ayaq sungai hangpa momokkan "hantu ayaq" supaya depa takut main ayaq sungai...

tak gitu?

Popular Posts