>> 5 Terkini :

Monday 11 May 2015

Tabung Haji kencing berdirilah pula,mana ada untung RM5juta pun...!!

Tabung Haji kena cukai 30 peratus daripada untung jual TRX - Peguam hartanah


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebanyak 30 peratus di atas keuntungan bersih penjualan semula tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pemilik baharu tanah berkenaan.


Peguam hartanah, Khairul Anuar Shaharudin berkata, jumlah itu sekali gus bakal mengurangkan jumlah keuntungan yang diumum TH selepas mengambil keputusan menjual semula aset yang dibeli daripada 1MDB.



"Katakanlah keuntungan yang diumum adalah RM5 juta, jadi keuntungan bersihnya harus ditolak 30 peratus untuk cukai RPGT.



"Kerajaan kenakan cukai itu kepada syarikat yang membuat jualan jika memegang hartanah atau aset tersebut dalam masa lima tahun namun dikecualikan kepada individu," katanya kepadaAstro AWANIdi sini pada Ahad.










Khairul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menjangkakan keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah seluas 1.56 ekar itu.



Kata Abdul Azeez, setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan selain memberitahu keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.



Dalam pada itu kata Khairul Anuar, TH juga akan dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada keseluruhan harga jualan tanah tersebut.



"Jadi apabila TH memaklumkan jualan semula tanah itu pada jumlah hampir RM200 juta, kerajaan akan kenakan GST sebanyak enam peratus daripada angka itu.



"Keuntungan TH juga dijangka akan menjadi lebih rendah dari yang diumum selepas ditolak RPGT dan GST," ujarnya.



Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebelum ini meminta TH membatalkan transaksi pembelian TRX untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit.



Dalam pada itu, seorang pakar percukaian negara yang enggan dikenali menjelaskan, penjualan tanah di TRX oleh TH kepada pihak ketiga dilihat mustahil dilakukan dalam masa singkat.



"Jadi transaksi ini sebenarnya mustahil kerana RPGT yang akan dikenakan ini akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.



"Ia bukan boleh selesai dalam masa satu atau dua hari, banyak prosedur yang perlu dibuat untuk memastikan transaksi itu berjaya," ujarnya.







Sebelum ini, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan TRX.



Laporan itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.

2 comments:

Anonymous said...

Mamak keling kutty kencing.melayu umno yg bodoh kah. Kah. Kah. Melayu pakatan rakyat bijak.

Anonymous said...

Melayu jugak yg bodoh...Si Mata Sepet juga tersenyum puas sb berjaya mengurangkan keuntungan ekonomi umat Islam...
Org Melayu mudah benar ditakutkan dgn HANTU, mrk akan sasau dan gila..yg menakutkan org melayu dgn HANTU itu, yg parahnya org Melayu cerdik juga semata2 nak undi..HANTU itu adalah NOMBOR..sensitif sgt org Melayu dgn NOMBOR sedangkan bangsa lain makin kaya dan sangggup buat apa saja utk kaya dan kukuh kerana NOMBOR juga..di sebalik isu ini, Melayu makin terkebelakang dan mundur, krn takutkan HANTU NOMBOR...si Mata Sepet tersenyum puas melihat org Melayu mudah diperbodohkan hanya dgn ANGKA dan NOMBOR..mrk terus kaya raya dan kalu boleh memang ingin merebut nilai TRX tersebut dr TH sb mrk kaya dgn nilai ANGKA danNOMBOR sdngkan Melayu takut dgn NOMBOR dan ANGKA....
dan puaslah hati Melayu nak undi ini sb misi mrk untuk menang pilihanraya tercapai, skrg buka isu lain pula, nak tutup isu TRX yg sdh terlepas kpd org lain..mana si mulut kecoh2 tempohari? mrk sendiri perosak bangsa mrk sendiri...

Popular Posts