>> 5 Terkini :

Friday, 8 May 2015

Bukti Haji Hadi seorang pemimpin yang lembab


Kita masih menunggu tindakan PAS terhadap beberapa demo kalangan yang mengaku sebagai pro ulama.

Ramai ahli akar umbi mahu melihat ketegasan Presiden PAS bertindak keatas sikap biadap sekumpulan ahli yang membuat sabotaj dan provokasi melampau terhadap kestabilan parti dan hubungannya dengan rakan tahallufnya.

Antaranya demo yang lakukan oleh puak-puak ini ialah :

1) Demo mendesak beberapa AJK PAS Pusat letak jawatan oleh Pemuda Kuantan yang dikepalai sendiri oleh Ketua Dewan Pemudanya, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.

2) Demo di Kampung Kubang Semang yang menghasut para pengundi PRK Permatang Pauh supaya menyokong Umno yang kononnya menyokong hudud.Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar dilaporkan sebagai kepalanya.

3) Demo Depan Masjid Batu Kampung Pertama pada 1 Mei oleh sekumpulan yang sama, PAS Cawangan Bagan yang dikepalai oleh Azmi Jaafar.

Selagi PAS tidak mengambil tindakan yang wajar keatas gejala yang dilakukan sebagaimana di atas itu, keadaan pasti akan bertambah buruk di masa hadapan dan Hj Hadi dilihat seolah-olah merestui kelakuan biadab mereka itu.

Protes pemuda terhadap Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda yang lepas tanpa diambil apa-apa tindakan hingga ke saat ini, membuktikan kepada kita semua bahawa Hj Hadi adalah seorang pemimpin yang lembab.

foto sila refer disini..

wrlr.blogspot.com/2015/05/bukti-presiden-pas-tidak-kisah.html

3 comments:

cucu mamak kutty said...

aji adi bukan lembab tapi ulamak yg telah banyak cakap bohong,ini le satu2nya contoh ulamak yg telah songsang

bob said...

bagaimana pulak ahli pkr yg menghina hj hadi...xmau ambik tindakan ke??

Peyo said...

Eishhhh padan la sapa suruh HAJI HADI HINA PRESIDEN mereka....

WAN AZIZAH tak layak lah
WANITA tak sessuai jadi ketua

Baru 2X5...

Popular Posts