>> 5 Terkini :

Sunday 17 May 2015

Jika Ahmad Awang diukur untuk menang p/raya, bagaimana pula MURSYIDUL AM PAS yang sudah 3X kalah p/raya?


Haron Din
KOTA BHARU - Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang untuk bertanding merebut jawatan presiden parti itu dilihat sebagai kerja sia-sia.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, bagaimanapun sebagai sebuah parti yang bersama-sama menghidupkan sistem demokrasi negara, Ahmad berhak berbuat demikian kerana kebebasan memegang jawatan yang diharuskan undang-undang turut terkandung dalam Perlembagaan parti itu.

“Beliau ada kebebasan untuk bertanding, biasanya orang bertanding ini diukur kebolehan dan kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya, baru mereka bertanding.


“Kalau kita ukur dan merasakan kita masih lagi jauh dengan pertandingan, jadi jika bertanding juga, bererti kita membazir waktu dan masa, tetapi tidak menafikan  beliau (Ahmad) boleh berbuat demikian,” katanya selepas majlis kuliah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa), semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Besar yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.

Haron ketika diminta mengulas keperluan di sebalik tindakan Ahmad berkata, beliau melihat kepada ketokohan yang ada pada seseorang pemimpin terlibat dan yakin pemimpin berkenaan (Ahmad) juga memahami faktor tersebut.

“Biasa kalau bertanding, kita tengok pada kekuatan hampir sama, (kalau kekuatan hampir sama) itu baru boleh dikatakan pertandingan, kalau pertandingan itu agak tidak setanding, boleh kita katakan ia semata-mata ingin bertanding tetapi bukan untuk kemenangan, tetapi itu terpulang pada pertimbangan masing-masing, ” katanya.

Menurutnya, Islam tidak mengharuskan kita melakukan semua perbuatan, ada benda yang kita buat itu sia-sia, ada sebaliknya, tapi kalau yang ditafsirkan itu satu mesej yang tidak sia-sia, maka eloklah bertanding.

“Tetapi jika ditafsirkan sebagai sia-sia, atau tidak mendatangkan sebarang hasil, maka memang Islam tidak sampai ke peringkat itu,” katanya sambil menyeru kempen yang berhemah dan berintegriti serta menjaga adab sopan sekiranya benar berlaku pertandingan dalam pemilihan jawatan presiden Jun depan. SH

2 comments:

Anonymous said...

Kalau macam tu Nabi SAW tak payahlah berperang dalam Perang Badar sebab mana sesuai 313 orang Islam tanpa kelengkapan senjata nak menentang 1000 tentera musyrikin Mekah yang lengkap senjata.- Mursyidul Am pun kalau nak cakap berpandulah sirah Nabi SAW.


(Menurutnya, Islam tidak mengharuskan kita melakukan semua perbuatan, ada benda yang kita buat itu sia-sia, ada sebaliknya, tapi kalau yang ditafsirkan itu satu mesej yang tidak sia-sia, maka eloklah bertanding.

“Tetapi jika ditafsirkan sebagai sia-sia, atau tidak mendatangkan sebarang hasil, maka memang Islam tidak sampai ke peringkat itu,” katanya sambil menyeru kempen yang berhemah dan berintegriti serta menjaga adab sopan sekiranya benar berlaku pertandingan dalam pemilihan jawatan presiden Jun depan.)

Jadi kenapa nak bentangkan hudud jika kes pondan di Negeri Sembilan boleh ditangkis dengan mudah oleh Mahkamah Persekutuan. Jika ini boleh dibentes mudah oleh mahkamah secular, apa jaminan hudud yang nak dibuat tidak dibentes oleh Perlembagaan Lord Reid?

Lebih baik gembeleng tenaga dengan Pakatan Rakyat tumpaskan UMNO/BN dengan mendapatkan mandat rakyat kemudian kowtimlah baik-baik dengan Pakatan Rakyat. Takkanlah usaha yang dibuat PAS ditolak langsung oleh Pakatan Rakyat melainkan wakil PAS merapu dan tak professional di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Datuk Harun Din TIDAK PERNAH menang pun selama bertanding dalam pilihanraya !
Kat TEMPAT SENDIRI pun TERSUNGKUR !
Nak kata apa lagi...belum keluar bertanding tempat lain lagi !
Hisssshhhhh...TERUK betul puak2 ni !

Popular Posts