>> 5 Terkini :

Tuesday 10 March 2015

Rahsia di sebalik transkripsi kenyataan media Yang Dipertua PAS Kota Bharu



“Daripada 14 Ahli-Ahli Jawatankuasa (PAS Kota Bharu) yang dipilih yang mengadakan mesyuarat (Jawatankuasa PAS Kota Bharu) pada malam ini, 11 orang daripada 14 (Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Kota Bharu) yang hadir bersetuju mengemukakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon Presiden PAS untuk tahun 2015-2017. 

Beliau sekarang adalah Naib Presiden dan kami penuh yakin dengan kemampuan beliau untuk memimpin Parti Islam Se-Malaysia sebagai satu tokoh yang sudah lama dididik dan dilatih oleh Tok Guru Haji Hadi sendiri dan dengan penuh penghormatan kepada Tok Guru Haji Hadi yang kami yakin dalam keuzuran sekarang ini, dengan suatu harapan bahawa Majlis Syura Ulama’ akan melantik beliau untuk menggantikan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia. 

Dan yang kami tekankan dalam mesyuarat tadi adalah suatu hasrat daripada (PAS) Kota Bharu supaya perpaduan dan keutuhan parti tidak pecah menjelang Muktamar pada bulan Jun nanti. Jadi kami penuh yakin dengan mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon Presiden PAS, insya’Allah, parti kita akan dapat meneruskan kesinambungannya. 

Dan untuk mengelakkan kontroversi yang berlebihan, kami hanya mencalonkan calon Presiden saja, tidak mencalonkan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan selebihnya. Yang lain itu kami mengharapkan PAS Kawasan-Kawasan yang lain yang akan mengadakan mesyuaratnya masing-masing mulai minggu depan sehingga April dan Mei. 

Jadi kita di Kota Bharu, sebagai Kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung di seluruh negara, cukup berbangga untuk mengemukakan nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden, dengan 11 daripada 14 Ahli-Ahli Jawatankuasa (PAS Kota Bharu) yang hadir bersetuju. 

Sekian.”

(Transkripsi kenyataan media Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato Wan Rahim Abdullah, di Pejabat PAS Kota Bharu pada 9 Mac 2015)

No comments:

Popular Posts