>> 5 Terkini :

Friday 9 January 2015

Natijahnya apabila seorang ULAMAK PAS memegang banyak jawatan dalam parti..

ذوالحزم شاريف السبعة

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/hadi_pas.jpg 

OTAK DUNGU.... KEPALA SUMBAT... AKAI DI LUTUT.....

Semalam aku menulis cadangan aku untuk pemilihan Kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2015 - 2017. Aku mencadangkan semua nama yang ada di dalam Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS iaitu mereka yg masih memegang jawatan Ahli MSU agar tidak dicalonkan atau jika dicalonkan untuk apa-apa jawatan di peringkat bawah samada PAS Pusat, Dewan-Dewan malah peringkat Negeri & Kawasan agar menolak pencalonan.

Apa tujuannya?? Tujuannya ialah untuk menjaga integriti mereka sebagai ulamak, menjaga integriti institusi tertinggi PAS iaitu MAJLIS SYURA ULAMAK, mengelakkan pertindihan kepentingan yang akan membawa kepada polemik dan fitnah.

Perlembagaan PAS khasnya Fasal 8 (4) mensyaratkan bahawa empat (4) orang ahli MSU dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, empat (4) dipilih dan dilantik oleh Dewan Ulamak PAS Pusat manakalan dua (2) dipilih dan dilantik oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan dua (2) lagi dipilih dan dilantik oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Baki tidak lebih lima (5) ahli akan dipilih dan dilantik oleh ahli-ahli yang dilantik sebelumnya.

Perlembagaan PAS tidak mesyaratkan bahawa empat (4) yang dilantik oleh JKPP mestilah dari kalangan ahli JKPP, begitu juga empat (4) yang dilantik oleh Dewan Ulamak, dua (2) oleh Dewan Pemuda dan dua (2) oleh Dewan Muslimat, Perlantikkan oleh JKPP, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat bukan semestinya dari kalangan ahli Dewan-Dewan tersebut. JKPP, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat boleh memilih dan melantik sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menganggotai MSU. Jika mereka melantik dan memilih dari kalangan yang memegang jawatan di kalangan mereka juga tidak salah, tetapi ianya akan menyebabkan pertindihan kepentingan.

Pertindihan kepentingan (conflict of interest) ini yang sepatutnya dan seboleh-bolehnya dielakkan. Dalam mana-mana organisasi perkara yang wajib dielakkan ialah pertindihan kepentingan.

Contoh, Dato' Nik Zawawi yang merupakan Setiausaha MSU, beliau juga adalah AJK PAS Pusat, beliau juga adalah AJK Dewan Ulamak PAS Pusat malah beliau juga YDP PAS Kawasan. Di semua peringkat beliau mempunyai jawatan. Begitu juga Dato' Hj Ahmad Yaakob. Beliau adalah ahli MSU, juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulamak, Pesuruhjaya PAS Negeri dan YDP Kawasan. Semua peringkat dia mempunyai jawatan.

Antara kuasa MSU adalah mendengar rayuan tatatertib ahli. Contohnya di dalam kes penggantungan dua (2) Adun Selangor. Keputusan menggantung dibuat oleh JKPP yang di dalamnya ada Presiden, Naib Presiden, Ketua Ulamak, Timbalan Ketua Ulamak dan beberapa AJK yang lain. Mereka ini juga adalah ahli MSU. Mereka membuat keputusan menggantung keahlian. Apabila rayuan dibuat kepada MSU, mereka ini juga yang menganggotai MSU yang akan mendengar rayuan. Adakah mereka akan mendengar rayuan keputusan yang mereka sendiri lakukan? INILAH PERTINDIHAN KUASA/KEPENTINGAN yang WAJIB dielakkan.

Perlembagaan tidak menghalang mereka dari menjawat jawatan ahli MSU. BENAR, tetapi atas dasar keadilan dan untuk mengelakkan fitnah, maka wajar mereka melepaskan semua jawatan lain dan hanya memegang jawatan tertinggi di dalam institusi tertinggi parti iaitu MSU. Mereka ialah ahli MSU. Kedudukan mereka sebagai ahli Majlis Syura Ulamak hendaklah diutamakan. Tidak perlu lagi mereka mempunyai jawatan di peringkat bawah. Kenapa perlu ahli MSU yang amat tinggi "mencemarkan" status mereka berada di bawah.

MASALAH.

Bila aku tulis cadangan aku begitu, maka ada komen-komen daripada segolongan ahli atau bukan ahli yang OTAK DUNGU, KEPALA SUMBAT & AKAI DI LUTUT menghentam aku mengatakan aku hendak membuang ulamak. Dilabelnya aku hendak menjatuhkan ulamak, digelarnya aku bongok dan macam-macam istilah haraki. Siapa yang hendak membuang ulamak? Siapa yang hendak menyingkirkan ulamak? Ulamak dipertahankan malah diangkat ketinggian mereka. Itulah cadangan aku.

Jika Presiden PAS bukan Tuan Guru Hj Hadi Awang sekali pun, ulamak tetap ada dan dihormati di dalam PAS. PAS ada DEWAN ULAMAK PAS. Semua ulamak Pas berada di dalam Dewan Ulamak PAS. Adakah dengan hanya Presiden bukan ulamak, Timbalan Presiden bukan ulamak, Naib Presiden bukan ulamak, maka ulamak-ulamak PAS telah disingkirkan?? Siapa yang menjadi ahli Majlis Syura Ulamak?? Tidak ada dan tidak boleh orang lain selain ulamak yang berhak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak. Apa pun berlaku, Aku tetap mempertahankan ulamak malah aku tetap meninggikan ulamak. Dewan Ulamak dianggotai oleh ulamak dan MSU dianggotai oleh ulamak, di mana hujah mengatakan aku dan ramai lagi bercita-cita membuang dan menyingkirkan ulamak?

Inilah masalahnya. Aku hendak mempertahankan para ulamak yang menjadi ahli MAJLIS MESYUARAT (SYURA) ULAMAK. Kedudukan ulamak hendaklah kita tinggikan. Apakah dan di manakah kedudukan ulamak jika bukan di tahap tertinggi iaitu MSU? Jangan ulamak-ulamak tersebut mengotorkan diri mereka dengan jawatan-jawatan kecil di peringkat bawah. Tugas ulamak adalah memantau, memandu dan memperbetulkan haluan, tindakan dan gerakan ahli-ahli dan pemimpin bawahan. Mengapa harus mereka bersusah payah dengan kerja-kerja remeh sedangkan mereka boleh lebih fokus melakukan kerja-kerja dan mencorak haluan syariat yang diperjuangkan.

Kepada yang OTAK DUNGU, KEPALA SUMBAT dan AKAI DI LUTUT, Buanglah kedunguan di otak, lapangkanlah kepala yang sumbat dan letaklah akai di kepala.

Seqadarnya. Harap Huzir boleh copy paste dan sebarkan demi Islam.

ZULHAZMI SHARIFF
09012015
18 Rabiulawwal 1436

2 comments:

maaf berkate said...

banyak pegang jawatan, banyaklah income akan masuk dalam kantong dia, masyuarat sana sini dapat elaun belum masuk lagi gaji tu,yang geng ni nak.tentang amanah,kerja letak no 2 atau 3,janji fulus dulu,kerja tak pa bagi s/u buat.

pelangsing wsc said...

asal amanah bagus saja

Popular Posts