KECELARUAN FIKRAH UMAT ISLAM DALAM MENTAFSIR SIAPA ITU ULAMA..
AL- ULAMA WARISSOTUL ANBIA'
Apa maksud Hadith Rasulullah s.a.w tersebut?
Ulama Perwaris Anbia'
Siapakah Para Anbia' ?
Apakah hanya Rasulullah sahaja yang menjadi Anbia' ?
Apakah ulama itu hanya menjadi Pewaris kepada Rasulullah s.a.w sahaja atau Pewaris Para Anbia' ( Para Rasul dan Nabi2 )?
Sebahagian Kisah para Anbia yang diceritakan Allah di dalam Al-Quran sebagai renungan
• Nabi Allah Shuaib a.s diutuskan Allah ke atas Kaumnya.. Kepada Nabi Syuaib tidak diturunkan Kitab Allah..
Apakah kehebatan Nabi Allah Syuaib? Baginda merupakan seorang Pakar Ekonomi.. Kesah baginda diceritakan oleh Allah di dalam Al- Quran. Apakah Nabi Shuaib a.s bukan seorang Anbia'?
Jika Nabi Shuiab a.s seorang Anbia' maka siapa sahaja yang pakar di dalam bidang ekonomi maka mereka tergolong dalam kalangan Al- Ulama Warissatul Anbia'
Jika mereka jujur dalam bidang ekonomi dan menepati syariat islam maka mereka adalah ulama yg baik DAN jika mereka menipu di dalam ekonomi maka mereka adalah Ulama Suk..
• Allah menurunkan kitab Dzabur kepada Nabi Daud a.s Apakah kehebatan Nabi Allah Daud?
Baginda Mampu meleburkan besi bagi membuat senjata, baju dan topi besi guna utk berperang dgn tentera Jalut dan Thalot..
Apakah Nabi Allah Daud bukan seorang Anbia?
Jika Nabi Daud seorang Anbia' maka kepada golongan yang menjadi pakar membuat senjata dalam medan peperangan adalah tergolong dalam golongan Al- Ulama warissatul anbia'
Jika mereka membuat senjata bagi mempertahankan islam dan umat manusia yang lainnya maka mereka adalah Ulama yg baik DAN jika mereka membuat senjata bagi memusnahkan manusia dan alam maka mereka adalah Ulama Suk
• Ke atas Nabi Nuh a.s tidak diturunkan Kitab Allah..
Apakah kehebatan Nabi Nuh a.s?
Al-Quran mencatatkan bahawa Nabi Nuh telah diperintahkan Allah bagi membina Bahtera. Kisah ini ceritakan Allah di dalam Al- Quran
Nabi Nuh mencipta Bahtera yang paling hebat dan paling besar yang belum pernah diciptakan oleh mana2 Manusia dan Jin sebelumnya..
Nabi Nuh sendiri yang mengemudi Bahtera tersebut di tengah2 Banjir Besar dan baginda sendiri yg mendaratkan bahtera tersebut setelah banjir surut.
Apakah Nabi Nuh a.s bukan seorang Anbia'?
Jika Nabi Nuh a.s seorang Anbia' maka siapa sahaja yang pakar dalam bidang pembinaan Kenderaan di lautan seperti Kapal dan kapal selam juga kepada para jurumudi Kapal adalah tergolong dalam golongan Al- Ulama warussatul anbia.
Jika tujuan pembinaannya dan hala tuju kapalnya baik maka mereka tergolong dalam golongan ulama yang baik DAN jika tujuannya hanya berbuat maksiat kepada Allah maka mereka adalah Ulama Suk
Juga tidak Allah turunkan kitab ke atas Nabi Idris a.s
Apakah kehebatan Nabi Idris a.s?
Allah mengajar Nabi Idris mencipta Jarum dan membuat pakaian bagi menutup tubuh badan umatnya agar lebih sempura dan tahan lama di bawah panas mentari dan hujan. Juga mencipta pakaian bagi membezakan antara lelaki dan perempuan DAN jenis2 pakaian yg sesuai di pakai pada musim panas dan musim sejuk.
Apakah Nabi Idris bukan seorang Anbia?
Jika Nabi Idris seorang Anbia maka kepada sesiapa sahaja yang berkemahiran mencipta serta membuat pakaian maka mereka tergolong dalam golongan Al- Ulama Warissatul Anbia.
Jika mereka mencipta pakaian yg mengikut syariat islam maka mereka adalah Ulama yang baik. DAN jika mereka mencipta pakaian yang mendedahkan aurat serta tidak mengikut syariat maka mereka adalah Ulama Suk.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return.
Sumber - KLIK SINI
Sumber - KLIK SINI
3 comments:
ulama penerus dakwah nabi
ulama penerus agama
ulama penegak islam
Post a Comment