'Dia ahli biasa tak perlu layan'
Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat
menyifatkan kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff supaya
Presiden Pas tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti
pertengahan tahun ini, sebagai kenyataan yang tidak perlu dilayan.
Katanya, Zulhazmi hanya ahli biasa dalam Pas dan tidak perlu respons pada kenyataanya itu.
“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," katanya.
Selain menjelaskan bahawa Zulhazmi adalah peguam Persatuan Ummah
Sejahtera Malaysia (Pasma) iaitu salah sebuah NGO yang lantang
mengkritik kepimpinan Pas di bawah Abdul Hadi, Satiful Bahri turut
membidas Zulhazmi supaya tidak mencampuri urusan parti itu.
Satiful Bahri menegaskan, perwakilan dalam Muktamar Pas akan memainkan
peranan untuk menentukan sama ada Abdul Hadi kekal atau sebaliknya.
“Kalau kepimpinan persatuan peringkat dunia iktiraf beliau (Abdul Hadi)
dengan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia,
kenapa kita di Malaysia hendak tolak?
“Untuk jawatan Mursyidul Am Pas, kita sudah ada Timbalan Mursyidul Am
iaitu Datuk Dr Harun Din,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul
Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti
2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih
layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang uzur.
Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada Muktamar 2013
berkata, ini sebab Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang
merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama
bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku
pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.
Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka menjelaskan bahawa
suara yang lantang itu tidak lebih sebagai suara picisan dan karenah
mereka tidak perlu dilayan.
Walaupun menyedari tindakan Pasma semakin lantang, apatah lagi membuat
kenyataan terbuka melalui laman sosial dan media mengenai Pas, beliau
tidak melihat ia sebagai ancaman.
“Dalam Pas, kita sudah lama menghadapi perkara seperti itu,” katanya.
2 comments:
Kalau bagitulah pemikiran seorang yang bergelar ketua dalam kepimpinan PAS maka dalam PRU14 nanti ahli biasa dalam PAS tak perlu memangkah kertas undi untuk dari kalangan wakil yang mewakili PAS sebab ahli biasa tidak ada suara dalam PAS sebaliknya hanya sesiap yang berjawatan dalam PAS saja boleh bersuara dan memilih wakil dari kalangan ahli PAS yang berjawatan lagi pula ahli biasa bukannya semua dari kalangan ulama berserban kebanyakannya dari kalangan sekolah liberalisma lagi berprofesonalisma. Tunggulah PRU14 nanti.
Sy sokong 100% atas kenyataan diatas.
Post a Comment