1. Ekosistem alam ditentukan mengikut sempadan negeri yang manusia buat. (KL tiada balak pun banjir).
2. Bencana Kelantan Disember 2014 tak perlu isytihar darurat.
3. Banjir 2014 tak seteruk 1967 ujar Nik Amar.
4. Kelantan banjir sebab nak bersihkan negeri sempena hudud tahun 2015 ujar Nik Abduh(akhirnya batal kerana banjir masuk dalam DUN Kelantan kononnya).
5. Pembalakan ikut peraturan. 5920 setahun. 11840 dua tahun. Dan seterusnya (tiada kaitan sedikit pun dengan banjir). Banjir sebab hujan lebat semata-mata.
6. Mangsa kena isytihar harta kerana banjir. Kepimpinan Alim Pas-UG TIDAK perlu isytihar harta (sejak memerintah 20 tahun lalu, tiada dalam kamus kena isytihar harta). Oleh sebab itulah Jabatan Hisbah tidak perlu di wujudkan.
7. Hudud hanya untuk golongan pertengahan dan miskin. Itu jenayah. Untuk golongan Alim Pas-UG dan Ahli Politik ianya dinamakan perniagaan.
8. Untuk selesaikan masalah banjir kena bentuk Kerajaan Campuran Pas-Umno hanya di Kelantan. Negeri lain yang kena banjir seperti Terengganu dan Pahang tak perlu kerjasama Pas-Umno. Kelantan dah bersedia ujar Nik Abduh(siapa bagi arahan dia buat sidang media tak tahulah).
9. Mat Sabu dan Mahfuz kena kutip derma bagi Pusat untuk mangsa banjir. Untuk jadi pemimpin tak layak sebab Jebon, Syiah dan fikrah tak jelas. Banyak lagi alasan.
10. Presiden Pas dan MSU jadi bisu bila sebut Kerajaan Campuran Pas-Umno. Terkunci mulut diam membatu seribu bahasa.
Engkorang boleh fikirkan sejenak apa sebenarnya yang bermain di benak para alim UG.
No comments:
Post a Comment