>> 5 Terkini :

Sunday, 14 December 2014

Apabila ideologi UG bertembung dengan ISU RAKYAT, mana satu perjuangan anda?

 http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/12/naik.jpg.jpg
PAS TIDAK PERLU MENANG PILIHANRAYA SEBAB: 
(Kita ikuti pelbagai alasan para pentaksub kromo Wala' tanpa sempadan..)

1. PAS berjuang Islam, menang pilihanraya bukan matlamat.

2. PAS parti Islam, tak menang pilihanraya pun kekal sebagai parti Islam.

3. PAS gerakan Islam, keredhaan Allah matlamat gerakan Islam. Biarkan Umno menang pun tidak mengapa.

4. Dasar PAS Islam, menang pilihanraya bukan penentu dasar.

5. Pemimpin PAS ulama', ulama bawa ke syurga walaupun kalah pilihanraya.

6. PAS harakah lslamiyyah, pilihanraya bukan matlamat harakah kita.

7. PAS perjuang hudud, biar kalah pilihanraya asalkan hudud terlaksana.

8. Al-Quran rujukan PAS, biar PAS ditolak rakyat asalkan tetap rujuk
Al-Quran.

9. Tarbiah keutamaan PAS, kalah pilihanraya juga sebahagian daripada tarbiah.

10. Wala' adalah tunggak, menang pilihanraya pun kalau hilang wala' tak guna juga. Wala' ikut suka walaupun pemimpin tak betul.

11. PAS parti tunggak datam PR, walau kalah pilihanraya PAS tetap kuat.

12. PAS nak selamatkan ahli dari neraka, menang pilihanraya bukan penyelamat. Ulama jadi penentu.

13. DAP dan PKR parti sekular, menang pilihanraya tapi sekular tak guna apa-apa. Umno pula walaupun sekular tetapi majoriti Melayu.

14. PAS sayang Islam, kalau menang pilihanraya rakyat tolak Islam tiada makna juga. Sanggup tunggu seribu tahun sampai semua rakyat terima Islam.

15. PAS pegang hadis, biar kalah kerana Nabi juga pernah kalah dalam perang.

16. PAS parti lama, sudah acap kali kalah, jadi kalah piliharaya adalah perkara biasa.

17. PAS parti Islam, Islam tetap menang walaupun kalah pilihanraya.

18. PAS berjuang Islam, kalau menang dan Islam tergadai apa guna.

19. Piliharaya sistem demokrasi, PAS tak beriman dengan demokrasi.

20. Ahli PAS ikhlas, menang pilihanraya bukan penentu ikhlas.

21. Ahli PAS pejuang, kalah pilihanraya pun kita tak berundur dalam perjuangan.

Ungkapan/tafsiran para Ustaz UG ketika ceramah, Liqo Tarbawi

KESIMPULANNYA:
UMNO-BN nak buat apa pun buatlah.. Para pentaksub Wala kromo hanya perlu redha. Umno nak zalim pun zalimlah... dah nasib kami kalah pilihanraya nak buat macam mana.

PARA PENTAKSUB UG SILA DENGAR PULA RINTIHAN RAKYAT YANG DAH MUAK DENGAN UMNO. DENGAR PULA AYAT KAMI, YANG TENTU ANDA SEMUA SUKA DAN REDHAKAN..??

Saya Rakyat Malaysia

1. Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

2. Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources. Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

3. Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki oleh Robert Kwok. MSR milik Robert Kwok sepenuhnya. OK.. cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove.

4. Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

5. Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

6. Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor. Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan

7. Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.

8. Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group

9. Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group

10. Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Beli Uni Asia Insurance. Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan

11. Tak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group

12. Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang. Landasan keretapi siapa buat?= MMC. MMC milik siapa? = Mayland Group

13. Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB. Ok..tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin

14. Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.

15.Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. Johor Port milik siapa? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.

16. Ok la… Saya orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong

17. Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.

18. Itu belum lagi kami rakyat Malaydia masukkan lagi pelbagai kerja buat Umno yang menyeleweng dan tindakkan yang tidak sepatutnya seperti PTPTN penyebab Anak Muda lulusan Universiti berhutang.

19. NFC RM250 Juta milik kak Ejaat bikin lembu.

20. Ranah rezab Melayu yang tergadai.

21. Kos perkhidmatan yang meningkat. Elektrik, air dan pelbagai cukai.

22. Kenaikan harga barang.

23. Kenaikan harga minyak.

24. Dah lenguh tangan aku menulis. Belambak dan beratus lagi ALASAN kenapa UMNO-BN perlu di tukar dari memegang/memerintah kerajaan Malaysia..!

Harapkan pada UG inilah jadinya... Lain cakap lain bikin.. Dalam kelam berunding dengan Umno. Apa mau kasi hayat UMNO-BN panjang lagi ke..???

Tahniah you all, You all earn this all, on your own!! Malaysia is not for Malaysian people anymore, its YOURS!! Entirely yours!

BARU PUAS HATIKAN PARA PEWALA' UG...!!?? ENGKORANG HANYA NAK REDHA SEGALA SALAH LAKU UMNO-BN.. BIARKANLAH UMNO-BN TERUS MEMERINTAH NEGARA..

Sokongan Kepada PAS semakin merudum ketika ini..!!


Sokongan orang Cina dan bangsa lain makin merudum sehingga tinggal 30% hanya kerana:

1. Isu Selangor. Dolak dalih Hj Hadi dan kumpulan UG ketika membuat keputusan melantik MB Selangor serta tidak seiring dengan keputusan dua lagi rakan Pakatan Rakyat.

2. Ulasan pemimpin PAS-UG yang asyik menghentam Rakan Pakatan Rakyat.

3. Pemimpin Pas-UG rasis mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman dan sentimen kepartian.

4. Kegagalan Hj Hadi untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memperlihatkan beliau tidak berminat dan bersungguh memelihara kesepakatan bersama.

5. Pertemuan Pas-UG dengan Umno didalam kelam memperlihatkan sikap tidak setia kawan.

6. Terdapat dua keputusan yang berbeza diantara Jawatankuasa Pas Pusat(JKPP) dengan Majlis Syura Ulama(MSU). Rakyat menjadi keliru.

7. Tidak memperjuangkan hak kebebasan rakyat bersuara seperti penentangan keatas Akta yang mencengkam seperti Akta Hasutan dan lain-lain.

8. Kehadiran Hj Hadi ke Dewan parlimen memperlihatkan beliau tidak cakna dengan isu rakyat dan keprihatinan beliau terhadap Negara.

9. Tiada kecaman berani untuk menegur salah guna kuasa Umno di dalam pelbagai isu terutama kenaikan kos perkhidmatan, kenaikan harga barang dan kenaikan harga petrol.

10. Ustaz UG mengembalikan semula budaya Takfiri di dalam Pas seperti cercaan lebel melebel sesama sendiri.

Kesemua ini telah memberikan gambaran negatif kepada Pas di mata pengundi bukan Melayu. Akhirnya suka di nasihatkan, Hj Hadi harus bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dengan meletakkan jawatan.

~‪#‎Rakyat_Bangkit‬

Adakah Pas bakal pupus di Kedah dan digantikan dgn PasMa??

Segmen Tahukah Hgpa!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxatW1Ly48WHYv4Cml4HyMyRE1vrlsq6MlwzYImp1bMXallYuPDq8rY7NDH0mJ2QvRAhB4rWF7ZYYMBPv4q6zGJGro_6UYCJcq1Zvx7wjtS8V1dRDOnphatvY-tegoE8aOqMHRwxPFy3g/s350/baba+foto+rasmi.JPG
Ketika ini di dalam scene politik Pas Kedah sedang berlangsung perebutan yg agak sengit..dikhabarkan ketika ini pepuak PasMa sedang cuba memujuk Tuan Guru Haji Salleh (dlm gambar) untuk menyertai perjuangan PasMa..

Bagi org luaq yg tak kenai sapa dia TGHS ni..dia adalah seorang ulamak besar Pas Kedah yg dihormati oleh semua pihak..dikhabarkan juga Tuan Guru Haji Rahim drp Pendang sudah pun berminat untuk menyokong PasMa..jadi sekarang ini geng2 PasMa cuba mendapatkan sokongan TGHS pula bagi mengukuhkan kedudukan PasMa di Kedah..

Tak tahulah sama ada TGHS akan menerima pelawaan PasMa ataupun tidak..namun sekiranya TGHS menerima dan menyokong PasMa..ianya pasti akan memberi tekanan hebat kpd Pas Kedah yg dipimpin oleh Mahfuz Omar..

Mahfuz Omar yg pada mulanya mahu bermain playsafe..kini sudah menunjukkan tanda2 tekanan setelah puak PasMa semakin kukuh di Kedah seterusnya menjadikan puak2 UG di Kedah semakin kehilangan punca dan rentak..ramai tok2 guru Pas di Kedah dikatakan semakin condong kpd perjuangan PasMa..

Adakah Pas bakal pupus di Kedah dan digantikan dgn PasMa??? Sama2 kita tunggu dan lihat nanti..oh ya..jgn lupa beli kuaci..menonton sambil kunyah kuaci lagi sodap beb!

sumber :  Wan Suhaijie Aupn

Sunday, 7 December 2014

Gelaran DATUK Setiusaha Maslis Syura Ulamak PAS Pusat dipersoalkan


1. SEBAGAI AHLI PAS.....SAYA MENUNTUT PENJELASAN DARI NIK ZAWAWI SELAKU S/U MAJLS SYURA ULAMA PAS UNTUK MENJELASKAN SECARA TERBUKA GELARAN DATUK YG DIGUNAPAKAI DALAM URUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DIANUGERAHKAN OLEH SULTAN/RAJA/YANG DIPERTUA NEGERI MANA DALAM 16 BUAH NEGERI DIMALAYSIA INI TERMASUK SEMUA WILAYAH PERSEKUTUAN?

JIKA ANUGERAH DARI KERAJAAN LUAR NEGARA,SILA NYATAKAN NEGARA MANA DAN ADAKAH PENGGUNAAN GELARAN ITU TIDAK MENYALAHI MANA-MANA PERUNTUKKAN AKTA/UNDANG-UNDANG NEGARA INI. DEMI MENJAGA KEMULIAAN ANUGERAH BERGELAR INI.

DIPOHON PIHAK BERKUASA NEGARA MALAYSIA YG BERDAULAT INI MENJALANKAN SIASATAN SECARA TERPERINCI BAGI MENGELAKKAN PENGGUNAAN YANG BERLUASA KEATAS INDIVIDU YG TIDAK BERHAK DARI MENGGUNAKAN PEMAKAIAN GELARAN SECARA SEWENANG-WENANGNYA!

2.SILA NYATAKAN SECARA TERBUKA,UNIVERSITI MANAKAH YANG TELAH MENGANUGERAHKAN GELARAN DR YANG DIGUNAPAKAI. ADAKAH DR TERHORMAT ATAU DR YANG DIPEROLEHI SECARA LULUSAN BERDASARKAN PENCAPAIAN AKEDEMIK?

JIKA GAGAL MEMBERI PENJELASAN YANG NYATA,IANYA AMAT MEMALUKAN DAN MEMALITKAN PAS SECARA AMNYA ATAS PEMAKAIAN INI YG TIDAK JELAS KAEDAH YG MELAYAKKANYA UNTUK MENGGUNA PAKAI GELARAN ITU! JIKA IANYA MENYALAHI PERATURAN PARTI DARI SUDUT MORAL,SATU TINDAKAN RASMI WAJIB DIAMBIL BAGI MENGELAKKAN PAS DIPALIT DGN HAL-HAL SEBEGINI!

AHLI PAS

12 Tahun pendekatan politik berbeza antara 2 orang Presiden PAS

12 TAHUN PEDEKATAN POLITIK BERBEZA 2 ORANG PRESIDEN PAS


Ketika Almarhum Ust Fadhil Noor mengambil alih pimpinan di sekitar 1989~23 Julai 2002 (12 tahun), beliau telah cuba membawa Pas KELUAR dari bilik TAKFIRI dan pendekatan keras terhadap pengundi. Akhirnya, melalui pendekatan sederhana beliau telah berjaya menarik sokongan pelbagai lapisan Melayu profesional, China dan India kepada Pas.

Keseluruhan modul 'Tahaluf Siyasi' yang kita guna pakai pada ketika ini ialah hasil Uslub Dakwah dan Tarbiah Almarhum Ust Fadhil Noor. Pendekatan yang sederhana kepada semua masyarakat termasuk Melayu, India dan Cina telah berjaya menarik minat mereka untuk mendekati Pas melalui pendekatan politik 'Muwajhah Silmiah'(PERJUANGAN MENDAPATKAN KUASA MELALUI CARA YANG AMAN). Politik Pas semakin memuncak di persada tanah air Malaysia.

Selepas Hj Hadi mengambil alih tampuk Presiden 2002~2014, 12 tahun beliau mengambil masa untuk cuba membawa Pas kembali ke era tahun 80an di mana budaya TAKFIRI dan politik keras keatas pengundi menguasai parti. Ini amat jelas apabila kemunculan anak muda lulusan 'timur tengah' mula berkembang biak memberikan pelbagai gelaran(lebel-melebel) kepada aliran yang tidak sehaluan dengan mereka di dalam Pas.

Jelasnya Hj Hadi kini telah mengambil masa 12 tahun untuk membawa Pas kembali ke zaman silam yang penuh dengan kegelapan pada saat noda budaya kafir-mengkafir, sembahyang 2 imam, sembelihan meragukan dan pelbagai lagi pendekatan keras melanda politik pantai timur ketika itu.

Lebih memburukkan keadaan selepas PRU-12 2008, telah mula menyaksikan gerakan MSU di dalam Pas cuba mendekati Umno melalui projek Kerajaan Perpaduan (UG). Isu Menteri Besar Selangor 2014 sekadar memburukkan lagi keadaan. Ia adalah realiti bahawa politik api UG di dalam sekam selama ini sebenarnya tidak pernah padam dan mula menyambar menjadi dasar politik menghalalkan cara kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu

Persoalannya kini, apakah kita mahu membawa Pas kembali menoleh ke belakang mengamalkan teori silam.? Bukankah kita telah selesa dengan modul dan pendekatan dakwah Almarhum Ust Fadhil Noor.?

Tepuk dada tanya selera...
Yang mana satu idaman kalbu...

A. 12 Tahun pendekatan Almarhum Ust Fadhil Noor membawa Pas keluar dari budaya politik lama 80an..

B. 12 Tahun pendekatan Hj Hadi Awang cuba membawa Pas kembali ke era budaya politik lama 80an..

Yang mana satu pilihan anda..?

~‪#‎Rakyat_Bangkit‬

LIKE, SHARE AND COMMENT

Apakah Nasib MAT SABU sama dengan NASARUDDIN MAT ISA...!!!!

NASIB TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG DI PERGUNAKAN OLEH PRESIDEN

Siapakah yang sebenarnya membuat arahan serta keputusan yang membelakangkan kehendak parti sehinggakan yang akhirnya di sabitkan dengan kesalahan ialah Timbalan Presiden.?

Nasib yang menimpa Nasaruddin Md Isa suatu ketika dahulu, kini telah menimpa Hj Mat Sabu apabila berterusan di himpit oleh arahan Tuan Presiden.

Nasaruddin Md Isa (Timbalan Presiden ketika itu) di keji dan di cela hasil dari arahan Hj Hadi yang inginkan pertemuan demi pertemuan di atur oleh Nasaruddin Md Isa untuk mengadakan perjumpaan dengan Umno di dalam kelam bagi membincangkan Kerajaan Perpaduan.

Apabila rahsia terbongkar, Hj Hadi lepas tangan membiarkan Nasaruddin terkapa-kapa di persalahkan oleh ahli Pas.

Kini nasib yang sama telah terkena keatas batang hidung Hj Mat Sabu yang tekun mengikuti titah perintah Hj Hadi.

Di antara arahan itu termasuklah rancangan Hj Hadi mengarahkan Hj Mat Sabu berjumpa dengan Tengku Razaleigh agar bersetuju menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang di dalam PRU13.

Begitu juga pertemuan Hj Mat Sabu dengan Azmin Ali (MB Selangor) adalah arahan Hj Hadi agar jawatan Senator akan diberikan kepada Pas Selangor.

Sampai bilakah nasib orang kedua di dalam Pas (Timbalan Presiden) akan terus di mainkan/di perkotak-katikan oleh Hj Hadi(Presiden) untuk mewajarkan sebarang tindak tanduk untuk memuaskan kehendak hati beliau ..???

~Penyokong Pas Tegar
SUMBER : KLIK SINI

Friday, 5 December 2014

Antara MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN : Mengapa KITA semakin tertinggal kebelakang..??

Copy paste dari seorang sahabat.. sekadar mencakna minda kita sebagai pewaris Negara tercinta ini...


"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"
Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???

ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.
Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.
UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~

sila forward moga semua faham tahu kedudukan kita & Peace For All

Thursday, 4 December 2014

PAS sekadar bermegah JENTERA yang ramai sahaja....!


PAS nie jika dilihat jentera aduhai mak oi memang tip top dan terbaik...seru sahaja pasti ramai-ramai turun punya.... tapi sekadar jentera sahaja bila datangnnya pilihanraya semua kalah tersungkur...

Tapi dalam duduk kalah itu masih berbangga situlah dengan kekuatan jentera mereka....sentiasa merasa bangga walaupun hakikatnya jika dilihat ia seperti jentera saja ramai tapi gerak kerja dan skill menghadapi peperangan sentiasa gagal...

Cuba lihat gerak kerja PKR & DAP bekerja untuk memangkan kerusi parlimen yang mereka bertanding...

Komposisi kerusi Parlimen yg ditandingi PR dlm PRU13

PKR = 99 menang 30 (30.3%)
PAS = 73 menang 21 (28.7%)
DAP = 51 menang 38 (74.5%)

Jika dilihat dari komposisi diatas ianya jelas dilihat JENTERA yang banyak pun tidak boleh juga sebab ianya kena disulam dan seiring juga dengan SKILL dan GERAK KERJA yang tersusun untuk menghadapi peperangan yang penuh tipu muslihat musuh nie...

Lihatlah bagaimana kerja buat DAP...w/pun mereka bertanding 51 kerusi sahaja tetapi lihat balik kemenangan kerusi mereka iaitu 74.5%..... dan contoh terbaik jentera mereka bekerja ialah bagaimana mereka yakin membawa LIM KIT SIANG bertanding di GELANG PATAH JOHOR sana...ini sudah pasti satu gerak kerja yang tersusun perlu dilakukan jika tidak takan mereka sanggup memperjudikan TOKOH BESAR mereka...

Manakala lihatlah pula PKR & PAS bertanding... Jika dilihat jumlah kerusi yang bertanding nak menang separuh pun susah sedangkan PAS lah parti yang tersenior dalam pakatan tersebut... jika sebut senior nie sudah pasti kematangan dan pengalaman sudah banyak...tapi dilihat semua itu macam tak ada entahlah tak tahu kenapanya....

JENTERA banyak tapi tak bbuat kerja kaa? JENTERA banyak tapi sekadar menerima arahan sajakah? JENTERA banyak tapi tak ada golongan pemikirkah? JENTERA banyak hanya sekadar musim p/raya sajakah? 

Jadi sebaik2nya semua yang ada baik diatas atau dibawah..marilah sama-sama kita muhasabah balik dan lihat balik mana yang tak kena dan tak betul dalam gerak kerja kita sekarang ini...

Nukilan :
Adam Al-Pekani, 

Baru aku tahu rupanya PAS ni mmg suka berkhayal. Bagus tukar je nama kpd PKK (Parti Kuat Khayal) atau PPK (Parti Pil Kuda)

Popular Posts