>> 5 Terkini :

Saturday, 15 November 2014

Sembang Kedai Kopi : Pasai apa aku tak sokong PAS?

Abe Awang Malaya - Politik Kedai Kopi


Awang : "Apa sebab utama mu benci PKR?"
.
Samdol : "Pertama, sebab Kajang Move.... Kedua, sebab dia pecat Tan Sri Khalid Ibrahim."
.
Awang : "Selain dari tu...?"
.
Samdol : "Sebelum tu, aku penyokong kuat Keadilan.... Tapi sejak dia buat Kajang Move, kemudian pecat Tan Sri Khalid, nak ganti dengan bini sendiri, baru aku nampak Nuar ni seorang yang rakus, tamak, gila kuasa, dan dia ada agenda peribadi dalam politik..... Sebab tu aku hairan macam mana mu boleh taksub ke Nuar Brahim..."
.
Awang : "Aku bukan taksub... Aku sokong je."
.
Samdol : "Sama lah tu....! Tak ada sebab pun orang jemaah kita sokong Nuar, kecuali pengkhianat dan munafiq je."
.
Awang : "Haha..! Mujur aku bukan ahli jemaah... Kalau tak, tak pasal-pasal aku jadi munafiq."
.
Samdol : "Maksud aku, jemaah PAS lah."
.
Awang : "Sejak bila pulak aku masuk jemaah PAS...?"
.
Samdol : "Mu tak sokong Pas ke...?"
.
Awang : "Dok...! Bakpe, pelik sangat ke...?"
.
Samdol : "Memanglah pelik.... Orang islam tak sokong parti Islam.... Orang jahil tak nak sokong ulamak.... Itu bukan pelik lagi dah, tapi bangang namanya."
.
Awang : "Itulah sebabnya, pasal apa aku tak sokong PAS..."
.
Samdol : "Sebab apa...?"
.
Awang : "Sebab dalam PAS ada ramai orang macam mu... Orang-orang bodo."
.
Samdol : "Sekurang-kurangnya mu kena tahu, PAS dipimpin oleh ulamak... Ulamak tu pewaris nabi... Sesiapa yang lawan ulamak, sama lah macam lawan nabi... Apa hukum orang yang lawan nabi...?"
.
Awang : "Aku tak anggap pemimpin PAS sebagai ulamak pun...! Apa masalahnya...?"
.
Samdol : "Bagi orang Islam, sokong PAS hukumnya wajib."
.
Awang : "Sebab...?"
.
Samdol : "Pas memperjuangkan Islam... Dasar PAS ialah Qur'an, Hadis, Ijmak, dan Qiyas....."
.
Awang : "Jadi....?"
.

Samdol : "Sesiapa yang menentang PAS, sama lah macam menentang Qur'an.... Orang yang tak nak ikut Qur'an, kafir lah...!"
.
Awang : "Apa makna Qur'an...? Apa makna Hadis...? Apa itu Ijmak...? Apa itu Qiyas...? Tolong cerita kat aku, macam mana keempat perkara itu menjadi dasar kepada perjuangan PAS...."
.
Samdol : "Er.... itu... kalau.. er... mu kena banyak gi dengar ceramah... join lah usrah haraqi, nanti mu akan faham lah benda tu.... Mu kena baca perlembagaan PAS, kalau nak tahu..."
.
Awang : "Tadi mu kata sebab utama mu benci Anwar Ibrahim sebab dia buat Kajang Move.... Kemudian mu kata sokong PAS sebab dasar PAS ialah Qur'an, Hadis, Ijmak, Qiyas..... Sekarang, tolong cerita kat aku, macam mana mu qiyaskan Kajang Move dengan ayat Qur'an atau Hadis Nabi.... Adakah Qur'an mengharamkan Kajang Move...? Adakah Hadis Nabi SAW yang perintahkan supaya membela Khalid Ibrahim....?
.
Samdol : "Er... Kajang Move tu urusan politik.... Memanglah tak ada dalam Qur'an Hadis....!"
.
Awang : "Hah...! Bukan orang PAS yang kata politik dengan agama tak boleh pisah...? Kalau pisah jadi kapir...? Sekarang mu pulak nak pisahkan Kajang Move dengan Qur'an Hadis, apa citer....?"
.
Samdol : "Er......"
.
Awang : "Sebab tu aku kata orang PAS ni bodo-bodo.... Sembang pong-pang-pong-pang padahal dia bukan faham pun apa yang dia cakap.... Sekarang aku nak tanya, apa yang mu faham tentang Ijmak...? Dan tolong cerita kat aku sikit, Qiyas tu apa...?"
.
Samdol : "Mana lah aku tahu...."
.
Awang : "Tadi mu yang sebut, dasar PAS ialah Qur'an, Hadis, Ijmak, Qiyas..... Aku tak nak cerita bab Qur'an, bab Hadis lagi.... Aku cuma nak tanya tentang Ijmak dan Qiyas dulu... Apa yang mu faham tentang Ijmak dan Qiyas...! Lepas tu aku nak tanya bab Hadis pulak, akhir sekali bab Qur'an...."
.
Samdol : "Er... eh, jangan gitu, Wang... er.. Kita sambung esok, Wang.... er, Tokey..! Mari kira....! Mu tolong bayar boleh, Wang...? Banyak pahalanya, kalau belanja orang makan ni..."
.
Awang : "Padan gitu lah mu, Samdol....."
.

U/P : Sam Presiden, Tok Usinn Ceroii dan para pengikut yang semazhab dengannya.
.

2 comments:

Anonymous said...

Terbaik.....

Anonymous said...

mu orang pasma la tu

Popular Posts