>> 5 Terkini :

Thursday 6 November 2014

Membongkar usaha mewujudkan Kerajaang UG di antara PAS dan UMNO


Anda sudah dengar video ucapan NASARUDIN MAT ISA yang kami postkan baru2 ini.. jika belum klik sini.... NASARUDIN MAT ISA PERTIKAI NIK AZIZ 

Untuk makluman anda kerja buat perpaduan ini dilakukan oleh MSU PAS di bawah kawalan Timb Mursyidul Am iaitu Ustaz Harun Din dimana beliaulah yang bermesyuarat bersama MSU dan membuatan cadangan ini untuk menjadi kenyataan dengan menyuruh Nasarudin Mat Isa jadi perantaranya...

Apabila perkara ini diketahu oleh pihak yang tak nak ber UG dengan Umno maka mereka menyampaikan kepada TG Nik Aziz dengan sepucuk surat...

Setelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima surat yang ditujukan kepadanya beliau terus mejalankan siasatan ke atas laporan tersebut.

Akhirnya Tuan Guru Nik Aziz telah mengeluarkan kata2 amaran akibat terlalu marah dengan apa yang berlaku. " Saya akan ludah muka org PAS yang mahu bersama UMNO "


Selepas itu bangkit Isu Hasaan Ali dan Ustadz Nasarudin Mat Isa keluar dari PAS dan sehingga sekarang ini walaupun Nasarudin Mat Isa bergerak bersama Najib Razak dalam misi menyatukan PAS dan UMNO tetapi Haji Hadi tidak pernah memecat beliau sebagai Ahli PAS Seumur Hidup.

Misi kewujudan UG dalam PAS telah dapat dikesan sejak tahun 2009 lagi justeru itu Ahli PAS jangan tak perlulah berdolak dalih lagi akan kewujudan kumpulan ini.

Dan mereka kini semakin bersemangat melancarkan agenda mereka....MEREKA sekarang sibuk dengan program Nekad, Liqa, Murni Aqidah, Munaqasyah, Kembara Tarbawi dan lain-lain. Segala tenaga difokus untuk menjayakannya sebagai persiapan menghadapi pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke 61.

Malangnya MEREKA kini mula lupakan ISU RAKYAT. Tiada kutukan atau kecaman keatas salah guna kuasa Umno. Umno kini selesa. Tiada pendedahan rasuah dan penyelewengan Umno. MEREKA yang membontot Umno sehingga mengkritik sesama Pas dan rakan Pakatan Rakyat dipuji dan dipuja oleh muka depan Akhbar dan Media Baru Umno.

Manakala MEREKA YANG LAIN DARI MEREKA yang menyokong Pakatan Rakyat digantung, dibarua, dikutuk dan dinista saban hari dan ketika..

Tiada lagi bacaan ayat Quran untuk menegur salah laku dan kezaliman Umno ketika rakyat di himpit oleh krisis kenaikan kos harga minyak, perkhidmatan dan barangan.....

Jadi berhati-hatilah semua akan kumpulan ini.....

Adam Al-Pekani,

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Popular Posts