Nasarudin Mat Isa mastermind UG yang dihalalkan Majlis Syura Ulamak sejak dahulu lagi..!!
Sebelum kita bersembang apa kata semua mendengar dahulu UCAPAN Mantan Timb Presiden PAS ini....kemudian anda hubungkaitkan apa yang kami nak sampaikan...
Terbukti skrg AGENDA UG memang berjalan dalam PAS... dimana mereka ini menekankan BANGSA MELAYU dan bila sebut MELAYU semuanya akan dikaitkan dengan ISLAM......
Bila ditekankan BANGSA nampaknya usul ini sudah bertentangan dengan apa yang perkatakan oleh MURSYIDUL AM PAS iaitu TG NIK AZIZ NIK MAT....yang mana beliau menekankan ISLAM dahulu kemudian BANGSA.....
Selain itu cuba tengok ucapan ini dimana beliau mempertikaikan apa yang dikatakan TG Nik Aziz iaitu hendak meludah golongan yang mahu ber UG dengan UMNO
Cuba anda dengar pula apa yang dikatakan sebenarnya oleh TG Nik Aziz...dan kenapa beliau hendak meludah mereka yang begitu suka hendakkan ber UG dengan UMNO.....
Yang pasti keputusan MAJLIS SYURA ULAMAK PAS bermesyuarat 28 APRIL 2008 juga telah membuat keputusan untuk ber UG nie dan pastinya yang bermesyuarat ini ialah TIMB MURSYIDUL AM sebab TG NIK AZIZ jelas tak ada sebab beliau dengan lantang akan meludah mereka yang nak berpadu nie...
Kesimpulan disini ialah kenapakah PAS masih belum mengambil tindakan keatas Nasarudin Mat Isa kerana beliau masih lagi AHLI PAS dan beliau sekadar di pecat dari JAWATAN AHLI MAJLIS SYURA sahaja....
Dan juga agenda nak ber UG nie adalah antara agenda senyap yang ada dalam PAS kini....
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Majlis Syura Pas telah membuat keputusan tepat
apabila menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin
Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Syura tahu apa
yang pihaknya putuskan kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan
alasan kukuh selepas membuat kajian menyeluruh.
“Majlis Syura sudah membuat kajian dan tahu mengapa Nasharudin perlu
dilucutkan. Justeru keputusan pengguguran ini sangat wajar. Semua pihak
perlu menerimanya dengan terbuka,” katanya.
Ketika ditanya adakah di sebalik keputusan ini Pas melabel Nasharudin
sebagai duri dalam daging dan membahayakan parti, beliau enggan
memberikan komen lanjut.
“Saya tidak mahu komen hal itulah. Apa yang pasti pengguguran Nasharudin ini tidak akan menggugat parti.
“Bahkan Insya-ALLAH tidak akan mengganggu persediaan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” tegas beliau.
Semalam, Majlis Syura Pas mengesahkan menggugurkan keanggotaan
Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok kerana didakwa telah
melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan
oleh Majlis Syura.
Keputusan mengenainya dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang
dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan
surat mengenai perlucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura sudah
diserahkan selepas mesyuarat tersebut.
Justeru Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang
jawatan. Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa
kerja Pas Pusat.
Dan yang pasti agenda UG nie memang ada dalam PAS dan masih segar sehingga kini jika kita melihat dengan apa berlaku sejak dua menjak ini...
Akhir kata terbukti sekarang agenda yang sedang UG sedang perjuangkan dalam PAS....dan kepala ketua yang sedang menjadi mastermind ialah dia ini iaitu Nasarudin Mat Isa....dan anak-anak buah beliau masih berlegar dalam PAS....
Adam Al-Pekani,
Pemerhati Politik Anda
No comments:
Post a Comment