>> 5 Terkini :

Thursday, 20 November 2014

Pimpinan kampus sekitar 1990'an di Timur Tengah dahululah yang mencorak pimpinan PAS waktu kini..!!

Syah Matt Danger 

Tulisan Ust Hasrizal mengingatkan cerita-cerita jamaah/PAS di Jordan sekitar 20 tahun dulu. Cukup menggamit kenangan & byk warna warninya. Ada dikalangan sahabat sepengajian yg dirasuk politik kampus.

Label melabel, menghukum serta menghentam. Jawatan yg dipegang seolah-olah satu anugerah, mulia & maksum.

Wujud 3 kelompok pelajar di Jordan.
  1. Satu kelompok berkupiah yg menganggap terpilih & suci serta pejuang sejati-ahli jamaah.
  2. Satu kelompok pelajar yg tidak berkupiah dianggap julas & tidak ditarbiah.
  3. Satu kelompok yg dianggap musuh jamaah Islam, keluar dari jamaah, wajib dijauhi dan dilabel sebagai puak IRC dan JIM.

Tahun '98 adlh tahun reformasi politik. Ustaz Fadzil Noor mengabungkan parti pilitik & NGO dibawah satu nama GERAK menuntut keadilan & menentang kezaliman BN tlh mengubah landskap politik sehingga ke Jordan.

'99 adlh tahun reformasi jamaah di Jordan. Kelemahan kepimpinan tertinggi & kesedaran ahli tlh melawan arus kebiasaan seolah2 akta wala' tidak wujud dlm jamaah.

Label melabel & pendekatan menghukum sudah tidak sesuai. IRC & JIM serta selainnya adalah mad'u yg perlu didekati.

Pimpinan perlu terbuka & bersedia utk dikomen. Majlis2 forum atau tahkim dianjurkan dgn terbuka utk melihat siapa salah & benar. Suasananya lebih kurang sama dgn pergolakan yg berlaku dlm PAS sekarang ini antara golongan progresif & konservatif.

Akhirnya jamaah menjadi lemah. Tahun 2000 adlh tahun yg menyaksikan ramai pemimpin pelajar menamatkan pengajian masing2. Bilangan pelajar di Jordan pula semakin kurang. Wlpn tamat pengajian saya diberi rezeki utk terus berada di Timur Tengah antara tahun 2000-2004. 

Apbl menziarahi Jordan, saya melihat perbezaannya cukup ketara. Pelajar hidup tanpa usrah & jamaah, hanya bergantung kpd persatuan pelajar shj. Fitnah 99 cukup memberi kesan.

Mereka yg dulu menjadi pemimpin di Jordan tlh menjadi pemimpin besar di Malaysia skrng. Berada dlm sof ulamak, MSU dll. Nampak gaya rentak mereka masih sama.....

Hujah wala' & demi menjaga jamaah masih meniti dibibir mereka demi mengiakan tindakan & mengekalkan jawatan.

Politik hujah, idea & interaksi dua hala serta budiman nampaknya tidak diamalkan. Tidak mustahil jika mereka tidak mengubah cara & pendekatan, apa yg berlaku di Jordan tahun 99 akn berlaku di Malaysia.

Pelakonnya hampir sama meskipun tlh berusia.... cuma tmpt, waktu & masyarakatnya berbeza.

Wal'iazubillah.

Alkisah Kenangan Ketua Dewan Harian, Sehari

jordan090
Kami insan biasa
“Anta dilantik menjadi Ketua Dewan Harian, dan malam ini dalam mesyuarat di Amman, anta kena bentang perancangan setahun Dewan Harian” kata senior kepada saya pagi tadi.
Saya menggaru-garu kepala.
Dewan Harian itu apa?
Mengapa melantik saya tanpa persetujuan saya?
Mengapa saya?
Saya biarkan sahaja soalan itu berselang seli, sepanjang perjalanan dari Irbid ke Amman. Sebentar tadi singgah di al-Mafraq. Susah hati sungguh melihat keadaan di sana. Pelajar baru yang bakal ditempatkan di universiti baru berkenaan ramai. Tetapi kemudahannya amat terbatas, dan belum pernah dalam sejarah pelajar Malaysia di Jordan, penempatan diselaraskan di asrama.
Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke tahun dua pengajian di Jordan.
1994.
Belum sempat bersenang lenang sebagai marhaen, saya diberikan jawatan yang saya sendiri pun tidak faham apa bendanya ia. Tetapi, terima sahajalah. Semuanya untuk kebaikan belaka. Tetapi saya akan berterus terang di dalam mesyuarat nanti, bahawa saya tidak tahu apa-apa, mustahil saya merancang agenda setahun dalam keadaan blank. Maka tugas mesyuarat malam ini ialah memahamkan saya, apakah yang dimaksudkan sebagai Dewan Harian itu.
Tiba sahaja di Amman, dengan blazer yang berdebu, saya masuk ke mesyuarat di Sweileh. Saya memakai blazer kerana menjalankan kerja-kerja persatuan, menguruskan hal ehwal pelajar baru.
“Ha, ahlan wa sahlan Hasrizal. Kami baru mula mesyuarat. Tafaddhal” ketua mesyuarat mempelawa saya duduk bersila. Seperti biasa, tilam dibentang di lantai, kami bersila di atas tilam. Ahli mesyuarat lelaki di ruang tamu. Manakala ahli mesyuarat perempuan di balik tabir, di bahagian dalam rumah.

No comments:

Popular Posts