>> 5 Terkini :

Saturday, 30 August 2014

Apabila ERDOGAN mula layu di tangan UG..!!

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUSTAFA_ALI_PAS_140814_TMIAFIF_002.jpg
Bila PAS hantar dua nama kepada Sultan Selangor dapat di rasakan istana akan berkenan pada nama Azmin sebagai MB. Rasanya harapan Kak Wan menjadi MB sudah semakin tipis sangat.

Hasil khianat Mustafa Ali (Cikgu Pa) dan Azmin Ali. UG akan naik semula. Gelombang UG berantakan pelbagai onar gagal disekat Erdogan. Dua anak Pak Ali beraksi penuh skill mengawal bola selaku ketua pasukan(Team Captain).

Tiada pimpinan lagi yang boleh kita harapkan. Alaf ini sudah di lihat semakin pupus untuk menyaksikan kejatuhan Umno. Pakatan Rakyat di hujung tanduk hanya menanti masa untuk hancur berpisah. Sungguh tak di duga dan di sangka sungguh, semua Geng Erdogan dah jadi tikus menyorok belakang dapur. Erdogan semuanya dah menyerah(surrender). Diam membisu seribu bahasa seolah phobia dengan libasan Cikgu Pa.

Kalau isu ini pun gagal hingga menyembah bumi. Usah bicara untuk muktamar tahun depan. Masa depan telah hancur di telan waktu. Geng erdogan semuanya dah kecut telur. Istana memang tidak mahu Wan Azizah. Kalau tidak, kenapa sampai hari ini istana masih enggan berjumpa Anwar mahupun Wan Azizah?

Surat sudah dihantar beberapa kali. Istana cari alasan untuk pilih orang lain. Geng erdogan pula semuanya membatu hilang kemampuan manakala pihak UG berkokok berlagu-lagu. Erdogan gundah gulana menyerah kalah. Tiada kesepakatan.

Manakala Istana bersiap menanti surat PAS calonkan Azmin. Menanti masa menyekat segala pergerakan. Peluang Azmin di lihat lebih cerah. Percaya sangat pada Cikgu Pa. Semua takut dengan Cikgu Pa. Siapa yang mampu ketengah?

Cyber trooper dan facebooker sudah hampir bosan kerana setiap hari di dada akhbar mahupun media baru terpampang gambar dan kenyataan Cikgu Pa. UG berkokok menokok tambah kekusutan. Cikgu Pa dah menjadi God Father. Ligat dan bertenaga mengawal gelanggang.

Kita tunggu juga wajah erdogan untuk memberi respon postif, malangnya bagaikan tunggu buah yang tidak gugur. Memang PAS patut tercicir dari arus pesada politik tanahair. Ketandusan pemimpin yang berkarisma, wibawa dan berani membawa hujah. Mereka hanya kaya dengan idealisme tetapi Panglima yang gagal di dalam peperangan.

Agaknya kerana itulah pihak UG ingin menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Tengku Razaleigh. Tiada pimpinan PAS yang di fikirkan layak. Telahan itu seolah mengiakan apa yang berlaku.

Cuma sabar di dada mempengaruhi diri dengan harapan akan muncul kembali wajah erdogan menguasai politik di dalam Pas. Tapi sebenarnya tidak ada.!! Erdogan juga bermain selamat (PLAYSAFE). Bermain dengan politik bersih agar akan sentiasa tercalon dan terpilih kembali di dalam Muktamar Pemilihan.

Erdogan tiada leader dan kini terkial-kial mencari rentak. Tidak sebagaimana tawaran ketika ingin bertanding. Yang lain juga begitu bagaikan ulam di celur air panas. Layu menanti masa untuk di mamah.

Erdogan enggan tercalar. Erdogan hanya berusaha ketika waktu pemilihan. Erdogan tidak mampu berhadapan dengan wajah Cikgu Pa. Cakap Cikgu Pa sudah bertukar menjadi wahyu. Erdogan terus menunduk diam membisu.

Tunggulah saat jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat kerana angkara UG tentunya sejarah akan menukilkan zaman yang paling malang dalam kamus riwayat Pas. Pemimpin erdogan akan di kenang sebagai pemimpin layu yang terpaksa tunduk dengan wahyu Cikgu Pa.

Penantian akan bermula 30 tahun lagi untuk PAS kembali bangkit di pesada nasional. Mungkin ketika itu erdogan sudah benar tua jika masih ada. Bertongkat dan bergenang air mata mengenang kembali sejarah lampau kerana gagal menyekat kemaraan UG membenamkan Pakatan Rakyat.

APA LAGI YANG NAK DI BUAT JIKA HANYA INI KEMAMPUAN ERDOGAN.

~ Rakyat Bangkit

No comments:

Popular Posts