>> 5 Terkini :

Sunday, 31 August 2014

Adakah PAS akan jadi pembangkang bersama BN di Selangor?


PKR + DAP + 2 ADUN PAS = 30
PAS = 13
BEBAS KHALID = 1
BN = 12

Akhirnya TG Nik Aziz bersetuju nak bersatu dengan UMNO...!!!


Kalau UMNO buang KEBANGSAAN dan ambil ISLAM sebagai dasar perjuangannya. Barulah akan ada penyatuan sebagaimana yg ditegaskan TGNA.

Yang takut dan marah halang UG sekarang, hanya mereka yang berjaya dijinakkan UMNO. Sebelum terlanjur, baik pertahankan maruah prinsip kita sepertimana yang ditegaskan oleh TGNA.

TOBAT AKU LAWAN!!!

Gempar.. Anwar pulun nak angkat BINI dia jadi MB sebab nak balun RM3Bilion..!!


Hujah paling aku tak tahan digunakan oleh pimpinan parti aku untuk menolak Wan Azizah menjadi MB ialah :

Kalau Azizah jd MB...

a) Anwar akan ambik duit RM3 billion untuk beli Ahli Parlimen dr Sabah Sarawak & buat projek spt projek 16/9

b) Anwar akan ambik duit RM3 bilion utk keluar negara & tinggal di luar negara krn takut dipenjarakan lps kes liwat selesai...

Aduiiii....

Apa dia ingat duit RM3 bilion dlm simpanan Kerajaan Selangor tu mcm duit parti dia yang dia boleh ambil suka hati guna nama org tu org ni...

Nih nak habaq bagi.. Duit simpanan RM3 bilion tu duit Kerajaan Negeri, nak keluarkan dr Perbendaharaan Negeri mesti lalui prosedur yg ketat bkn semudah pi cucuk kat mesin ATM.

Takkan la pernah pegang Terengganu dulu tak tau prosedur kewangan?? Semua kewangan negeri mesti diaudit.. Nak keluar mesti melalui Pegawai Kewangan Negeri (SFO).. Kelulusan dlm mesyuarat Exco dan sebagainya...

Nak lulus bajet pun mesti melalui sidang Dun dlm sidang Bajet...

Klu Wan Azizah jd MB pun, kita yg dlm kerajaan bersama dgn dia mesti jaga & mesti tau apa yg dia nak buat... Tak boleh kita biar dia seorang.. Itu konsep kerajaan bersama.. Bkn mcm bekas MB Kedah lulus balak diam2 mcm bekas Setpol dia bgtau hari tu... Balak blh la lulus diam2 tp duit negeri bkn semudah tu...

Atau mungkin dulu masa jaga Terengganu ada buat lagu tu??

Agak2 la nak buat alasan pun.. Bagi la org rasa kita cerdik sikit...

ZulHazmi Al-Takanan

Saturday, 30 August 2014

Punca MAS RUGI antaranya sebab hilang BAROKAH..!!!


Apabila ERDOGAN mula layu di tangan UG..!!

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUSTAFA_ALI_PAS_140814_TMIAFIF_002.jpg
Bila PAS hantar dua nama kepada Sultan Selangor dapat di rasakan istana akan berkenan pada nama Azmin sebagai MB. Rasanya harapan Kak Wan menjadi MB sudah semakin tipis sangat.

Hasil khianat Mustafa Ali (Cikgu Pa) dan Azmin Ali. UG akan naik semula. Gelombang UG berantakan pelbagai onar gagal disekat Erdogan. Dua anak Pak Ali beraksi penuh skill mengawal bola selaku ketua pasukan(Team Captain).

Tiada pimpinan lagi yang boleh kita harapkan. Alaf ini sudah di lihat semakin pupus untuk menyaksikan kejatuhan Umno. Pakatan Rakyat di hujung tanduk hanya menanti masa untuk hancur berpisah. Sungguh tak di duga dan di sangka sungguh, semua Geng Erdogan dah jadi tikus menyorok belakang dapur. Erdogan semuanya dah menyerah(surrender). Diam membisu seribu bahasa seolah phobia dengan libasan Cikgu Pa.

Kalau isu ini pun gagal hingga menyembah bumi. Usah bicara untuk muktamar tahun depan. Masa depan telah hancur di telan waktu. Geng erdogan semuanya dah kecut telur. Istana memang tidak mahu Wan Azizah. Kalau tidak, kenapa sampai hari ini istana masih enggan berjumpa Anwar mahupun Wan Azizah?

Surat sudah dihantar beberapa kali. Istana cari alasan untuk pilih orang lain. Geng erdogan pula semuanya membatu hilang kemampuan manakala pihak UG berkokok berlagu-lagu. Erdogan gundah gulana menyerah kalah. Tiada kesepakatan.

Manakala Istana bersiap menanti surat PAS calonkan Azmin. Menanti masa menyekat segala pergerakan. Peluang Azmin di lihat lebih cerah. Percaya sangat pada Cikgu Pa. Semua takut dengan Cikgu Pa. Siapa yang mampu ketengah?

Penyokong PAS T'GANU belakang HADI, penyokong SELANGOR masih bingung


Saya nak sembang secara ilmiah sikit. Hasil kajian rambang yg saya lakukan, berdasarkan perolehan hasil pergaulan saya dgn pelbagai peringkat massa, berdasarkan pelbagai sumber dan imput yg saya perolehi sebagai wartawan, kemelut yg tercetus skrg langsung tak menguntungkan pas.

Perolehan pertama adalah di Terengganu. Walaupun di Terengganu, majoriti ahli2 PAS marah kpd anwar kerana isu ini hingga turut tolak WAWI, tetapi tak pula berjaya menarik peerhatian ahli2 umno untuk solong pas dan pr. Jadi apa untungnya?

Di Selangor pula, isu ini telah menyebabkan rakyat selangor menjadi bingung. Mereka bertanya, apa sebenarnya yg terjadi dan bagaimana sudahnya? Kini hasilnya, kebanyakan rakyat selangor sudah mula meluat dgn PAS, PKR & DAP. Sebaliknya mereka kata umno jugak yg patut dipilih.

Jadi siapakah yg untung? Yg penting, isu ini perlu diselesaikan dgn baik. Kita kena kembalikan keyakinan rakyat kpd pr. Kesemua pihak termasuk pas kena bertolak ansur utk capai keputuusan terbaik.

Terima wawi adalah yg terbaik saat ini utk selesaikan masalah. Sama ada kita suka atau tidak, itulah dapatan kajian rtambang sy hasil pelbagi imput yg saya perolehi.

~ Rakyat Bangkit

Panas : Pimpinan Besar PAS bersama 3 ADUN PKR ada Jumpa Najib


Panas... Kami dapat info dari sumber mengatakan satu perjumpaan telah diadakan antara seorang PIMPINAN BESAR PAS dan 3 ADUN PKR berjumpa NAJIB...!!!
 Tadi aku jumpa seorang kenalan rapat aku .... lama dok sembang dan dia bagitau aku 1 perkara yg aku nak up kat sini untuk penjelasan.... 
Aku dibagitau bahawa ada seorang pimpinan tertinggi parti aku dah deal dgn Najib melalui seorang ahli korporat besar dr Amona untuk bawa 3 org Adun PKR Selangor berjumpa Najib untuk cross. Perjumpaan telah berlaku di mana 3 Adun telah dibawa dengan kereta gelap berjumpa Najib..... 
soalannya..
a) Siapakah pimpinan tertinggi dr parti aku itu?
b) Siapakah 3 org Adun yang dibawa berjumpa Najib untuk cross?
 
Ya Allah... jika kemenangan aku dapat meninggikan martabat islam, kau menangkanlah... jika kemenangan aku memudharatkan islam, kau kalahkan aku...
Sabar sebentar kami nak pergi cari maklumat lagi...

Adakah KIT SIANG penyelamat PR dari roboh..??


SURAT TERBUKA UNTUK LIM KIT SIANG
Zulkifli Sulong

Zulkifli adalah bekas Ketua Pengarang Harakah, Harakahdaily dan Siasah. Selepas 26 tahun bersama kumpulan Harakah, beliau kini bersama pasukan The Malaysian Insider sebagai Pengarang Analisis dan Rencana.

Saudara Lim Kit Siang yang dihormati. Pertama saya memohon maaf kerana tidak tahu apakah yang patut saya panggil saudara. Kalau mengikut budaya dan adab Melayu, saya sepatutnya memanggil saudara ayahanda atau sekurang-kurangnya pakcik kerana umur sudah hampir sama dengan arwah bapa saya.

Tetapi menghormati panggilan yang digemari dalam parti saudara, DAP, saya membahasakan diri tuan saudara.

Saya mula bekerjasama rapat dengan parti saudara, iaitu DAP pada 2000 lagi. Ketika itu, akhbar tempat saya bekerja Harakah dihadkan pengeluarannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada 2 kali seminggu ke 2 kali sebulan.

Sedangkan dalam masa yang sama DAP mempunyai empat permit iaitu Roket Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Melayu. Ini bermakna, Roket berhak diterbitkan 4 kali sebulan berbanding dengan Harakah hanya 2 kali sebulan.

Dalam pilihan raya umum pada 1999, DAP mendapat pukulan besar apabila ditolak pengundi ketika orang Melayu berpindah sepenuhnya kepada PAS ekoran tragedi mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS berjaya mendapat Kelantan dan Terengganu sedangkan saudara sendiri hilang kerusi Parlimen bersama mendiang Karpal Singh walaupun DAP dan PAS sama-sama dalam Barisan Alternatif atau BA.

Popular Posts