>> 5 Terkini :

Tuesday, 8 September 2015

Najib terlupa yang malukan negara dia, bukan Bersih

DALAM KABUS


Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).

Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.

Sebenarnya tidak ada siapa beranggap himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.

Bekas PM Dr Mahathir Mohamad juga hadir dalam himpunan itu. Apakah ini bermakna Dr Mahatir juga gila? Tidak. Sebab dia sudah mengatakan kehadirannya bukan menyokong pembangkang tetapi kerana mahukan Najib berundur. Jelas himpunan itu hanya mahu menggulingkan Najib dan bukannya kerajaan UBN.

Di antara Najib dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. Yang ditentang ialah peribadi Najib bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kalau pun mengikut kehendak rakyat, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat berbanding dengan BN apabila Pakatan mendapat lebih 51% undi popular berbanding dengan BN.

Tetapi kerana sistem pilihan raya kita mengambil kira kelebihan kerusi bukan peratus undi maka BN memerintah. Jika pilihan raya kita berdasarkan peratus undi diperolehi parti, bermakna BN sudah jadi pembangkang kini.

Najib marah benar dengan Bersih sehingga menyifatkan himpunan itu memalukan negara kepada dunia luar. Beliau tidak memperincikan apakah yang menyebabkan himpunan itu memalukan Malaysia. Cuma mungkin dia beranggapan apabila dia hendak digulingkan disebabkan masalah ekonomi negara yang muram sekarang ini.

Beliau berdalih keadaan eknomi negara yang muram, kejatuhan nilai ringgit bukan disebabkan faktor kepimpinan yang diketuainya tetapi kerana isu global.

Dakwaan Najib itu jelas cuba menengakkan benang basah. Himpunan itu tidak pun memalukan negara, bahkan himpunan itu mendapat liputan media massa dunia. Masyarakat dunia tertanya-tanya mengenai kesudahan himpunan berkenaan. Sekiranya himpunan itu sesuatu yang buruk, sudah pasti ia tidak dipedulikan oleh dunia.

Najib tidak patut mengatakan himpunan itu memalukan negara. Sebelum beliau menuduh demikian, dia perlu menilik dirinya sendiri. Najib perlu kencing dalam tempurung bulu dan tilik wajahnya. Yang memalukan negara bukan Bersih tetapi dirinya.

Skandal 1MDB penyonglapan wang dana sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaunnya itu yang menjadi persoalan umum. Beliau gagal untuk menjelaskan mengenai status wang berkenaan. Jawaban yang diberikan oleh para menteri musang berjanggutnya juga berbelit-belit.

Najib sebenarnya terlupa dan tidak sedar yang dirinya kini menjadi damge kepada negara. Yang memalukan negara adalah diri Najib bukannya himpunan Bersih. Yang melanggar "perlembagaan" bukannya rakyat tetapi Najib yang membelakang ahli-ahli partinya. [wm.kl.8:59 am 08/09/15]
* Tanpa edit.

Posted by mso.im at 8:59:00 AM

1 comment:

PAK JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Popular Posts