>> 5 Terkini :

Saturday 21 November 2015

Keluar Parti Pas dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik??



1. Sh Said Hawa menantu Imam Hassan al Banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10.Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

11. Hj Ahmad Maliki pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung Pas tinggalkan Pas menyertai UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

12. Hj Hussein Che Dol pernah menjawat Naib YDP Pas (Utara) tinggalkan Pas pada 1954 dan menyertai UMNO tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

13. Ibrahim Ali bertanding guna tiket PAS tapi lepas tu dok tibai PAS kaw kaw, kutuk lagi mursyidul am PAS almarhum TGNA & beliau tak mahu menyokong & tak nak bersama PAS namu tak pun beliau dilabelkan pengkhianat & munafik??

14. Apabila KUMPULAN PROFESIONAL tinggalkan Pas pada 2015 terus dilabelkan sebagai PENGKHIANAT dan MUNAFIQ.

---------
Hukum ikut syo' sendiri??

1. https://youtu.be/2ehVfLMTApk
2. https://youtu.be/FdlsEL5bs9w

2 comments:

Anonymous said...

Pas bukan lagi sebuah parti islam..islam hanya topeng utk dpt pengaruh dan kuasa..bila dpt kuasa,pas lebih rakus dari umno..lihat saja dikelantan,habis bukit dan gunung ditarahnya hingga gondol dan akibatnya kelantan banjir teruk...pas sekarang menjadi sebuah parti utk puak2 munafik..

Anonymous said...

PAS sudah diresapi syaitan.. tk relevan lagi

sebbnya PAS bukan perjuang hudud lagi

tapi perjuang HUDDDUUUUUIITTTT

Popular Posts