>> 5 Terkini :

Sunday 1 November 2015

PAS BERSEDIA MENJADI TUAN PENASIHAT 25% PADA UMNO


Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana hari ini:-

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.

Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.

Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?

Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?

Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?

Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?

NOTE :

Isu dalam rumah tangga sendiri (Mangsa Banjir) pun terkial2 nak selesaikan.. lagi nak eksyen.. puihhh...

Formula PAS bagi membantu mangsa banjir adalah dgn berselfie beramai2 di dlm banjir..

Apakah Formula ini juga yg PAS akan gunakan bagi membantu kes hutang 1MDB iaitu dgn berselfie beramai2 di hadapan pejabat pengurusan 1MDB..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS

1 comment:

Anonymous said...

Hahahahahuwekkkk....pas buat lawak antarabangsa...kelantan pun tunggu masa saja nk bankrap..hahahaahahahuwekkkkk

Popular Posts