Ketika ini seolah-olah apa yang telah di buat Hj Hadi dan pro Ulamak seperti tidak ada salahnya. PKR masih meneruskan pakatan dengan PAS walaupun formal tak formal. PKR memberi muka kepada si talam dua muka dan sekarang dah jadi bermuka-muka macam kueh lapis di bazaar ramadhan yang kita beli siang tadi.
Semasa pemilihan PAS yang lepas, kumpulan mana kah yang mempertahankan PR? Siapa kah yang mempunyai matlamat dan visi semasa bertanding dimana akan terus kekal dalam PR? Siapakah yang terang-terang menanam kebencian kepada DAP ia itu rakan kongsi dalam PR dan mengugut untuk bersendirian ?
Mereka telah mempertahankan PR dan ini lah salah-satu sebab pro Profesional kalah sebab por Ulamak mengaitkan nya dengan DAP dengan menuduh mereka di perkudakan oleh DAP dan sebagai calun DAP. Ini jugalah ada lah salah-satu punca nya PR berkecai.
Malang nya PKR tidak menghargai usaha pro Profesional terutama Ustad Ahmad Awang demi menyelamat PR. Malah sekarang seolah-olah PKR tunduk kepada pro Ulamak yang sehingga sekarang tak habis-habis menyerang DAP dan berpusing-pusing mengenai memutuskan hubungan dengan DAP.
Dengan menyaman Hj Hadi yang menuduh Ustad Ahmad Awang sebagai calun DAP akan membantutkan usaha damai atau kerjasama antara PKR dan PAS. Kes ini akan mendedahkan sikap lemah PKR dan kepura-puraan PAS dalam membela nasib rakyat.
Di satu keadaan, sekiranya Hj Hadi berjaya membuktikan memang apa yang di sebut sebagai calun DAP ada lah betul seperti mana tuduhan yang di buat oleh Hj Hadi. Ini bermakna PKR telah membuat keputusan yang salah kerana PKR pun sama tak suka atau sokong pada DAP. Jika Ustad Ahmad Awang menang, PAS malu dan PKR menganga.
Situasi PKR sekarang bukan lagi memilih samada DAP atau PAS. Tetapi memilih siapa antara pro Profesional atau pro Ulamak yang mempertahankan PR. Jika PKR kata pro Ulamak, nasib PKR pun akan sama dengan PAS. UMNO tahu dan sudah bersedia kerana pengundi bukan lagi memilih parti tetapi memilih calun semasa pru akan datang.
Kepada Allah kita kembalikan.
Penulis Tamu
No comments:
Post a Comment