>> 5 Terkini :

Monday, 15 June 2015

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang - PAS tak boleh dijual beli walaupun dengan harta dan kedudukan


Alhamdulillah dengan keyakinan yang diberikan oleh PEMBENTANG USUL - MEMUTUSKAN HUBUNGAN DAP di Muktamar Dewan Ulamak PAS tempohari yang mana telah di terima sebulat suara tanpa bahas itu denga status terkini di FB beliau dimana menyatakan PAS TAK BOLEH DI JUAL BELI" maka berkeyakinan lah kita semua bahawa PAS tidak memandang harta dunia...yang penting redha ALLAH matlamatnya...

Dari sini juga kesimpulan yang diperolehi ialah PAS akan meletak semua JAWATAN di semua negeri jajahan mereka terutama P/Pinang dimana Kerajaan Negeri DAP yang memerintah kerana mereka tidak mudah dibeli dengan harta dan kedudukan jawatan di negeri-negeri tersebut.

Seandainya ada U-Turn sudah pasti Ketua Dewan Ulama Pahang akan menjadi orang pertama menentang keputusan tersebut kerana ia akan nampak PAS sudah boleh dibeli dengan pangkat dan harta.....

Adam Al-Pekani

No comments:

Popular Posts