>> 5 Terkini :

Friday, 19 June 2015

Gara-gara usul , Pas kini berkecamukkan.


Oleh Mohd Sayuti Omar




Apakah tindakan dewan ulama mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP kemudian usul itu diterima tanpa bahas, tidak membawa apa-apa maksud dan tujuan, atau usul itu hanya nak suka-suka sahaja.

Bagi saya ia pasti ada makna tersirat di sebaliknya. Kalau hubungan dengan Pas, menyalahi hukum, berdoa, wajar hubungan itu diputuskan dengan tegas. Tidak perlu ia dilengah2kan, sebab menghimpun dosa adalah perbuatan paling buruk dan keji dalam hidup manusia. 

Sekiranya usul itu untuk suka2 atau sebagai testing untuk melihat reaksi ahli, ternyata ia satu keputusan yang tidak bijak. Kerana gara2 usul itu Pas kini berkecamukkan. 

Dan kalau tindakan itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP kerana pimpinan baru Pas terdiri dari golongan ad Din hendak bersama Umno, mereka hendaklah cakap terus terang

. Pimpinan Pas baru harus lebih berani, tegas dan istiqamah beriman dengan kepercayaan politiknya. 

Buanglah perangai nikan keli dalam besen. Chau... Wassalam Mso.

No comments:

Popular Posts