>> 5 Terkini :

Showing posts with label Penulis Tamu. Show all posts
Showing posts with label Penulis Tamu. Show all posts

Saturday, 19 March 2016

Apa bezanya isu Pembelian RUMAH GUA ENG dengan Pembelian RANGE ROVER NIK AMAR..???

Oleh Al-Ekhsan Mustaffa

Hari ini kecoh bab LIM GUAN ENG beli rumah dengan harga murah... yang kecoh tu pulak bukannya cybertrooper UMNO BN tapi sahabat lama dalam parti PAS dimana mereka seperti beruk dapat bunga apabila isu ini dilontarkan oleh MP BN dalam parlimen semalam...

Mereka menghubungkaitkan kes LIM GUAN ENG dengan kes KHIR TOYO yang telah didapati bersalah dahulu... so far bab salah tak salah nie saya malas sentuh dan serahkan ia kepada SPRM...

Yang saya nak sentuh disini ialah jawapan LIM GUAN ENG berkenaan isu tersebut..

SINAR HARIAN - 19/03/2016

Transaksi jual, beli banglo dibuat secara rela hati

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar berkaitan isu banglo dua tingkat bernilai melebihi RM2.8 juta yang beliau beli di Jalan Pinhorn, di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak hari ini. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

"Saya membeli dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai berdasarkan apa yang saya terima (gaji) sebagai Ketua Menteri dan wakil Rakyat.

"Kontrak penjualan rumah ini umpama seperti perkahwinan - ia terpulang kepada kedua-dua pihak masing-masing secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau teman yang sesuai," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor telah meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Guan Eng yang enggan menerima sebarang soalan berhubung isu itu, hanya membaca kenyataan dan turut mencabar Shabudin untuk bersemuka secara satu-sama-satu di hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan.

"Saya akan menunggu Shabudin di pejabat pada Ahad ini 20 Mac, 11 pagi untuk berbincang dan mencari kebenaran daripada fakta, di hadapan semua media," katanya.

Katanya, adalah tidak benar untuk mengaitkan pembelian rumahnya pada tahun 2015 dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 apabila penjualan tanah itu dijalankan melalui tender terbuka yang kompetitif.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). - Bernama

Jika dilihat jawapan LIM GUAN ENG ia ada ayat membeli rumah tersebut keputusan kedua belah pihak dimana tuan rumah rela hati nak jual dengan harga tersebut...

dan saya nak kaitkan cara pembelian rumah LIM GUAN ENG dengan cara pembelian kereta RANGE ROVER oleh NIK AMAR dimana beliau juga mendapat offer dari kawan dia untuk membeli kereta tersebut dengan harga rendah dari pasaran....

ASTRO AWANI :27/08/2015

Mohd Amar mengaku beli Range Rover


KUALA LUMPUR: Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah seperti yang tersebar di media sosial.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta.

Namun ia dinafikan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud yang menjelaskan dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.

Jadi pesanan kepada kawan2 lama tak payah lah kot nak berpolitik macam nie....jangan seronok sangat lihat salah orang sedangkan apa yang berlaku dalam kain kita sendiri kita buat2 tak nampaknya..

Jika LGE salahguna kuasa silakan tak ada masalah...SPRM ada dan nak takut apa SPRM bab nak cari kesalahan pembangkang memang cekap dan pantas jadi kita serah kpd mereka....

Macam kata kawan kita nie.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Kalau LGE beli kondo tu secara salah guna kuasa, rasuah, tidak ikut peraturan atau merampas hak orang lain, sila ambil tindakan undang-undang.

Tapi kalau nak ambil tindakan kerana banglo tu lebih mahal berbanding rumah presiden parti Pas, itu nak pakai undang-undang mana?

LGE tiru Umar bin Abdul Aziz dalam perkara yang dia boleh tiru. Sama macam presiden parti Pas tiru Nabi dalam perkara yang dia mampu tiru. Bukan semua orang mampu tiru idola mereka dalam semua perkara.

LGE tu kafir. Biasalah orang sepertinya sukakan nikmat dunia. Takkan nak paksa dia hidup macam presiden parti Pas yang muslim.

Jika dia mampu jadi ketua negeri yang baik dan amanah, itu sudah bagus berbanding ketua negeri beragama Islam yang baham balak dan baham tanah.

Aku bela LGE? Kalau dia betul, apa salahnya aku bela sebab dia manusia macam aku juga.

NAJIB akan terus gelak besaq jika PAS berkelakuan seperti sekarang

Badri Al-Utaibi Al-Desouky 


Aku dituduh jahat dan berhati busuk oleh ahli PAS hanya kerana memberi penerangan yang tidak langsung dipercayai oleh mereka, tentang isu tidak konsisten serta ketidaktelusan prinsip perjuangan Presiden Hadi yang sudah mentalaq bersama Pakatan. 

Tak dinafikan Presiden adalah seorang ulamak bertaraf antarabangsa, namun Politik presiden ini dianggap kurang bijak dlm arus kini utk menentang regim BN yang kuat dibarisi oleh banyak parti komponen. 

Ditambah lagi PAS mewujudkan pula blok baru politik dlm mainstream politik Malaysia. Tindakan bercerai dgn Pakatan sebenarnya amat menguntungkan BN ... dan merugikan pembangkang. Wahai ahli PAS .... 

Aku tidak langsung membenci mereka , kerana mereka adalah sahabat seperjuanganku dalam kelompok pembangkang. Cuma ku terkilan dgn ijtihad politik Presiden PAS itu yg pasti menyusahkan PH dan pembangkang utk menang di PRU14 dgn memberi laluan mudah kpd BN hasil dpd talaq ini & pembentukan blok3.... 

Secara kira-kiranya di atas kertas, BN akan terus berkuasa di bumi Malaysia ini... dan Najib akan terus gelak besar di atas perpecahan yg berlaku dalam kalangan pembangkang ! Sedarilah wahai tuan Presiden, jgn jadikan diri itu sebagai alat hasil janji2 manis UMNOO ... Ingatlah pesanan AlMarhum TGNA - beringat2lah jgn masuk lubang biawak untuk kali ketiganya !!!!

HUDUD PAS - Akhirnya semakin terlondeh, lain yang dimesyuarat lain yang dibuatnya


SUA PAS Dato Takiyuddin akhirnya mengakui BUKAN HUDUD yang dibawa di Parlimen oleh TG Hj Hadi haritu, ia hanya Cdgn Pindaan untuk tingkatkan Kuasa Mahkamah Syariah.

Satu persatu yg Dato Husam sebut betul. yg dimesyuaratkan benda lain, yg di bawa ke parlimen benda lain. Ini kerja 2 orang shja, Dato Taki dan Dato Mohd Amar yg briefing Presiden, tak pasal pasal presiden ambo terpaksa tanggung imej negatif akibat kerja "cincai" 2 orang ni,

Lupa nak tanya, berapa orang dah yang kena LABEL: MUNAFIK, KAFIR, PENGKHIANAT, JEBON, TAK WALA dll? Sekarang kita kasi mereka JILAT LUDAH MEREKA SENDIRI.

Bagi saya semua ini Konspirasi UMNO/BN dengan segelintir Pimpinan PAS pro UMNO dengan keadah;

1. Bawa Isu HUDUD (walaupun hanya pindaan Kuasa Mahkamah Syariah)
2. Pecahbelahkan Pakatan Rakyat
3. Tendang pasukan progresif dalam PAS dengan sentimen isu Hudud (padahal bukan hudud pun).

Kebenaran akhirnya timbul satu per satu.

SG

Friday, 18 March 2016

Inilah 2 sebab kenapa orang masuk politik..cuma PAS saja sebab lain...!!


Orang masuk politik hanya ada dua sebab sahaja. Kuasa dan Duit. Mengarutlah kalau dia masuk ceburi politik kerana Allah Taala.

Kalau dia masuk politik kerana Allah Taala, tentunya dia akan menggunakan segala duit ringgit dan harta benda dia berjihad dalam politik kerana Allah Taala.

Tapi yang ada cuma gunakan duit dan harta orang lain pula yang dikutip atas nama jihad. Jihad lah sangat tu.

Sayyidina Abu Bakar dan semua Khalifah Ar-Rasyyidin semua menginfaqkan segalanya kepada politik Islamiyyah kerana Allah Taala semata-mata.

Meor Yeop Meor Muhammad

Thursday, 19 November 2015

Gempar : Benarkah Ada Usaha Gulingkan Tuan Guru Presiden PAS oleh Mustafa Ali..??

GEMPAR : USAHA GULINGKAN TUAN GURU PRESIDEN PAS OLEH MUSTAFA ALI


Dato Mustafa Ali tengah memainkan peranan aktif sekarang untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. Kononnya dia bertindak berdasarkan banyaknya aduan yang diterima daripada segenap peringkat khususnya dari beberapa pemimpin kanan PAS tentang gelagat Tuan Guru Presiden yang kononnya merugikan parti.

Tidak mengejutkan jika perancangan sulit ini turut melibatkan kerjasama jitu seorang bekas pimpinan Pusat dari Kelantan yang sekarang ini semakin gila menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden yang amat kita kasihi.

Seumpama bermain badminton, ia memerlukan regu untuk memastikan permainan dapat berlangsung dengan baik. Satu pihak melambung bola, satu pihak smash. Ia sinonim dengan apa yang berlaku antara Dato Mustafa Ali dengan Bekas Pimpinan Pusat dari Kelantan ini. Bukan susah untuk faham game mereka ini, satu pihak lambung dari dalam, satu pihak smash dari luar.

Ia bukti yang jelas, nyata,terang lagi bersuluh betapa wujudnya "sparing partner" ini apabila melalui ucapan bekas pimpinan pusat ini dalam kes MB Selangor mendedahkan perbuatan cilik Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa mengugut presiden untuk meletakkan jawatan , satu perbuatan yang sungguh biadap!

Tapi Cikgu Pa bijak menyembunyikan pekung di dada, kononnya dialah pembela presiden dengan sentimen dia orang Terengganu. Sepandai pandai tupat melompat tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Cabaran Cikgu Pa kepada bekas naib presiden PAS untuk bersemuka disambut dengan pantas oleh bekas naib presiden pas tersebut, ia seperti sebuah skrip yang terancang. Tujuannya agar program tersebut dapat memberi ruang yang lebih untuk menghentam Presiden sedang Cikgu Pa akan berlagak seperti biasa "kononnya" mempertahankan presiden. Lawak sugguh jenaka yang sedang di tulis oleh Cikgu Pa ini. Dia sangka ahli Pas bodoh dan tidak faham permainan politik jijiknya? Bukankah selama ini Cikgu Pa yang lantang menghalang debat atau forum sesama sendiri dan mengapa sekarang beria-ia mahu anjurkan? Ada udang disebalik batu. Muslihat jijik.

Buat masa ini, serangan bertambah kuat. Telah timbul ura ura perbincangan sedang diatur melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS untuk mendesak Tuan Guru Presiden berundur secara terhormat melalui desakan secara berterusan dalam mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat. Perkara ini terbongkar kerana Dato Mustafa Ali ingat semua orang seperti beliau yang mahu menggulingkan presiden. Dia silap besar!

Terkini, Dato Mustafa Ali dikatakan telah mendesak mesyuarat PAS disegerakan baru-baru ini bagi menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden . Namun dengan bantuan Allah, tindakan jahat ini berjaya dihidu oleh Tuan Guru dan mesyuarat tersebut tidak dilaksanakan mengikut tarikh yang dipinta Dato Mustafa Ali. Dengan kebijaksanaan Tuan Guru, mesyuarat itu sebaliknya dibuat ketika Dato Mustafa Ali mempunyai program di Kuala Terengganu.

Wahai Ansorullah, pemimpin tertinggi kita diserang lagi oleh musang berbulu ayam yang masih bersisa dalam PAS. Jangan tertipu dengan penyamaran kelompok ini. Mereka mahu menjatuhkan kepimpinan Naib Ketua Ulama dunia dari menerajui Parti Islam yang kita kasihi ini. Ayuh Ansorullah, segera bangkit dan pertahankan Presiden kita dari sisa baki jebon yang masih ada!

Buat Cikgu Pa, jangan ingat kami tak ada rahsia cikgu. Amaran kami, berundur sekarang atau kami akan dedahkan habis habisan semua rahsia cikgu termasuklah kes skandal seks yang memalukan.

Pencinta Ulama Haraki
"Bongkar Sampai semua Jebon Kelupoq"

Saturday, 14 November 2015

UMNO pun dah pening, kejap pecat kejap siasat.. nampaknya dah kena penyakit U-turn...

Tok Kelembai

Baru2 ini Zahid Hamidi dan Hishamuddin datang berjumpa MB Kedah bagi membincangkan kedudukan kerusi panas MB.

Persengketaan antara geng Tun M dan geng Najib semakin parah bilamana siasatan dilakukan terhadap Tun M.

Jadi siasat terhadap RM 2.6B macamna....???



Friday, 13 November 2015

AMANAH akan lawan UMNO BN & BARUA-BARUANYA sekali tak kira di negeri mana

AMANAH LAWAN UMNO DAN BARUA UMNO.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.

NOTA TAPAK KAKI:

awal-awal tubuh dulu orang ajak berbincang supaya tak ada pertembungan...mana kerusi yg pas kuat bagi kat pas mana kerusi yg pas tak kuat tak payah lah pulun nak lawannya...tapi pas tak nak nak depa kata depa kuat semua jentera depa hebat depa tak heran nak lawan sapa...

nah skrg bila org dah mula masuk jentera nak lawan pas pulak kalut dok bagi hujah macam2 pulak...habis dah tak nak berbincang dah tak nak bekerjasama...

SETELAH PERBINCANGAN KEARAH PERDAMAIAN AGAR KELANTAN TIDAK JATUH KETANGAN UMNO DITOLAK OLEH PAS, AMANAH TIADA PILIHAN LAIN SELAIN DARI TERPAKSA BERDEPAN PAS DAN UMNO PADA PRU14 NANTI.

PERLU DIFAHAMI, SELAIN DARI BEBERAPA ISU YANG MENJURUS KEARAH KERJASAMA POLITIK PAS-UMNO, AMANAH MENGAMBIL LANGKAH TERSEBUT SETELAH KERAJAAN NEGERI TERPALIT DENGAN BEBERAPA ISU SERTA MASALAH BERKAITAN URUSTAKBIR DAN YANG UTAMA IALAH DEMI MEMPERTAHANKAN KESINAMBUNGAN LEGASI PERJUANGAN ARWAH TGNA.


PS: BALAK ADA LAGI ATAU DAH HABIS..TANYA JE..

Tuesday, 22 September 2015

PAS harus disingkirkan dari Selangor, Azmin tiada pilihan..!!!!

Farouq Albaloque


Sebagai strategi Pakatan Harapan untuk menang di Selangor dalam PRN atau PRU14, PAS perlu dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Pakatan Rakyat dah berkubur dan sekarang ni hanyalah wujud Pakatan Harapan. Pakatan Harapan seharusnya memberikan laluan kepada AMANAH untuk mengisi jawatan exco negeri Selangor. 

Azmin berpendapat pembangunan dan pembelaan rakyat Selangor tidak patut digangu dan perlu diteruskan dgn kerajaan sekarang ini dan juga sekiranya PAS dikeluarkan dari Kerajaan Selangor, Istana tidak akan selesa dgn komposis kaum dalam Kerajaan Selangor yang baru. Sama macam bunyi Hadi masa nak lantik Kak Wan dulu , Hadi yg beria ria kata Istana tidak setuju. Entah betul entah tidak. 

Kalau ye pun Dr Aziz pernah memberi pendapat bahawa parti yg mempunyai majority berhak melantik siapa saja sebagai MB. Bukan nak mempertikaikan kuasa Istana , Agong pun tak pernah menolak lantikan BN dalam jawatan PM. Ini bukan nak tukar MB cuma kedudukan parti pemerintah dah berubah dengan tertubuhnya Pakatan Harapan. 

Sekiranya gagal mengeluarkan PAS dari kerajaan Selangor, AMANAH didalam keadaan yang sukar bagi menghadapi PRN atau PRU 14 nanti. Ini kerana disebabkan jawatan lantikan PAS dalam kerajaan selangor samada di peringkat Exco, Majlis Daerah, JKKKP dan masjid akan digunakan sepenuhnya oleh PAS Selangor untuk mengekang pengaruh AMANAH di Selangor. 

Tiada jalan pilihan untuk Azmin kecuali mengeluarkan PAS dari Kerajaan Selangor.

Sunday, 16 August 2015

AJK PAS yang baru naik semua 'LEMBIK'

Sebenarnya kemelut yang melanda PAS ketka ini bolehlah dikatakan satu kemelut yang sukar diatasi kerana PAS ketika ini mempunya satu barisan kepimpinan yang baru naik merupakan salah satu barisan kepimpinan yang 'LEMBIK' dalam ketegasan membuat keputusan.

Lihatlah apa berlaku sekarang dimana G18 setiap hari ibarat menghina & mencerca PAS dengan sentiasa menyebut akan kehadiran parti GERAKAN HARAPAN BARU mereka.

Jika sebelum ini ada amaran melarang JAMAAH DALAM JAMAAN.. namun kali ini perkara yang berlaku ibarat ditelah sebegitu sahaja.

Apa yang mampu mereka semua katakan ialah sekadar bertanya BILA NAK KELUAR... BILA NAK KELUAR.....

Hallo mereka itu ibarat pencuri datang mencuri dalam rumah kita namun kita tak berikhtiaq nak menghalau mereka...kita sekadar menyuruh SILALAH KELUAR.... bertuah mereka akan keluar... mereka meneruskan niat yang dilakukan untuk terus MENCURI dan MENCURI... nama pun pencuri..

Ayuh..!! Buktkan anda semua merupakan wira-wira kepada ahli PAS yang telah diangkat baru2 ini adalah AJK yang hebat dan mampu membuat keputusan yang tegas dan dinamik..... 

dan sila tunjukkan ketegasan yang ada dalam kepimpinan... PECAT sahaja mereka2 itu.. ..usah disimpan atau dibiarkan mereka berleluasa dalam PAS.. ini baru dilihat ada ketegasan....ada pendirian dan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan....

Joe Kobah

Monday, 10 August 2015

Hapuskan kuasa VETO di PBB & Pada Pemimpin Parti...!

Hapuskan kuasa veto!



SEWAJARNYA sistem kuasa veto Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah lama dirombak dan digantikan dengan sistem yang lebih demokratik. Ini kerana tidak ada alasan kenapa lima kuasa besar; Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain dan Perancis diberi kuasa veto.

Sebenarnya amalan kuasa veto ini dimulakan selepas Perang Dunia Kedua dulu. Ternyata sistem ini memperlihatkan struktur yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Malah telah disalahgunakan seperti dalam isu serangan AS ke atas Iraq dan Israel menyerang Palestin.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah membangkitkan isu sistem kuasa veto badan dunia itu ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB pada September 2003 dulu.

Kelantangan Dr. Mahathir pada persidangan itu membuktikan kewibawaan PBB perlu dipulihkan dengan segera dan jangan membiarkan sesebuah negara mendominasi badan dunia itu untuk kepentingan tertentu. Caranya ialah menghapuskan sistem kuasa veto dan digantikan dengan sistem lain yang lebih adil.

Kekecewaan Dr. Mahathir dilangsungkan oleh Presiden Libya, Muammar Gaddafi pada Perhimpunan Agung PBB di New York Khamis lalu. Gaddafi mengambil pendekatan yang lebih radikal untuk menyatakan kekecewaan dan kemarahan terhadap amalan memberi kuasa veto kepada lima kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB.

Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia. Kemudian kertas itu dibaling ke podium ke arah pemimpin kuasa besar dunia yang telah sekian lama mencabuli matlamat kewujudan badan dunia itu. Demikian hinanya pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan AS atas nama PBB untuk menindas negara-negara kuasa kecil dan miskin.

AL-KISAHNYA INI LAIN YANG TERJADI


Cuba kita renungkan petikan diatas tentang kuasa veto yang diberi kepada negara-negara besar. Ada negara-negara yang telah mengunakan kuasa veto yang diberi untuk menindas kuasa kecil atau negara-negara kecil untuk kepentingan sendiri.

Sifat bangga diri dan tidak boleh ditegur menjadi amalan pihak-pihak yang mendapat hak untuk menjadi kuasa veto. Tapi ini kuasa veto lain…

dua insan bercinta

Cakap-cakap tentang kuasa veto “orang lembek” yang diterapkan oleh beliau telah menjadi bahan ketawa orang ramai. Amalan kurang sehat ini jelas sekali orang berkenaan gila kuasa atau menyalah guna kuasa yang diberikan kepada beliau. Rasa bangga diri dan riak jelas sekali pada ketika beliau menjadi pemimpin “talam dua muka“. Adakah pemimpin sebegini layak untuk berada diatas?
talam dua muka

Ketika beliau berasa SYOK SENDIRI mengatakan beliau mentadbir dengan bagus dan bijak, orang kanan dan kirinya bertepuk sorak gembira tetapi hakikatnya orang-orang ini hanya mahu berada diatas dan ingin menjaga nama masing-masing. (orang cakap apa saja hangguk kepala, pakai la kepala otak bukan kepala lutut)

VETO pada PERDANA MENTERI MALAYSIA


Lihatlah apa berlaku sekarang, naik turun Timb PM adalah bergantung kepada PM itu sendiri bukannya kuasa MENTERI KABINET atau MAJLIS TERTINGGI. Dengan kuasa yang ada padanya PM telah memecat TPM beliau tanpa diketahui akan sebab musababnya.

Dan isu besar yang ada sekarang dimana PM juga boleh menerima DERMA sehingga mencecah berbilion ringgit nilainya. Disini telah hilang satu intergriti dimana seorang PM boleh menerima duit keluar masuk dengan sedemikian rupa tanpa rasa bersalah apabila rakyat mempersoalkannya.

memang jawpaannya derma..namun disebaliknya berbagai persepsi boleh diktakan antaranya adakah duit itu ISRAEL yang beri, tokey besar yang beri, golongan yang nak dokumen sulit negara..macam-macam persepsi boleh dikatakan.. Ini semua berpunca dari kuasa VETO yang diberikan kepada PM kita.

Sepatutnya PM kita ada satu mekanisma atau undang-undang yang menghadkan sebarang transaksi duit dibenarkan sekian-sekian sahaja. Namun apabila diberi kuasa begini pula jadinya.

VETO pada pimpinan Parti Islam


Perkara ini sudah berlaku kepada parti PAS dimana semua pengikut dan pimpinan mereka beranggapan bahawa PRESIDEN mereka mempunya satu autoriti atau kuasa untuk membuat keputusan..dalam ertikata bahasa perbincangan kita hari ini ialah VETO.

Seharusnya kita kena tahu bahawa seorang pemimpin yang menguruskan satu organisasi ia sepatutnya tidak boleh mengamalkan kuasa VETO ini bertetapan dengan huraian kita diatas kerana untuk mengelakkan timbul salah faham dan penyalahgunaan kuasa atas kepentingan peribadi.

Tapi perkara ini tidak berlaku dalam PAS dimana PRESIDEN dianggap ada kuasa MUTLAK dan bayangkan jika ini berlaku dikala PAS memerintah negara dimana PRESIDEN nya menjadi PM. 

Adakah kita hendak melihat seorang PM yang memerintah menggunakan kuasa VETO. Jika ini turut berlaku apa bezanya dengan pemerintahan KOMUNIS, SYIAH, KARL MARK serta negara-negara besar dunia yang ada kuasa VETO di PBB.

HAPUSKAN KUASA VETO!

MAT ALISHAH
#HarapanBaru


Thursday, 30 July 2015

HarakahDaily sudah padam artikal hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam"


KATA BERSAMBUT.

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).

Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

Saya MENGANGGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut.

" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa. [ARTIKAL PENUH DI BAWAH]

Dari petikan tersebut ini komen saya:

1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya :

a. Sawadul a'zam (pandangan majoriti yang dipegang oleh Muslimin)

b. Imam mujtahid dan fuqaha

c. Sahabat Nabi

d. Kesatuan ummat Islam

e. Kesatuan ummat Islam yang dipimpin oleh pemimpin agung.

Semua takrifan tersebut, tidak DIRUJUK kepada mana2 jamaah, bahkan kebanyakan syurrah (para pensyarah Hadith) menilai al Jamaah itu dirujuk kepada ummat Islam yang bernaung di bawah pimpinan seorang khalifah.

Bermudahan dalam menafsirkan istilah jamaah ini akan menatijahkan kecelaruan dalam berhukum sehingga akan menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah akan berleluasa di kalangan ummat ini.

2. Ketegasan hukum ini kononnya disandarkan kepada ayat 105 surah an-Nisa. Ayat 105 surah an-Nisa adalah:

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu (Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang berkhianat".

Setelah anda meneliti ayat di atas, dimanakah yang boleh dinyatakan "ketegasan hukuman" yang dimaksudkan sehingga membolehkan membunuh orang yang "mari dengan parti Islam baru". Ayat al Quran bukan boleh dipasangkan mengikut suka hati sahaja.

Saya membelik dua tafsir (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir dan Al Muyassar fi Tafsiril Quran), saya tak temui maksud ketegasan hukum tersebut. Sekali lagi kesucian ayat Al Quran yang seharusnya membawa rahmat kepada manusia sejagat dinukilkan dengan secara yang 'amat2 salah' sehingga menghalalkan darah manusia yang amat suci dalam agama ini.

Kepada Saudara Izwan dan yang sewaktu dengannya ! Berhatilah2 dalam menukilkan dalil sehingga agama yang rahmat ini tidak disalahertikan.

Ridzwan bin Abu Bakar
30 Julai 2015 / 15 Syawal 1436 H
Perlembahan Ilmu, Derang

Admin :

ARTIKAL PENUH ini sudah di padamkan di web HARAKAHDAILY.. namun ianya sudah berlegar di alam maya selepas di copy/paste oleh pembaca semua.


Ini pula carian di GOOGLE SEARCH :



Dan artikal tersebut masih ada di page facebook Harakah Kedah

LINK

Ini artikal asalnya yang dapat di copy/paste dari Harakah Kedah.

TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.

Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.

Kedua ujarnya, ‘masyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘au qadau ala tawarih’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.

“Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.

Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.

Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”.

Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.

“Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.

“Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.

“Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.

“Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang.

Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.

Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama.

Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.

“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.

Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.

“Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?

“Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”.

“Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau.

Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.

Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat.


NUKILAN
AnakKedah007

PENYINGKIRAN TS MUHYIDDIN - DS NAJIB MENGENEPIKAN KEHENDAK AKAR UMBI UMNO



Mungkin DS Najib lupa bahawa TS Muhyiddin berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah disebabkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, lantas membolehkan beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tanpa mandat daripada akar umbi UMNO mungkin TS Muhyiddin Yassin tidak dapat berada di kedudukan sedemikian. Begitu jugalah dengan kedudukan DS Najib sebagai Perdana Menteri adalah juga disebabkan bahawa beliau dipilih oleh ahli UMNO untuk jawatan Presiden UMNO.

Kini TS Muhyiddin diketepikan oleh DS Najib. Apakah akar umbi UMNO akan berdiam diri dengan tindakan DS Najib sedemikian? Apakah ahli UMNO sudah boleh diperkotak-katikan begitu sahaja sehinggakan ahli UMNO sudah tidak ada maruah lagi untuk mempertahankan tokoh yang dipilih oleh mereka. Ini bukan bermakna bahawa TS Muhyiddin tidak boleh diketepikan tetapi seharusnya ‘diketepikan’ oleh ahli UMNO sendiri dan bukan oleh DS Najib yang pada dasarnya boleh diketepikan juga sekiranya ahli UMNO merasakan bahawa beliau sudah tidak layak lagi menduduki jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Itulah hakikat sebenarnya jika UMNO mengikuti lunas demokrasi sebenarnya.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan oleh rakyat Malaysia kepada TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal kerana berani mempertahankan prinsip perjuangan dengan menentang apa yang dirasakan tidak kena yang telah dilakukan oleh kepimpinan negara berkait dengan isu IMDB. Sekurang-kurangnya masih ada juga rupanya ‘species’ UMNO yang masih mahu mempertahankan prinsip perjuangannya kerana mempertahankan negara yang tercinta ini.

Kenyataan TS Muhyiddin Yassin memberikan gambaran sedemikian. Katanya,’Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha’

Seluruh dunia kini memperkatakan tentang IMDB. Negara Malaysia cukup ‘terkenal seantero dunia’ ( meminjam kata-kata P.Ramlee) kini bukan kerana kejayaannya memerangi rasuah dikalangan pemimpin negara dan bukan juga disebabkan berjaya menghapuskan kegiatan memperdagangkan manusia. Tetapi Malaysia sudah terkenal disebabkan ‘kehebatan’ pemimpinnya ‘mensonglap’ wang negara. Seluruh dunia sudah tahu. Selagi tidak dijelaskan dan dikemukakan penafian dengan menunjukkan bukti yang sahih, maka pemimpin Malaysia akan dilabel oleh dunia sebagai sebuah negara yang pemimpinnya mengamalkan rasuah yang bukan kepalang.

Jikalau dulu kita sering memperkatakan tentang bagaimana Presiden Marcos dari Filipina menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya tanpa ‘segan silu’, dan bagaimana isterinya Imelda ‘berpesta’ menggunakan wang titik peluh rakyat untuk ‘menghias’ dirinya dengan intan berlian dan kasut yang berbagai jenama, maka kini perhatian dunia tertumpu ke negara kita Malaysia pula. Seluruh dunia ‘mentertawakan’ gelagat kita. Seolah-olah kita sudah memecahkan rekod yang dipegang oleh Suharto dari Indonesia dan mungkin juga sudah berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Louis XVI dan isterinya Marie Antionette dari Perancis dalam Kurun ke 18 dulu. Mungkin.

Rakyat Malaysia kini seolah-olah menyerahkan kepada ahli UMNO untuk membuat penentuan tentang nasib pemimpinnya dan seterusnya menentukan jatuh bangunnya negara Malaysia. Samada nasib TS Muhyiddin ataupun nasib DS Najib adalah berada di tangan ahli UMNO yang memberikan mandat kepada mereka untuk menerajui UMNO yang kononnya memperjuangkan bangsa, agama dan negara. DS Najib tidak harus dengan sewenang-wenangnya mengenepikan TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan DS Shafie Afdal sebagai Naib Presiden UMNO kerana kedua-dua mereka dipilih dengan cara terhormat oleh ahli-ahli UMNO.

Sekiranya DS Najib memerlukan mandat baru untuk dipilih sebagai Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri maka seharusnya beliau mengadakan Persidangan Agung UMNO secara tergempar untuk menentukan kedudukannya yang sah. Dan dengan berbuat demikian barulah rakyat akan melihat kepimpinan UMNO dan kepimpinan negara berada di atas landasan demokrasi yang benar-benar tulin.
Pemecatan TS Muhyiddin dan DS Shafie Afdal bukan merupakan isu kecil, apatah lagi yang diperjuangkan oleh mereka ialah isu yang membabitkan kewangan dan maruah negara. Mereka sedar bahawa pengorbanan yang mereka lakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara dan diatas landasan sedemikianlah mereka mempertaruhkan jawatan yang mereka pegang.

Apakah ahli UMNO akan sanggup membiarkan mereka ‘keseorangan’ dalam memperjuangkan bangsa dan negara yang merupakan juga perjuangan parti UMNO semenjak zaman berzaman.

Entahlah……..

abuhassanadam
29 Julai 2015

Monday, 27 July 2015

Amacam PAS PERAK..bila mau umum keluar PAKATAN RAKYAT



Jadi tunggu apa lagi...PAS PERAK mula dahulu sebab PKR PERAK sudah membeli apa yang MURSYIDUL AM PAS umumkan......

Takan Tak Wala kata Mursyidul Am kot..?????



Anak Muda GHB
#HarapanBaru

Dok jaja cerita yang #HarapanBaru nie ayat "GEREJA" !!!!!!

Memey Aje

MENJAWAB PROPAGANDA BODOH UG & UMNO - NEW HOPE BUKANLAH PERKATAAN EKSKLUSIF UTK CHURCH SAHAJA.

Ni aku nak habaq Mai betapa bengap akai2 wala'un.

Waktu PRU13, ntah mana datang fitnah drpd geng Umno dok kata perkataan 'ini kalilah' bermaksud tah ajaran sesat apa dlm bahasa kuno greek ke hapa. Aku dh bancuh depa, siap tunjuk translation drpd Google sekali.

Pastu heboh pulak logo PKR tu freemason punya...main tibai ja puak2 Umno ni dlm bab merekacipta propaganda . Depa mmg ada unit khas buat keja dajjal ni. Janji Melayu bodo percaya.

La ni, puak walaun haprak dok fitnah buta kata New hope tu Church punya, DAP Punya....wahahahahakkkk...punggah berteraboq sungguh otak wala'un. Semua depa nak sesatkan, dah serupa macam Umno.

Tengok Google pun cukuplah. New Hope tu ada macam2....


Friday, 24 July 2015

Kenapa orang mula hilang hormat kepada struktur "Ulama PAS"?

Sekarang semua kena fikir kenapa orang hilang hormat kepada struktur ulama PAS? Pada aku puncanya adalah kamu semua bersikap membela pemimpin kamu yang salah dan cuba menghalalkan perbuatannya sama sebagaimana umno sebelum ini... jadi kerana itu mereka menentang. Kerana ilmu yang diajar oleh ulama tak sama seperti ulama itu praktikan.

Aku bukanlah seorang yang baik di sisi Allah... namun jika benar akan aku benarkan, dan jika salah aku tetap akan akan kata salah dan tegur.

Antara sebab utama aku berundur diri dari PAS ialah kita marah bila pimpinan tertinggi KERAJAAN MALAYSIA buat keputusan tanpa bermesyuarat...namun bila pimpinan sendiri macam-macam dalil dicari untuk menghalalkan perbuatan mereka...

Ini tak kena, mengikut Perlembagaan PAS pun ketua kenalah juga bermesyuarat bukannya menggunakan kuasa veto...tapi ada pimpinan PAS menghalalkan perbuatan tersebut.. nak kira macamana...

----------------------------------------------------------------------------------

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI

1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?

2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?

3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?

4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha

5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?

6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?

7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?

8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?

9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang

10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?

11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?

12. dia selalu ponteng sidang parlimen?

13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?

14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...

AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Pemerhati Bebas
#HarapanBaru

Tuesday, 7 July 2015

Politik Bengong - Apabila muncung meriam tidak tahu hendak diarahkan kemana..!!

Kiyai Reformis
BENGONG


Sungguh cacamerba pemikiran kita sekarang ini... Memang kita tahu Dr Madey lebih takut Umno tumbang berbanding Najib. Namun, Najib tetap mesti dijatuhkan untuk menyelamatkan negara ini. Ini bukan bermakna rakyat menyokong Madey.. seperti yg difikirkan oleh Chegu Bard..

Kemudian untuk tujuan kononnya 'menyelamatkan negara' itu, Husam berkata, muhyidn pun muhyidin lahh! Yang difikirkan oleh orang lain sebagai, statement 'bodek awal' (kalau menjadilah!)

Sebagai saya pulak tak perlulah namakan siapa2 dulu.. sebab tokoh yg sebenar duduk 'di dalam'. Kita ingin mengambil kesempatan jika 2-3 kerat MP BN ada rasa ingin memulihkan negara melalui Anwar.

Haron dan Hadi pulak dengan 'teori konspirasi' Yahudinya, bahawa Najib kini diserang oleh Yahudi, maka beri peluang Najib memperbaiki keadaan dgn membangunkn 1MDB mengikut caranya. iaitu duit negara perlu disimpan dalam akaun peribadi.. maka selamat. Sebab dalam akaun seorang Melayu-Islam!

hahahaaaa.... bodo giler...

Maka, kita sekarang ini tak tahu dah nak serang siapa. Kebanyakan facebookers dan bloggers sedang menembak membuta tuli dan akan jadi penat bercampur keliru.

Apakah kedudukan ini boleh jadi suatu yang menguntungkan kita atau bagaimana... saya sedang bertenang2..

Hari dah nak raya... hanya pelita suram menerangi malam raya yg gelap di seluruh negara...

Monday, 6 July 2015

Apakah benar pengbongkaran "1MDB" satu konspirasi asing..???



Berderu-deru cybertroopers DS Najib mempertahankan beliau dan 1MDB dengan mendakwa WSJ, Sarawak Report adalah agen Zionis untuk menjatuhkan negara.

Ya tiada siapa nafikan WSJ, Sarawak Report ada agenda masing-masing yang kita perlu awasi. Mereka hanya buat kerja mereka iaitu menghidu kelemahan kita yakni korupsi dan pecah amanah untuk mereka ambil kesempatan ke atas keculasan dan kebodohan kita.

Adakah ianya satu konspirasi asing? Ya.
Adakah Tun Mahathir membantu konspirasi asing? Tidak.


Saya sudah ulaskan dulu sebulan lalu (https://goo.gl/Iwsjb9) bahawa pendedahan-pendedahan The New York Times (NYT) yang mereka sanggup terjemahkan ke dalam dua bahasa vernakular terbesar di Malaysia adalah mirip modus operandi media asing untuk menjatuhkan Suharto sekaligus menjajah ekonomi Indonesia melalui "Structural Adjustment Plan" di bawah IMF dan World Bank.

Objektif utama: membangkitkan kemarahan rakyat jelata.

Maka pendedahan The Wall Street Journal (WSJ di bawah hakmilik News Corp kepunyaan Rupert Murdoch) yang kita semua tahu kerap membela DS Anwar Ibrahim adalah salah satu organ propaganda kuasa Barat.

Berbeda dengan pendedahan Majalah TIME ke atas korupsi keluarga Suharto yang menjatuhkannya pada 1998, pendedahan NYT dan WSJ pada hemat saya bukan bertujuan untuk jatuhkan DS Najib. Sebaliknya ianya adalah satu bentuk ugutan kepada beliau - setelah mereka gagal harapkan DS Anwar Ibrahim memenangi PRU - untuk mempersiapkan Malaysia sebagai "Negara Pembentengan" (Buffer State) sebagai salah satu rencana "Pengepungan Tanah Besar China" (Containment of People's Republic of China).

TPPA adalah salah satu mekanisme kepada dasar "containment" ini dan Malaysia berada di tengah-tengah kancah yang besar seperti yang saya telah beri amaran setahun lalu dalam tulisan saya "Pelanduk on the Pivot: Is Malaysia 3S Ready?" (http://goo.gl/PBwxKv).

1MDB adalah keldai sekaligus kuda trojan (mule and trojan horse) untuk operasi ini melalui mekanisme perangkap hutang (debt entrapment) menggunakan "pensabotaj ekonomi" (economic hitmen) seperti yang dijelaskan oleh bekas economic hitmen, John Perkins yang sudah berlaku ke atas Greece sejak tahun 2000 (http://goo.gl/CTNRgG).

Siapakah "economic hitmen" untuk 1MDB? Goldman Sachs.


Bagaimana DS Najib terperangkap? Beliau cuba mengambil jalan pintas untuk mendapatkan bantuan pinjaman untuk kempen PRU menggunakan Goldman Sachs seperti yang didedahkan oleh WSJ, dan Sarawak Report TANPA beliau sedar sebenarnya "mereka" bukan saja Goldman Sachs, telah menyusup masuk untuk membuatkan DS Najib bergantung kepada "mereka".

Jho Low, Tim Leissner, Roger Ng, ini nama-nama yang punya kehandalan dan terlibat kepada penyusunan dan penstrukturan urusan kewangan 1MDB khusus melibatkan pengluaran kertas hutang (bonds and middle term notes) untuk memerangkap DS Najib yang terdesak.


Sebenarnya Tun Mahathir adalah penyelamat dalam hal ini kerana beliau sudah berjaya hidu dan berkali-kali menegur DS Najib secara pertemuan empat mata tetapi DS Najib tidak endah.

Sekarang tampaknya sudah terlambat. DS Najib masih menyerang Tun Mahathir untuk alih perhatian sedangkan Tun Mahathir berupaya membantu DS Najib keluar daripada perangkap yang ditinggalkan kuasa asing ke atas DS Najib melalui 1MDB.

Pendedahan dan dakwaan NYT, WSJ dan Sarawak Report ada asas yang kukuh kerana mereka bukan saja perolehi daripada sumber dalaman tetapi lebih penting dari luar khusus berhubung jejak-jekak Jho Low, Riza Aziz dan sebarang transaksi melibatkan US Dollar oleh 1MDB seperti jelasnya WSJ dan Sarawak Report.

Apakah langkah terbaik yang DS Najib patut buat? Pada hemat saya jumpa dengan Tun Mahathir dan selesaikan. Kita ada kepentingan negara dan rakyat yang lebih besar daripada maruah seorang pemimpin dan sebuah parti. Musuh sedang menangguk di air yang keruh.

-WAF-

Tuan Mursyid - Apakah hukumnya mengugut kawan dengan siku dan lutut?

Sembang Sewaktu Memasak Untuk Majlis Berbuka Petang Semalam
Tuan mursyid, apakah hukumnya kita ugut kawan kita dgn siku dan lutut?

Mursyid: tiada masalah kerana siku dan lutut itu ada disebut dlm alquran dan hadith.

Maksud tuan mursyid? Ana tak faham...

Mursyid: contoh, kita berwudhuk apabila membasuh tangan, basuhlah kesemuanya sehingga meliputi SIKU. Contoh, aurat lelaki adalah di antara pusat dan LUTUT. Maka, itu menunjukkan tidak salah sebut siku dan lutut.

Tuan mursyid, dulu guru ana ada sebut kerajaan toghut. Dia kata jgn sesekali kita bersubahat dgn puak atau pemimpin toghut. Tentunya guru ana tu maksudkan adalah pmimpin amno. Sekarang ni, smenjak almarhum tok guru nik aziz tiada, kenapa ana lihat seolah2 puak kita tmasuk guru ana dan tuan mursyid sendiri seperti begitu intim dgn pmimpin amno?

Mursyid: Masa tu ana dan guru anta tu belum bermimpi apa2. Rupa2nya dlm negara kita tiada toghut...kalau ada pun sekarang, toghut itu adalah puak Dap atau Pkr sbb mereka tak sokong hudud. Mereka asyik nak mmbantu mangsa2 banjir kat kelantan saja.

Tuan mursyid, bukankah kerajaan toghut itu yg mmbunuh kawan2 kita di memali? Tuan lupakah?

Mursyid: Memang benar tapi itu salah Dap juga sebab mngapa mereka tak halang kjadian itu? Sebab itu ana kata Dap itu sebenarnya yg toghut.

Akhir sekali tuan mursyid, apakah hukumnya kita bgabung dgn amno?

Mursyid: fardhu kifayah. Mestilah ada di antara kita yg berbaik dgn amno. Jika tidak, kesemuanya kita akan berdosa. Sbb itu, awal2 lagi us Nasa berbaik dgn amno...Ana pun sama...ini semua utk melepaskan dosa2 jemaah kita.

Sunday, 5 July 2015

Najib ada berani saman kah?


The issue on Najib's alleged misdeed has gone up to another height. Najib in his statement threatens his critics they will face full force of law as those allegations were all untrue and unfounded. The situation now is very critical and everyone who has their hands in the issue must be prepared to face the consequences of law, says Najib. The issue is getting fierier when WSJ (Wall Street Journal) exposed that there were traces of funds by the billions of ringgit from 1MDB deal had gone into the personal accounts of Malaysian PM. The figure alleged to flow in Najib's personal account was USD700 million.

What Najib is saying is true. If those were all malicious allegations against him the parties responsible should be prepared to face legal consequences. However Najib must also be prepared to face law if all the allegations against him have the traces of truthfulness. Najib says that he won’t bow to Dr Mahathir and he will not allow Mahathir to rule by proxy. I am personally agreeable to see the truth to prevail and I hope everyone in this world who has even a small and fractious of evident to put Najib on trial if there were some truth in their allegations against him.

Najib must also be prepared to prove that what his critics are doing are all political conspiracy against him. He must prove that Dr Mahathir is conspiring with international parties to oust him to be true. He also has to prove that he has not taken for himself and family any money as alleged by many quarters. He must sue everyone who goes in the open alleging him for the wrong doings. If the other parties manage to prove that Najib has been on the take in 1MDB and other deals than Najib have to go and his departure will certainly be very unceremonious.

I suggest Najib has to go to international arena to clean his dirty perception from the international as well as the local community. We want to see the issues surrounding the nation be stopped abruptly. Najib has to face the consequence if all the alleged wrong doings against him are true. Najib has to go to the court to come out clean. This is because it is easier to believe the allegations against him by the critics than believing him due of his scrawny reputation that he has.

I and many others support Najib to take legal actions against his critics and prove to the world that what WSJ had written days ago is part of the concerted efforts by conspiring politicians and leaders as well as the international community to sabotage his leadership.

Najib has to erase the perceptions that he was the one who creates his own problems. If Najib is not suing anyone as he promised than Najib has to go and just leave politics forever.

Who are the parties that Najib should sue? Among them in the list should be Sarawak Report, WSJ, the banks and of course Dr Mahathir Mohamed the strident critic on his administration. Others who should be sued by Najib are leaders like Lim Kit Siang and many other opposition law makers who have been very consistent in highlighting the issues against Najib.

But the people on the street are still having apprehension that Najib will sue anyone. Most of them ask us back, ‘Najib ada beranikah?’. Some are asking among themselves, ‘Najib ada telor kah?’ and all questions like that. But truly many others say, ‘Najib pergi ajelah. Apa yang beliau hendak tunggu?’

Now we are waiting for Najib to sue WSJ first. Don’t wait too long Mr PM. Let’s see the fun. However it's not easy to prove what LKS and Tony Phua as well as Rafizi Ramli say are not true. Now the ball is at Najib's feet and he decides for his future.

What is certain, Najib is having serious mitigated believability problem. We feel sorry for him.

Aspan Alias

Friday, 3 July 2015

Petua supaya bai'ah ahli PAS terbatal tanpa melanggarnya..!!

Usin UG Ceroi 


Kalau tok duduk di tempat mat sabu, tok dah lama istihar parti baru bsama kawan2 yg lain. Tapi tok tau mereka takut nk langgar "bai'ah" kononnya.

Mai tok bgtahu cara2 nk elak dari langgar "bai'ah" dgn parti tok. "Bai'ah' tu hnya terpakai kpd wakil2 rakyat parti tok agar mereka tidak lompat parti. Ahli biasa mcm tok ni takde baiah pun.

Caranya mudah je. Tubuh parti baru tanpa istihar keluar dari parti tok. Ertinya ada dua keahlian. Tak haram pun hukumnya sbb parti baru tu pun dasarnya Islam juga. Perlembagaan parti tok tetapkan sesiapa yg wujudkan parti baru atau sertai parti lain, secara "automatik' akan terkeluar dr parti.

Ertinya, kamu tak keluar parti tapi parti guna sistem "auto' buang kamu. Maka, baiah tidak terpakai kerana kamu tidak keluar parti. Satu lagi cara paling mudah, bila nampak Tar Snake cuba sekeh kepala dia. Mesti dia mngadu dgn lembaga disiplin parti.

Parti pun ambil tindakan. Kamu kompom dipecat. Kalau tak dipecat juga, esoknya jumpa Nik Amar Doareamar pegi "starlight' dahi dia. Takkan tak kena pecat lagi?

Bila dah dipecat, terlepas lah dari baiah. Tengok hassan jati tu..relaks ke kena pecat. Bijak tak idea tok? Tapi....janji jgn bgtahu sesiapa idea tok ni ye...kalau guru tok tahu..mampus tok dibuatnya...

Popular Posts