>> 5 Terkini :

Sunday, 14 June 2015

Penyokong anggap Hj.Hadi "Presiden Perfect 10" punca timbul masalah dalam PAS..!!


Semuanya bermula apabila Hj Hadi tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden. Kemudian menukar keputusan mesyuarat dengan pendapat sendiri. 

Kemudian berlakunya perbalahan secara lisan antara beliau dengan Anwar dan Lim Guan Eng. Kemuncak, beliau secara terus terang menyerang Wan Azizah dalam isu MB Selangor. 

Mengatakan Wan Azizah tidak layak dan sebagainya. Kata-kata yang menguris hati. Namun, tindakan tidak datang dr PKR, tapi dari DAP. DAP putuskan hubungan dgn Hadi tetapi masih kerjasama dengan PAS dan PKR. 

Tindakan ini seolah-olah memperkecilkan Hadi. Mungkin kerana itu Hadi marah. Kemarahan Hadi ini kemudian merebak kepada ahli-ahli Dewan Ulamak. Akhirnya, kemarahan kepada DAP ini menjalar kepada marah kepada AJK PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS. 

Pemimpin PAS terutama daripada Terengganu dan Geng Ulamak menyalahkan AJK PAS, Pusat Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden kerana tidak mempertahankan Hj Hadi. 

Kemarahan ini kemudian diterjemahkan kepada usaha untuk membersihkan PAS daripada Kepimpinan Bukan Penyokong Hadi. Sekarang yang dipilih adalah senarai 'chai' penyokong mutlak Hadi. Mereka sedia menggunakan lutut dan siku bagi mempertahankan Hadi. 

Mereka sanggup korbankan semua ahli PAS (termasuk pemegang jawatan di Pulau Pinang, dan Selangor). 

Bahkan mereka juga sanggup lupakan segala janji-janji yang dilafaz dalam memperolehi undi rakyat semasa PRU13, harapan golongan marhaen untuk melihat PR menjadi pejuang yang memperjuangkan keadilan, untung nasib rakyat yang dibebankan dengan GST, kenaikan tol dan lain-lain. 

Ini berbeza dengan golongan yang dibuang dalam muktamar baru-baru ini. Mereka memilih untuk tidak bersetuju sekiranya ada tindakan / percakapan Hj Hadi yang tidak betul. 

Mereka berhujah dengan fakta dan tidak emosi. Mereka berdiplomasi demi memastikan PR sentiasa utuh.Teguran kepada DAP dan PKR dibua secara berhemah dan dengan prinsip tiada membawa keburukan yang lebih besar. 

Namun, kerana tidak mempertahankan Hj.Hadi, atau mempertahankan prinsip mereka di buang oleh perwakilan. Pemilihan dengan menggunakan senarai 'chai'. 

Permainan yang berlaku ini menjadikan PAS umpama parti politik sepenuhnya yang tiada ciri-ciri Jamaah Islamiah. 

Pemilihan kepimpinan tidak diukur berdasarkan kepada neraca Islam tetapi gunakan senarai Chai. Kita musykil, adalah pemilihan ini menepati syariat atau tidak. Jika tidak, kemungkinan pemimpin yang terpilih tidak perlu ditaati. 

Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar kepada arah yang lebih baik dan sejahtera untuk semua.

No comments:

Popular Posts