Ketua Dewan Ulama salahkan muktamar terima tanpa bahas usul putus dengan DAP. Dia salahkan juga jawatankuasa usul. CANTIKKKK LAH... Dah didedahkan arahan Presiden supaya terima tanpa bahas.
Maknanya Ketua Dewan Ulama salahkan Presiden... Elok la tu.. Tak wala' Presiden. Sedangkan telah didedahkan juga bahawa dalam mesyuarat jawatakuasa Pas Pusat kali terakhir, apabila dicadangkan usul putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas, Ketua Dewan Ulama Dr Mahfooz ini diam seribu bahasa. Tiada bantahan pun....
Jangan salahkan Dewan Ulama: Dr Mahfodz
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas tidak seharusnya dipersalahkan kerana
mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dilulus
tanpa dibahaskan dalam muktamar tahunan parti itu minggu lalu.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sebaliknya muktamar yang
perlu dipertanggungjawabkan kerana bersetuju menerima usul itu tanpa
melalui sesi perbahasan.
“Kalau boleh, memang Dewan Ulama mahu usul itu dibahaskan supaya kita
boleh dapat pandangan dan bincang tentang kesan kepada parti jika usul
itu dilaksanakan.
“Tetapi, apabila muktamar buat keputusan lulus tanpa bahas, kita
terpaksa terima walaupun terkilan. Jadi, sekarang, harap Dewan Ulama
tidak dipersalahkan kerana ia sudah jadi tanggungjawab muktamar,”
katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Bendahari Pas
Pusat, Asmuni Awi, kelmarin mengatakan Dewan Ulama perlu mengakui
kesilapan meluluskan usul tersebut sehingga menyebabkan masalah terhadap
Pas berhubung kedudukan wakil parti itu dalam kerajaan di Selangor dan
Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, isu itu timbul kerana usul tersebut tidak dibahaskan.
“Kalau dibahaskan, mungkin akan disebut mengenai akibat-akibat itu.
Dalam hal ini, jawatankuasa usul yang sepatutnya menjelaskan sebab usul
itu diterima tanpa bahas,” katanya.
Bagaimanapun katanya, keputusan muktamad pelaksanaan usul itu hanya boleh diumumkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat.
“Sekarang keputusan masih tergantung, belum ada kata putus. Saya
sendiri tidak pasti bila mesyuarat itu akan diadakan, mungkin lama lagi.
“Sebab itu, kita minta rakan-rakan di Pulau Pinang dan Selangor bersabar dan jangan buat keputusan terburu-buru,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak cadangan agar satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan semula usul tersebut.
No comments:
Post a Comment