>> 5 Terkini :

Friday, 23 October 2015

Luahan Pemuda Pas berkenaan krisis dengan Amanah

Luahan seorang pemuda PAS dlm status fb nya...

Ini sekadar luahan.

Jujur saya terlalu letih dengan dengan kemelut PAN PAS, suasana kebencian yang timbul membuatkan saya lebih selesa untuk ke usrah, program dakwah, atau ke program riadhah. Terus bekerja.

1- Sejak persaingan jemaah-jemaah, JIM, IKRAM, ABIM, PKPIM, ISMA, Haluan, Tabligh, saya tak pernah membenci mereka dengan sangat dalam, apatah lagi mengaggap mereka musuh.

Walau ada yang saya sangat tak bersetuju, (contohnya ISMA), saya masih punya kawan yang ramai di dalamnya, dan pasti mereka bukanlah musuh.

2- Saya masih berpegang kepada rukun baiah, Tajarrud. Yakin bahawa landasan ini yang paling benar dengan ilmu dan kefahaman, tapi jauh untuk mengatakan yang lain tertolak.

Bekerjalah, nanti kita jumpa di hadapan Allah dengan keyakinan masing-masing.

3-Ada yang saya pelik.

Dahulu mereka yang di dalam PAN, ketika masih bersama PAS, kita kata macam-macam. Munafiq haraki, suruh keluar. Sekarang bila dia sudah keluar, kenapa makian tu tak berhenti? Hatta Husam yang masih bersama PAS terus kita kata.

Apa sebenarnya yang kita mahu?

Mahu mereka ikut kata-kata kita sepatah-sepatah, sama macam kita, baru kita diam? Manusia apa kita ini?

4- Saya tak setuju ahli PAN digelar pengkhianat. Adakah sebab mereka tak setuju dengan PAS, lalu membawa wadah baru maka kita nak panggil mereka pengkhianat?

Jika kerana lompat parti, hanya wakil rakyat itu sahaja. Bukan orang yang tak menyertai apa-apa, tiba-tiba join PAN kita panggil pengkhianat.

5- Isu haram jemaah ini ada dalam taadud jemaah. Pasti kita belajar, ada yang setuju, ada yang tidak tentangnya. Ada khilaf.

Sudah tentu, jika PAN haram, jemaah-jemaah lain seperti IKRAM, ISMA, adalah haram.

Tetapi masing-masing adalah mengikut keyakinannya. Saya tidak rasa perlu berkeras tentangnya.

6- Walaupun sebagai ahli dan pekerja PAS, saya juga tetap rakyat marhaen biasa. Yang sangat rasa terjerut dengan keadaan ekonomi negara. Melihat suasana kebencian begini, hingga terlarinya fokus pada siapa musuh yang sebenar (UMNO BN), membuatkan hati rasa sangat kecewa.

Yang hanya mahu kebajikan terjaga. Yang hanya nak UMNO-BN kalah.

Saya yakin, ramai lagi begitu.

Biarlah PAN, mereka sudah keluar. Terus lah kita bekerja.

7- Saya rindu usrah tarbiyyah yang bincang soal tarbiyyah sebenarnya, yang rindu syahid, yang hening, cukuplah setiap masa membincangkan isu yang berbaur kebencian, yang ketawakan PAN.

Cukuplah.

Maaf, ini sekadar luahan. Jika kamu tak bersetuju tak mengapa, mari kita sama-sama bersetuju untuk tak bersetuju.

1 comment:

Salleha Haji Kasim said...

Gembira !!!! ada jua yang masih boleh berfikir jernih dalam jerebu dan kelodak......pastinya dari jiwa yang juga jernih.....sabening tarbiyyah kita selama ini......mari kita menjadi insan yang bersetuju dalam tidak setuju...RAHMAT ALLAH atasmu dan kita semua...

Popular Posts