Semua kronologi kebencian kepada DAP adalah bermula dari DAP secara rasmi menarik diri dari PAKATAN RAKYAT setelah memahami USUL yg dikemukakan DEWAN ULAMA PAS hanya SAH oleh MUKTAMAR yg bersidang ketika itu. Dalam masa yg sama PKR juga menyatakan HUDUD perlu dikaji masa perlaksanaannya. Nada ini juga sama dengan DAP.
Pada 13 mei 2015,…. Lim Kit siang telah mengemukakan permintaan supaya HUDUD dilaksanakan pada tahun 2023 tidak pada masa ianya dikecohkan.
Lim Kit Siang mungkin FAHAM apa yg TGHH pernah ucapkan bahawa HUDUD hanya boleh dilaksanakan kiranya:-
1. Gaji minima telah terlaksana
2. Kemiskinan telah Berjaya diatasi
3. Kadar pengangguran telah pun ditiadakan
KESEMUA ITU MASIH KEKAL DENGAN STATUS YG SEDIA ADA.
https://www.youtube.com/watch?v=gmcCvwxijD4
Namun Presiden PAS tetap bertegas hendak bawa juga HUDUD ini sebagai amanah NIK AZIZ...sedangkan kita tahu 22 tahun TGNA memerintah Kelantan beliau tak pernah bersuara nak bawa HUDUD ini keparlimen melainkan kita sudah menawan PUTRAJAYA dalam ertikata kita mendapat KUASA...
Bagi ahli peringkat bawah pula……Mereka menyerang DAP seolah-olah DAP telah langsung tidak menghormati hak ISLAM tetapi mereka pejamkan mata dengan kronologi kejadian... Islam itu agama yg adil bukan agama yg menyalahkan org lain atas kelemahan diri sendiri.....
Masalahnya mereka sekadar menyerang DAP seolah2 parti itu sahaja menolak HUDUD untuk dilaksanakan ketika ini, bagaimana pula dengan pendirian PKR..mereka juga tetap sama menolak untuk dilaksanakan HUDUD sebelum dapat KUASA dan perbaiki system yg ada..
Masalahnya mereka sekadar menyerang DAP seolah2 parti itu sahaja menolak HUDUD untuk dilaksanakan ketika ini, bagaimana pula dengan pendirian PKR..mereka juga tetap sama menolak untuk dilaksanakan HUDUD sebelum dapat KUASA dan perbaiki system yg ada..
Selain itu banyak kenyataan2 dari pemimpin Pas sendiri yg juga menentang perlaksanaan HUDUD sebelum dapat kuasa namun penyokong PAS pekakkan telinga dan butakan mata kerana itu org mereka.
Bukan itu sahaja,ketua WHIP PARTI ISLAM SEMALAYSIA Dato’ Mahfuz Omar sendiri pun tak tahu apa yg ingin dibentangkan oleh TGHH dalam private billnya,begitu juga ahli Parlimen PAS,PKR dan DAP. Apakah wajar untuk mereka menyokong apa yg mereka tidak ketahui kandungannya?
Apakah benar HUDUD telah BERSEDIA UNTUK DILAKSANAKAN DIMALAYSIA? Apakah dengan adanya UMNO yg MPnya melayu dan adanya PKR dan PAS yg juga MPnya Islam tidak mampu untuk meluluskan AKTA 355 yg dibawa oleh PAS melalui PRIVATE BIL tanpa sokongan DAP?...Lebih dari boleh…So apa isunya DAP x sokong?
Nota ini bukan bermakna menyokong DAP atau bersetongkol dengan alasan DAP gunakan,Penulisan ini lebih kepada ….CARILAH KEADILAN SEBELUM MENGHUKUM TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA…ISLAM ITU PENUH DENGAN KELEMBUTAN DAN ADIL UNTUK SEMUA
RAHMAT UNTU SEMUA ADALAH APA YG DILAKARKAN ISLAM!
Nyamuk Mengigit
No comments:
Post a Comment