>> 5 Terkini :

Monday, 19 October 2015

Hadi jual nama QARDAWI dengan bercakap atas kepentingan peribadi dan parti beliau

FATWA PENGHARAMAN MENUBUHKAN PARTI BARU


Saya membaca tulisan seorang ustaz 'haraki', dia meriwayatkan daripada TG Abd Hadi Awang bahawa al-Qaradhawi menfatwakan penubuhan parti Islam baru adalah haram.

Maaflah, saya tak percaya dengan dakwaan seperti itu. Ini kerana 'fatwa' itu sangat bertentangan dengan manhaj yg dipegang oleh al-Qaradhawi.

Sesiapa yg membaca al-Sohwah, karangan beliau, akan dapati beliau cukup terbuka dengan kepelbagaian gerakan Islam. Bahkan al-Sohwah ditulis untuk mengurus perbezaan antara gerakan Islam.

Bahkan dalam Fiqh Daulah, beliau menganggap kepelbagaian parti politik seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh.

Fatwa yg begitu keras, ini juga sangat bertentangan dengan semangat wasatiyyah yg dipromosikan oleh beliau setiap hari. Dalam "al-Halal wa al-Haram fi al-Islam", beliau mensyarahkan tentang asas ibadah dan mu'malat. Pengharaman sesuatu perkara al-Mu'amalat mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) dan 'soheh', sebarang usaha mengharamkan yg halal tanpa dalil yg 'soreh' dan 'soheh' adalah sebahagian daripada syirik, menurut al-Qaradhawi.

'Fatwa' ini dilihat lebih meragukan, kerana ia diriwayatkan oleh manusia yg punya sejarah dan track record menyalah gunakan nas agama untuk kepentingan partinya, serta penafsiran-penafsiran 'haraki' yg lucu (seperti dalam isu Jamaah al-Muslimin). Sedang kalam Tuhan berani disongsangkan maksudnya, apatah lagi fatwa manusia.

Namun bagi yg mahu terus mendakwa, tolong datangkan transkrip soalan TG Abd Hadi, dan transkrip jawapan oleh Al-Qaradhawi, supaya dapat dinilai kesahihan dan ketepatannya dengan dakwaan-dakwaan liar sebegitu.

Jika tidak ada, ketahuilah bahawa al-Qaradhawi menghabiskan usianya melawan sikap taksub buta, dan perangai suka mempergunakan nas agama untuk kepentingan diri sendiri.

Shahir Arifin Ahmad Fadzil

4 comments:

Anonymous said...

Hadi berpolitik utk kepentingan perutnya dan keluarga dan saudaramaranya,bukan berjuang utk rakyat dan agama..semua hanya dibibir sumbingnya saja sedangkan hakikat utk kesenangan dunia...hati tidak ikhlas dan bongkak.

Anonymous said...

Setahu saya, TGHH kurang fasih bercakap dalam bahasa arab.. buktinya dalam wawancara dengan stesen tv al-jazeera satu ketika dulu.. amacam?

panaz said...

ada yang tersentak dengan isu ini..logik akal patut pun haram..kalau setakat barunak berjuang ..lupakan la..yg komen pasal kurang fasih arab tu, tuan punya badan fasih ke?

Anonymous said...

Kurang fasih bahada arab? Atau kurang faqih? Fasih tak ada kena mengena dgn pemahaman, yg pentingnya faqih..hadoih
Toksah xok bebaloh lah.. bersatulah kembali saudara saudara ku

Popular Posts