>> 5 Terkini :

Friday, 10 April 2015

Rang Undang-Undang 'Marang' akan terus terperap dan terperap dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat

RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN AHLI PARLIMEN MARANG.
APA SETERUSNYA?


Gegak gempita seluruh alam Malaya dengan tajuk "HARI INI DALAM SEJARAH" apabila Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 telah dimasukkan di dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari Selasa 7 April 2015 di nombor 24.

Bagi sekumpulan manusia itu, ini adalah permulaan kejayaan besar mereka untuk menggerakkan usaha ke arah perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2015 Kelantan (EKJS 2015) yang meliputi hudud, qisas dan ta'zir.

Mereka tidak menyedari itu adalah perangkap berperingkat yang disediakan oleh Umno khususnya untuk menjahanamkan mereka. Tak apa. Jika Umno hendak menipu, kita ada Allah. Itulah alasannya. tetapi mereka lupa bahawa Islam menganjurkan ummatnya supaya bijaksana mengenali helah musuh dan tidak tertipu dengan muslihat musuh.

Perangkap pertama apabila Umno Kelantan kononnya menyokong penuh sebulat suara perlaksanaan EKJS 2015. Suka benarlah ketika itu mereka-mereka itu walau pun disedari itu adalah helah. Kemudian Umno memasang perangkap Jawatankuasa Teknikal. Selepas itu Umno menggunakan Pilihanraya Kecil DUN Chempaka pula.

Perangkap seterusnya ialah membenarkan Rang Undang-Undang Persendirian dimasukkan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Bergembiralah mereka usul tersebut berjaya tersenarai. Wahhhhhh ini sudah baik. Umno betul-betul ikhlas nak bagi laluan kepada kita. Sehingga habis sidang Dewan Rakyat pada 9 April 2015 jam 4:20 pagi hari Jumaat, Rang Undang-Undang Persendirian tersebut kekal di dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Tidak berjaya dibaca, dibentangkan dan dibahaskan. Kawann yang nak bentang tu pun hilang dari Parlimen. Lesap.

Kemudian katanya mungkin akan dibawa ke sidang bulan Mei 2015 yang akan bersidang selama 16 hari bermula pada 18 Mei 2015 sehingga 18 Jun 2015. Mereka amat berharap Rang Undang-Undang Persendirian Marang tersebut akan dapat dibentangkan semasa sidang tersebut. Kesian. Mereka tidak sedar perangkap itu masih terpasang menunggu mereka masuk.

Perlu diambil perhatian bahawa sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 18 Mei 2015 akan memfokuskan pembentangan Rancangan Malaysia ke-11. Itu adalah urusan Kerajaan yang terpenting. Maklumat daripada Parlimen mengatakan bahawa urusan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Kerajaan dan lain-lain urusan hanya dibuat selama tiga hari iaitu pada 18, 19 dan 20 Mei 2015 manakala pada Khamis 21 Mei 2015, Kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11. Kemudian pada minggu berikutnya seluruh Ahli Dewan Rakyat akan membahaskan RMK 11 tersebut sehingga selesai.

Maka aku melihat bahawa Rang Undang-Undang Persendirian Marang akan kekal di dalam Aturan Urusan Mesyuarat sehingga entah bila tanpa dibenarkan dibaca dan dibahaskan.

Dalam masa yang sama, bak kata pepatah, yang dikendong sudah keciciran, yang dikejar entah di mana. Nak pinda akta tak dapat, PAS dan Pakatan Rakyat kacau bilau.

Mohon diambil perhatian. Jangan jadi Pak Pandir yang menang sorak tapi kampung tergadai.

ZULHAZMI SHARIFF
10/04/2015.

No comments:

Popular Posts