Penulis Tamu : Abang Azizi@P044
Nampaknya sekarang ini PKR sedang menghadapi satu masalah besar untuk mendapatkan Undi MELAYU aka ISLAM di PERMATANG PAUH untuk PRK kali ini.
Masalah ini adalah berdasarkan satu kempen hangat dan mudah sedang berlegar di PERMATANG PAUH ketika ini. Kempen ini tidak memerlukan kos yang banyak sekadar hebahan mulut ke mulut sahaja dan ia meninggalkan seribu kesan di dalam jiwa dan benak pemikiran pengundi di PERMATANG PAUH.
Tahulah semua kini bahawa PAS PERMATANG PAUH sudah menolak kerjasama antara PAS-PKR di sini atas dasar PKR MENOLAK HUDUD. Dengan alasan yang diberikan walaupun PKR sudah berkali menyatakan bahawa MEREKA TIDAK MENOLAK HUDUD... MEREKA MENOLAK DRAF PINDAAN YANG HENDAK DI BAWA KE PARLIMEN kerana mereka tidak dapat salinan dan memahi serta melihat apa yang terkandung dalam pindaan tersebut. (Penjelasan KLIK SINI)
Namun walaupun berbuih PKR menyatakan alasan mereka menolak DRAF TERSEBUT rasanya ianya sudak tidak meberikan kesan disebabkan sekarang ini apa yang tertanam dalam pemikiran semua orang dengan kempen-kempen senyap dijalankan bahawa PKR MENOLAK HUDUD.
Dan ketahuilah semua sekarang KEMPEN PKR MENOLAK HUDUD ini sedang hangat di gerakkan di PERMATANG PAUH dan untuk makluman semua kempen ini bukan sahaja dijalankan oleh musuh politik PAKATAN RAKYAT tetapi golongan PAS sendiri sedang rancak menggerakkannya... Ini bukanlah fitnah nak meburukkan PAS tapi ia adalah kenyataan berdasarkan pengalaman turun bersama pengundi di PERMATANG PAUH dan bila diajukan persoalan sebegini maka ayat yang keluar ialah kena tolak PKR sebab mereka tolak HUDUD.... (boleh juga baca disini KLIK SINI)
Jika sebeginilah keadaannya... pihak pimpinan perlulah melakukan sesuatu untuk menenang dan menjelaskan semula apa keadaannya yang berlaku... janganlah disebabkan kebodohan masing-masing dan keegoan masing-masing menyebabkan kerusi PERMATANG PAUH jatuh ketangan MUSUH..
Jadi berfikirlah dan buatlah keputusan dan kenyataan yang menguntungkan perjuangan rakyat jangan disebabkan ego masing-masing apa yang dikejar tak dapat dan apa yang sedang dikendong berciciran....
2 comments:
Politik melayu ni mabuk ketum payah nak duga sebab ramai orang yg bodoh. Tahu cakap tapi tiada ilmu malas membaca hanya buang masa dikedai kopi cakap ikut emosi,
Permatang Pauh akan menjadi medan ujian krisis dalam PR atau Tun Mahatdir dengan DS Najir mana yang serius.
Post a Comment