Antara penyakit yg ada pada org berilmu ialah, suatu perkara yang dilakukan oleh pihak lain dianggap salah. Apabila mereka melakukannya pelbagai hujjah yang diberi. Apabila Org awam melihat tidak konsistennya org berilmu itu terhadap apa yang diucapkan, maka terhakislah kepercayaan kepada individu tersebut.
Sebagai contoh. Doktor marah org minum minuman manis tapi doktor minum manis takpa. Pemimpin disuruh berjimat tapi pemimpin mewah takpa. Ustaz menyuruh org membuat keputusan secara syura tapi dia buat keputusan veto takpa. Ini adalah antara penyebab org semakin hilang hormat terhadap mana2 ilmuan.
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Awasilah tingkah laku kita semua, kerana hari ini org awam semakin cerdik menilai.
Moga kita semua mendapat taufiq dan hidayah dlm menongkah arus kehidupan yang penuh cabaran.
والله المستعان على ما يصفون
Ahmad Hamadah
No comments:
Post a Comment