>> 5 Terkini :

Thursday, 19 November 2015

Gempar : Benarkah Ada Usaha Gulingkan Tuan Guru Presiden PAS oleh Mustafa Ali..??

GEMPAR : USAHA GULINGKAN TUAN GURU PRESIDEN PAS OLEH MUSTAFA ALI


Dato Mustafa Ali tengah memainkan peranan aktif sekarang untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. Kononnya dia bertindak berdasarkan banyaknya aduan yang diterima daripada segenap peringkat khususnya dari beberapa pemimpin kanan PAS tentang gelagat Tuan Guru Presiden yang kononnya merugikan parti.

Tidak mengejutkan jika perancangan sulit ini turut melibatkan kerjasama jitu seorang bekas pimpinan Pusat dari Kelantan yang sekarang ini semakin gila menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden yang amat kita kasihi.

Seumpama bermain badminton, ia memerlukan regu untuk memastikan permainan dapat berlangsung dengan baik. Satu pihak melambung bola, satu pihak smash. Ia sinonim dengan apa yang berlaku antara Dato Mustafa Ali dengan Bekas Pimpinan Pusat dari Kelantan ini. Bukan susah untuk faham game mereka ini, satu pihak lambung dari dalam, satu pihak smash dari luar.

Ia bukti yang jelas, nyata,terang lagi bersuluh betapa wujudnya "sparing partner" ini apabila melalui ucapan bekas pimpinan pusat ini dalam kes MB Selangor mendedahkan perbuatan cilik Mustafa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa mengugut presiden untuk meletakkan jawatan , satu perbuatan yang sungguh biadap!

Tapi Cikgu Pa bijak menyembunyikan pekung di dada, kononnya dialah pembela presiden dengan sentimen dia orang Terengganu. Sepandai pandai tupat melompat tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Cabaran Cikgu Pa kepada bekas naib presiden PAS untuk bersemuka disambut dengan pantas oleh bekas naib presiden pas tersebut, ia seperti sebuah skrip yang terancang. Tujuannya agar program tersebut dapat memberi ruang yang lebih untuk menghentam Presiden sedang Cikgu Pa akan berlagak seperti biasa "kononnya" mempertahankan presiden. Lawak sugguh jenaka yang sedang di tulis oleh Cikgu Pa ini. Dia sangka ahli Pas bodoh dan tidak faham permainan politik jijiknya? Bukankah selama ini Cikgu Pa yang lantang menghalang debat atau forum sesama sendiri dan mengapa sekarang beria-ia mahu anjurkan? Ada udang disebalik batu. Muslihat jijik.

Buat masa ini, serangan bertambah kuat. Telah timbul ura ura perbincangan sedang diatur melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS untuk mendesak Tuan Guru Presiden berundur secara terhormat melalui desakan secara berterusan dalam mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat. Perkara ini terbongkar kerana Dato Mustafa Ali ingat semua orang seperti beliau yang mahu menggulingkan presiden. Dia silap besar!

Terkini, Dato Mustafa Ali dikatakan telah mendesak mesyuarat PAS disegerakan baru-baru ini bagi menghentam kepimpinan Tuan Guru Presiden . Namun dengan bantuan Allah, tindakan jahat ini berjaya dihidu oleh Tuan Guru dan mesyuarat tersebut tidak dilaksanakan mengikut tarikh yang dipinta Dato Mustafa Ali. Dengan kebijaksanaan Tuan Guru, mesyuarat itu sebaliknya dibuat ketika Dato Mustafa Ali mempunyai program di Kuala Terengganu.

Wahai Ansorullah, pemimpin tertinggi kita diserang lagi oleh musang berbulu ayam yang masih bersisa dalam PAS. Jangan tertipu dengan penyamaran kelompok ini. Mereka mahu menjatuhkan kepimpinan Naib Ketua Ulama dunia dari menerajui Parti Islam yang kita kasihi ini. Ayuh Ansorullah, segera bangkit dan pertahankan Presiden kita dari sisa baki jebon yang masih ada!

Buat Cikgu Pa, jangan ingat kami tak ada rahsia cikgu. Amaran kami, berundur sekarang atau kami akan dedahkan habis habisan semua rahsia cikgu termasuklah kes skandal seks yang memalukan.

Pencinta Ulama Haraki
"Bongkar Sampai semua Jebon Kelupoq"

4 comments:

Anonymous said...

Pas kini hanya tempat himpunan para munafik dari presiden sehinggalah pengikut2nya..pas sebenarnya sudah tidak se gah dulu kerana kini ia menjadi sebuah parti anjing kurap..semua org tidak mahu kpdnya termasuk umno. Umno hanya mengumpan pas utk kepentingan dirinya yg sudah lemah..sekurang kurangnya dgn gabungan pas -umno,umno boleh pindahkan "kelemahan" kpd pas,kerana gabungan pas-umno akan membuat org melayu semakin ramai lagi keluar pas yg keahliannya sememangnya sudah terlalu byk menyusut.akhirnya bila pas semakin lemah,umno akan mula meminggirkan pas semula,maka jadilah seperti seekor babi kurap.

Unknown said...

Jangan mudah tuduh orang munafik. Yang menuduh sapa guana pulak? Silap haribulan sembahyang lima waktu pun tak cukup!

Unknown said...

Jangan mudah tuduh orang munafik. Yang menuduh sapa guana pulak? Silap haribulan sembahyang lima waktu pun tak cukup!

Unknown said...

Malas nk komen bekekahlah puak2 demo.
Yang penting perjuangan Amanah makin diterima rakyat.

Popular Posts