>> 5 Terkini :

Monday, 10 August 2015

Hapuskan kuasa VETO di PBB & Pada Pemimpin Parti...!

Hapuskan kuasa veto!



SEWAJARNYA sistem kuasa veto Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah lama dirombak dan digantikan dengan sistem yang lebih demokratik. Ini kerana tidak ada alasan kenapa lima kuasa besar; Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain dan Perancis diberi kuasa veto.

Sebenarnya amalan kuasa veto ini dimulakan selepas Perang Dunia Kedua dulu. Ternyata sistem ini memperlihatkan struktur yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Malah telah disalahgunakan seperti dalam isu serangan AS ke atas Iraq dan Israel menyerang Palestin.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah membangkitkan isu sistem kuasa veto badan dunia itu ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB pada September 2003 dulu.

Kelantangan Dr. Mahathir pada persidangan itu membuktikan kewibawaan PBB perlu dipulihkan dengan segera dan jangan membiarkan sesebuah negara mendominasi badan dunia itu untuk kepentingan tertentu. Caranya ialah menghapuskan sistem kuasa veto dan digantikan dengan sistem lain yang lebih adil.

Kekecewaan Dr. Mahathir dilangsungkan oleh Presiden Libya, Muammar Gaddafi pada Perhimpunan Agung PBB di New York Khamis lalu. Gaddafi mengambil pendekatan yang lebih radikal untuk menyatakan kekecewaan dan kemarahan terhadap amalan memberi kuasa veto kepada lima kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB.

Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia. Kemudian kertas itu dibaling ke podium ke arah pemimpin kuasa besar dunia yang telah sekian lama mencabuli matlamat kewujudan badan dunia itu. Demikian hinanya pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan AS atas nama PBB untuk menindas negara-negara kuasa kecil dan miskin.

AL-KISAHNYA INI LAIN YANG TERJADI


Cuba kita renungkan petikan diatas tentang kuasa veto yang diberi kepada negara-negara besar. Ada negara-negara yang telah mengunakan kuasa veto yang diberi untuk menindas kuasa kecil atau negara-negara kecil untuk kepentingan sendiri.

Sifat bangga diri dan tidak boleh ditegur menjadi amalan pihak-pihak yang mendapat hak untuk menjadi kuasa veto. Tapi ini kuasa veto lain…

dua insan bercinta

Cakap-cakap tentang kuasa veto “orang lembek” yang diterapkan oleh beliau telah menjadi bahan ketawa orang ramai. Amalan kurang sehat ini jelas sekali orang berkenaan gila kuasa atau menyalah guna kuasa yang diberikan kepada beliau. Rasa bangga diri dan riak jelas sekali pada ketika beliau menjadi pemimpin “talam dua muka“. Adakah pemimpin sebegini layak untuk berada diatas?
talam dua muka

Ketika beliau berasa SYOK SENDIRI mengatakan beliau mentadbir dengan bagus dan bijak, orang kanan dan kirinya bertepuk sorak gembira tetapi hakikatnya orang-orang ini hanya mahu berada diatas dan ingin menjaga nama masing-masing. (orang cakap apa saja hangguk kepala, pakai la kepala otak bukan kepala lutut)

VETO pada PERDANA MENTERI MALAYSIA


Lihatlah apa berlaku sekarang, naik turun Timb PM adalah bergantung kepada PM itu sendiri bukannya kuasa MENTERI KABINET atau MAJLIS TERTINGGI. Dengan kuasa yang ada padanya PM telah memecat TPM beliau tanpa diketahui akan sebab musababnya.

Dan isu besar yang ada sekarang dimana PM juga boleh menerima DERMA sehingga mencecah berbilion ringgit nilainya. Disini telah hilang satu intergriti dimana seorang PM boleh menerima duit keluar masuk dengan sedemikian rupa tanpa rasa bersalah apabila rakyat mempersoalkannya.

memang jawpaannya derma..namun disebaliknya berbagai persepsi boleh diktakan antaranya adakah duit itu ISRAEL yang beri, tokey besar yang beri, golongan yang nak dokumen sulit negara..macam-macam persepsi boleh dikatakan.. Ini semua berpunca dari kuasa VETO yang diberikan kepada PM kita.

Sepatutnya PM kita ada satu mekanisma atau undang-undang yang menghadkan sebarang transaksi duit dibenarkan sekian-sekian sahaja. Namun apabila diberi kuasa begini pula jadinya.

VETO pada pimpinan Parti Islam


Perkara ini sudah berlaku kepada parti PAS dimana semua pengikut dan pimpinan mereka beranggapan bahawa PRESIDEN mereka mempunya satu autoriti atau kuasa untuk membuat keputusan..dalam ertikata bahasa perbincangan kita hari ini ialah VETO.

Seharusnya kita kena tahu bahawa seorang pemimpin yang menguruskan satu organisasi ia sepatutnya tidak boleh mengamalkan kuasa VETO ini bertetapan dengan huraian kita diatas kerana untuk mengelakkan timbul salah faham dan penyalahgunaan kuasa atas kepentingan peribadi.

Tapi perkara ini tidak berlaku dalam PAS dimana PRESIDEN dianggap ada kuasa MUTLAK dan bayangkan jika ini berlaku dikala PAS memerintah negara dimana PRESIDEN nya menjadi PM. 

Adakah kita hendak melihat seorang PM yang memerintah menggunakan kuasa VETO. Jika ini turut berlaku apa bezanya dengan pemerintahan KOMUNIS, SYIAH, KARL MARK serta negara-negara besar dunia yang ada kuasa VETO di PBB.

HAPUSKAN KUASA VETO!

MAT ALISHAH
#HarapanBaru


No comments:

Popular Posts