>> 5 Terkini :

Saturday, 19 December 2015

PAS - Antara TGHH dan Asobiyyah Perjuangan..!!!

[ Fiqh Siyasi 25 - ‪#‎asobiyyahperjuangan‬ ]
Oleh : Ahmad Sayuti Bashiron


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis pada Khamis 10/12/2015 minggu lepas, pada perenggan ke-6,

"PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi PKR dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat"

Tulisan TGHA tersebut tertera sebaik PM Najib Razak memberikan ucapan mengajak PAS & UMNO bersama berjuang "melewati ideologi" (atau fikrah) politik, demi untuk Islam dan Melayu. Seblum itu, TG melalui setpolnya mengarahkan tiada sesiapa pun dibenarkan memberikan response balas pada ucapan pelawaan Najib tersebut, melainkan daripada TG sahaja.

Tuan Guru yg dihormati,

Saya tidak berminat utk berikan response pada tulisan TG tersebut, terpulanglah pada apa pun ijtihad politik TG untuk bersama, berpeluk, perpentas, bermultaqa dan berpaduan bersama UMNO, Najib atau Rosmah, etc. TG sbg Presiden PAS lakukanlah apa sahaja yg dimahukan oleh Najib jika ianya menyakinkan TG, kerana saya kini, ijtihad siyasi saya ternyata telah berbeza dengan pendirian TG masa ini. Kita berlapang di situ.

Namun Tuan Guru,

Saya terpaksa coretkan rasa amat sedih, terkilan, terkejut, pada perenggan akhir tulisan TG tersebut yg benar-benar cuba memberikan persepsi sangat salah, mis-leading, atau lebih tepat "berbohong" dalam penulisan tersebut. Saya mohon maaf atas luahan saya ini TG.

Tindakan TG cukup berani melakar di ruang maya, menjadi tatapan satu negara, satu dunia, bahawa tindakan PAS putuskan hubungan dgn DAP itu adalah kononnya "keputusan syura tertinggi PAS", ie Muktamar 2015 pada 4-6 Jun 2015 lalu. Walhal TG sendiri tahu apa kebenarannya..!

Izinkan saya merujuk semula tulisan saya beberapa hari selepas Muktamar lepas, sbg kronologi kejadian;

[1] Sejak 2008 hinggalah 4/6/2015 (ie. hari pertama muktamar), ratusan kali TG nyatakan bahawa tahaaluf siyasi yg PAS lakukan bersama PKR/DAP itu cukup untungkan Islam, memberikan manfaat pada dakwah, suatu yg tidak pernah PAS kecapi sejak dahulu. TG berkata, PAS dan PKR/DAP diikat atas begitu banyak persamaan yg mahu dicapai dlm sistem demokrasi berpelembagaan di M'sia.

Bahkan TG menulis, yg membezakan approaches (mutaghayyirat) perjuangan PAS dan DAP hanyalah 5% sahaja, sedangkan 95% lagi adalah persamaan dlm perjuangan. Atas dasar itulah ketiga parti bekerjasama, walau Islam tidak diletakkan sbg matlamat ketiganya.

Itulah kenyataan TG sendiri sejak sekian lama. Bukan kenyataan ahli2 atau pimpinan bawahan. Itulah ijitihad PAS selama ini, pasca PRU12, 2008.

TG pasti ingat, setiap kali saya bertemu TG sama ada dalam permusafiran, jaulah, daurah, atau program dalaman, saya pasti memanfaatkan masa itu utk bertanyakan sebanyak mungkin kemusykilan dan ilmu2 politik Islam dari TG secara semuka. Dan TG tak lekang bibir menerangkan pelbagai teory perjuangan dan permasalahan dunia Islam yg menguatkan keyakinan dan menjelaskan jalan dakwah buat saya.

Saya cukup bersyukur mendapat semua butiran mutiara itu.

Bahkan ilmu itu jugalah yg saya perturunkan pada setiap anak-anak usrah dan mad'u dalam siri tarbiyyah untuk fahamkan mereka apa sebenarnya yg diperjuangan oleh PAS dlm politik dakwah acuan demokrasi tersebut.

TG sendiri pasti ingat, apabila saya mengadu pada TG bahawa saya kerap "diserang teruk" hanya kerana mempertahankan pendirian2 dan keputusan tahaaluf siyasi yg TG dan PAS lakukan, khasnya dari puak2 yg menuduh TG sbg sesat, lari dari landasan Islam, boneka DAP, khasnya dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Hasan Ali, Ustaz Nasha, Perkasa, dan puluhan lain sekutu mereka.

Pesanan TG pada saya dlm satu jaulah musim sejuk, bersabarlah! Allah bakal ganjari amal yg enta lakukan, bahkan meminta saya terus melaksanakan peranan itu dgn tegas.

Tuan Guru yg dihormati,

[2] Kali terakhir sejak 7 tahun lepas, TG mengulangi kenyataan itu pada hari pertama Muktamar di Kuala Selangor, di mana TG meminta semua perwakilan, ahli, pimpinan, dan rakyat utk sama bangkit mempertahankan tahaaluf PAS dan PKR/DAP, atas puluhan manfaat yg menguntungkan Islam. Itulah Ucaputama Muktamar yg TG sendiri bacakan pagi itu. Laungan takbir mengirinya.

[3] Sebaik selesai ucaputama, TGHA dan seluruh perwakilan sama2 mengundi. Dan sudah pasti TG juga cukup maklum bahawa nama TG sendiri secara rasminya ditabalkan dalam "senarai chai" calon2 yg wajib dipilih oleh perwakilan apabila Dewan Ulamak PAS Pusat memaparkan senarai itu dlm halaman rasmi party, termasuk juga perwakilan dibekalkan "kertas chai" utk memudahkan perwakilan memilih nama-nama yg sudah mendapat restu "ulamak" tersebut.

[4] Malam hari pertama itu juga, pasti TG sudah mendapat maklum, bahawa semua nama dlm pilihan chai tersebut telah menang total, dan semua nama2 yg dianggap perosak dan pemusnah PAS (ie: dikatakan berselindung spt bongkah ais) oleh menantu TG sendiri, telah kalah semuanya, yg membawa erti semua susuk perosak tersebut bakal tiada lagi di keliling TG dan di dalam mesyuarat PAS.

[5] Dan saya yakin, TG masih ingat jelas pada esoknya, 5/6/2015 iaitu hari kedua muktamar, TG turun dari pentas bersama seorg chai yg baru menang, dan TG arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar utk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP" itu.

Tuan Guru yg dihormati,

[6] Saya yakin, TG cukup faham, seperti ucaputama TG sendiri bahawa Muktamar adalah badan syura tertinggi dlm PAS melangkau semua keputusan2 lain dlm parti. Dan sejak Muktamar 2008 telah membuat satu keputusan yg sgt tegas, ie, wajib kekalkan tahaaluf siyasi sebab keuntungan dakwah untuk PAS yg begitu banyak. TG faham, dalam muktamar itu adanya segala macam bijak pandai dan cendekiawan agama, termasuklah ulamak dan Majlis Syura Ulamak, JK PAS Pusat, Dewan-dewan, dan juga hampir 2000 perwakilan yg merupakan pembuat keputusan utk parti. Mereka hadir dgn amanah ahli utk membuat keputusan, bukan dicucuk hidung atau dipaksa berdiam diri.

[7] Bahkan TG cukup tahu, usul Dewan Ulamak seperti yg disebut oleh Dr Mahfuz Ketua Dewan Ulamak sendiri, memang diangkat sbg "usul tergempar" di saat akhir dengan satu sahaja tujuan mereka, iaitu utk usul itu diperbahaskan oleh perwakilan, sebelum apa-apa keputusan terima atau tolak dibuat.

[8] Bahkan TG sendiri tahu, hasil tindakan veto TG itulah, kesemua kertas usul terpaksa dicetak semula utk dibaca perwakilan, dan TG pasti tidak lupa betapa kali pertama dalam sejarah sungguh berkocaknya muktamar hasil dari tindakan veto tanpa hujjah TG memaksa perwakilan terima usul untuk "putuskan dengan DAP" tersebut, antaranya tindakan...;

(a) Pandangan perwakilan Negeri Sembilan, anak kepada mantan Presiden PAS yg juga merupakan Peguam PAS menegur tindakan salahguna kuasa TG membelakangkan muktamar itu sbg kesalahan dan dosa besar, sebab ia bertentangan dgn perlembagaan party sendiri. Faktanya, TG sbg Presiden tidak pernah memiliki hak sedemikian spt tertakluk di dalam perlembagaan.

(b) Kedua, pandangan perwakilan Kota Raja cukup jelas bahawa TG tiada hak untuk menjadi diktator memaksa perwakilan PAS wajib membabi-buta taat sahaja pada arahan tersebut, walau pun TG bercakap sbg ulamak besar sekalipun. Perwakilan itu mengingatkan bahawa setiap tindakan mestilah disandarkan hujjah, dan hujjah tersebut mestilah dikemukakan utk kefahaman. Perwakilan tersebut memberi peringatan bahawa tanggungjawab Presiden adalah utk membuat keputusan secara bersama (syura), bukannya veto, bukan diktator, dgn memaksa "putuskan hubungan dgn DAP" oleh satu kepala sahaja utk sehingga menolak keputusan 7 kali muktamar sejak 2008 lagi.

(c) Bahkan TG mesti ingat, org kuat dan org kanan TG sendiri, seorg Adun dari Marang yg berkali-kali bangkit membantah keras tindakan TG tersebut sbg merosakkan jamaah dan mengundang FITNAH yg begitu besar pada PAS dan PR dan diri TG sendiri. Perwakilan itu menyebut, sememangnya keputusan spt arahan TG itulah sgt diidamkan oleh UMNO sejak sekian lama. Segala teriakan, amaran dan marah Adun dari Marang tersebut diabaikan sahaja oleh TG.

(d) Bahkan TG mesti ingat perwakilan Sabah dan perwakilan2 lain pakat bangun nyatakan PAS pasti menuju kehancuran tatkala elemen salah guna veto dibenarkan dilakukan oleh Presiden tanpa mahu ikut keputusan syura muktamar yg tertinggi. Hingga pagi ketiga itu, dewan gamat dgn teriakan dan herdikan marahnya mereka pada TG atas salah guna kuasa tersebut.

(e) Dan yg paling jelas, TIDAK ADA seorang pun dari kalangan perwakilan yg bangkit "bersetuju" dgn "usul diterima tanpa bahas" tersebut. Itulah FAKTA nya!

Ya, itu semua adalah apa yg berlaku dlm dewan muktamar yg cuba TG kiaskan sebaliknya. Ramai yg tidak tahu kejadian di dalam dewan itu, pasti akan denganmudah sekali terpedaya apabila membaca tulisan TG bahawa keputusan putus dgn DAP itu adalah keputusan muktamar PAS! Allahu...

[8] Dan ya, selesai segala insiden itu, TG sendiri perhatikan satu persatu pimpinan utama, atau bekas pimpinan, lama dan baru bersama alirkan airmata kekecewaan atas salah guna veto yg dilakukan oleh TG tersebut. Semua pulang dengan mulut terdiam dan tiada jawapan di bawa pulang. Sejarah dilakarkan dengan begitu 'aib sekali oleh TG Presiden PAS pada Muktamar 2015 itu, dihadapan ratusan pihak media dan pemerhati dalam dan luar.

Sejarah yg memalukan itu termaktub dalam semua media, antaranya menulis;

http://www.themalaysianinsider.com/…/hadi-arah-lulus-usul-d…

[9] Dan dengan segala kerosakan yg TG mulakan itu, maka jadilah PAS seperti hari ini, jadilah PAS dengan penuh hormat memasuki perangkap UMNO, dan robohlah PR dgn raikanlah kegembiraan itu oleh UMNO yg begitu longlai pada masa ini.

Tindakan TG itulah satu-satunya kejayaan utama UMNO yg diperjuangkan sejak 2008 hingga hari ini. Maka sebaik muktamar itu, bersahutanlah ucapan tahniah dari UMNO dan NGO asobiyyah Melayu tajaan UMNO atas kejayaan Presiden PAS sendriri meruntuhkan satu uasaha tahaaluf yg dimulakan sungguh oleh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Al-Marhum TG Nik Aziz sejak sekian lama.

Tuan Guru yg dihormati,

[10] Kami memohon maaf kerana itulah yg bakal generasi kami dan generasi selepas ini akan kenangkan kemusnahan dakwah yg TG lakukan pada perjuangan Islam ini, sebagai mengendalakan perjuangan meruntuh sistem zalim yg diasaskan sejak sekian lama oleh UMNO. Kami tiada hujjah yg mampu untuk dibentangkan pada generasi akan datang, apakah alasan setiap tindakan veto TG itu.

[11] Dan tulisan TG minggu lepas itu, jelas TG cuba selewengkan fakta dengan memberikan alasan kononnya tindakan itu adalah "keputusan muktamar". Maaf TG, Nabi memberikan amaran sgt pedih pada ummatnya yg berbohong dan menfitnah dalam keadaan dia sedar kesan dari perbuatannya itu.
Tuan Guru yg dihormati,

[12] Akhirnya TG mesti segar ingatan, genap sebulan selepas muktamar itu, apabila masih tiada keputusan dibuat, saya bangun di hadapan TG bertanya secara langsung pada TG, apakah "thawabit perjuangan" atau prinsip Islam yg telah terpaksa digadaikan oleh PAS yg berkali-kali TG sebut sebagai punca PAS terpaksa putuskan dengan DAP tersebut.

[13] Ratusan perwakilan dalam Dewan Utama UniSel itu menjadi sakasi, bahawa TG "langsung tidak menjawab" sedikit pun soalan ringkas saya dan beberapa soalan oleh hadirin lain yg bertanya tentang isu yg sama.

[14] Bahkan bila ditanya lagi, apakah jalan keluar dari segala permasalahan perpecahan PR tersebut, TG sekali lagi gagal memberikan apa-apa jawapan, selain menyebut "apa yg akan berlaku pada PAS dan PR semuanya ada dalam perancangan Allah, dan Allah sahaj yg tahu", tanpa adanya jalan perancangan keluar dari kerosakan yg TG sendiri mulakan itu.

[15] Namun sebaliknya, TG mungkin gembira atau redhoi pula sebahagian besar hadirin Pemuda PAS dan Ulamak PAS yg bersemangat laungkan sorakan pada saya, memaki-hamun saya di hadapan ratusan hadiran, bahkan TG membiarkan sahaja ustaz-ustaz itu meminta TG pecat segera saya dari parti hanya atas pertanyaan ringkas dan cukup berhemah tersebut.

Tuan Guru yg dihormati,

[16] Hingga hari ini, TG masih belum pernah memberikan apa2 pun jawapan dari perlaksaan veto TG pada 5/6/2015 tersebut. Namun TG hanya bercakap soal berkaitan wajibnya walak, taat, kesatuan ummah, dan sebagainya yg meruntun ahli ikut tanpa faham. TG hanya mahukan pidato TG didengari, diulangi, dipatuhi, tetapi TG sendiri gagal membentangkan hujjah dan patuh pada keputusan syura parti PAS yg TG pimpin sendiri.

Maaf TG. Saya terpaksa menulis, dan berbeda pandanagn dari majority pengikut ta'asub TG itu, dan saya doakan Allah bukakan "jalan keluar yg benar" buat TG perbetulkan semula amanah ummah yg begitu besar itu.

W'alam
Ahmad Sayuti Bashiron

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhib SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL.alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda

Popular Posts