>> 5 Terkini :

Wednesday, 16 December 2015

Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.
Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". – 14 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berhenti-tipu-rakyat-kata-bekas-pengerusi-spr-kepada-najib#sthash.yRQZDmUf.dpuf

No comments:

Popular Posts