>> 5 Terkini :

Tuesday, 8 December 2015

Apabila NAJIB alih isu kepada PARTI PAK LEBAI...!!!

NAJIB ALIH ISU.....



Najib kata Parti Lebai menunjukkan tanda yang menggalakkan untuk bermuafakat dengan Umno. Langkah-langkah ke arah itu telah mula ditunjukkan dengan berkecuali menolak Bajet 2016 yang lepas.

Dalam keadaan Najib dikelilingi pelbagai skandal dengan 1MDB, derma RM2.6 bilion, serangan daripada Tun Mahathir, Muhyiddin dan sekutu, krisis Umno yang memuncak, tiba-tiba Najib puji Parti Pak Lebai.

Yang tersepit la ni adalah Parti Pak Lebai. Najib cuba melepaskan diri dengan memuji Parti Pak Lebai. Bila Najib puji Parti Pak Lebai, berduyun-duyun la pakat maki Parti Pak Lebai.. Pakat mengata kat Parti Pak Lebai... Pakat tuduh Parti Pak Lebai...

Aku kesian kat Pak Lebai sebenaqnya kerana menjadi tempat Najib melepas diri. Tapi nak kesian sangat pun tak guna kerana Pak Lebai jadi macam tu sebab kebodohan pimpinan Pak Lebai jugak yang seronok dan ketagih dibohong, ditipu dan dipermain oleh Najib dan Umno.

Kalau pemimpin Parti Lebai tu cerdik dan betul-betul istiqamah melawan kezaliman, ini sebenarnya peluang terbaik untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim. Ini peluang terbaik menjatuhkan Umno yang selama ini menjadi musuh politik nombor satu Malaysia.

Tapi apakan daya, bagi pemimpin Parti Lebai, DAP dan AMANAH lebih jahat lebih zalim dari Umno. Segala kejahatan Umno selama merdeka ni dilupakan seketika kerana DAP lebih jahat. AMANAH lebih khianat. DAP dan AMANAH lebih perlu dihapuskan daripada Umno yang jelas dan terbukti zalim.

Istiqomahlah dikencing.

BERANI BERUBAH
ZULHAZMI SHARIFF
08122015

No comments:

Popular Posts