>> 5 Terkini :

Tuesday, 11 August 2015

Bongkar rahsia kenapa #NAJIB taknak tambat nilai Ringgit dengan USD

Gin Marvel


Secara rasmi pihak kerajaan buat pengumuman bahwa Malaysia tidak akan buat tambatan wang ringgit sebagaimana tambatan RM3.8 suatu ketika dahulu. Dan setiap posting yg dikeluarkan dari wall ini kerap kali buat jangkaan awal berkenaan penurunan nilai mata wang Malaysia. Akhirnya GM terima maklumbalas.....

"Jgn spekulasi mata wang ringgit, anda boleh dikena hukuman Akta Hasutan".

Akta hasutan pala pak, tok, nek hampa....!!! Index saham di BSKL itu pun beroperasi berdasarkan jangkaan/spekulasi. Ringgit lemah kerna penyangak regime yg memerintah, bukan rakyat yg melihat graf index kewangan Malaysia.....

Cuba fikir kenapa Najib minta 6 bulan nak setel hal 1MDB ?

Kerna jika tambatan wang ringgit ini di jalankan sekarang, besar kemungkinan jika ada fund pelabur dari luar negara ingin dapatkan tanah kepunyaan 1MDB di Tun Razak Exchange seperti dikhabarkan dari negara China & Arab, pada bulan ke 6 nanti di andaikan 1usd=RM4.4 maka 1MDB akan perolehi keuntungan tinggi yg mudah dari perjanjian yg dibuat pd awalnya....

Contoh:
Sekarang RM3.95/usd= 1billion usd bersamaan RM3.95 bilion
Jika lepas 6 bulan RM4.4/usd= 1 bilion td bersamaan RM4.4 bilion
Keuntungan mudah dari kelemahan ringgit berjumlah = RM450 juta

Amno kata kelemahan ringgit itu membantu negara, inilah permainan yg mereka sendiri lakukan.....

Yang memerhati: Gin Marvel

2 comments:

Anonymous said...

Oiii, orang nak pi haji niiiii... nilai ringgit rendah akan buat jemaah haji jelmaan umno akan merasa bahang akibat penurunan nilai ringgit.... apa kejadahnya nak hantar balik 10 liter air zam-zam sampai nak kering simpanan di tabung haji....masa nilah sama ada mereka akan menelan kata-kata pemimpin umno yang kata nilai ringgit lemah baik untuk ekonomi atau akan bangkit untuk menafikan betapa mereka dikencing oleh rejim Najib... lepas balik insyaAllah mereka sendiri akan usaha tumbangkan rejim Najib.... rasanya sebelum mereka balik sebab mereka akan berdoa depan Kaabah supaya umno selamat... kalau nak umno selamat maka kepimpinan Najib di dalam umno perlu ditumbangkan.

Anonymous said...

Saya dah keliru, jika RM2.6 billion tu dikatakan wang derma, mana perginya wang pelaburan 1MDB yang kemudian dikatakan dipinjam oleh syarikat minyak arab tu? Berapa jumlahnya?

Popular Posts