#mempersadakan PAS, #kukuhkan PR
A.F. Ustaz Hj Ahmad Awang bukan hilang daripada persada perjuangan PAS, tetapi Ustaz Ahmad Awang masih berjuang dalam PAS walau pun disof belakang, Ustaz juga turun dalam Bersih 2007, PPSMI 2009, Bersih 3, KL114/2013, Demo di hadapan kedutaan2 dan terkini Bantah GST.
Mengenai perjanjian #Pangkor 2 yang dikitar semula oleh geng UG, sebenarnya itu adalah dicetuskan oleh #umno dan tiada bukti ianya pernah berlaku. Orang PAS sejati yg ikhlas, tau hakikat dan x akan promosi propaganda musuh.
Ketika terbentuknya kerajaan PR di Perak pada 2008, PAS hanya ada #enam kerusi DUN sahaja dan dalam perbincangan antara PAS,PKR dan DAP dalam membentuk kerajaan di Perak tidak berbangkit soal #hudud, ianya hanya dihangatkan selepas meninggalnya Tuan Guru Nik Aziz dan ianya hanya untuk menimbulkan suasana tidak aman dalam PR. Idea kononnya #Pangkor2 wujud, satu pengkhianatan thdp PAS, sape yg pun yg ulang, ia adalah mengitar idea UMNO. UMNO sendiri x putar dah lagu lama tu, tapi masih ada yg lain berminat. siapa mereka?
Yang menghairankan ialah mengapa geng UG tidak serang Ustaz Azizan yang kenyataannya membawa maksud tidak akan laksanakan hudud di Kedah?
No comments:
Post a Comment