Dicuba utk calonkan Ahmad Fadhli Shaari, KP kelantan sbg KP pusat. Tetapi bila buat muktamar pemuda di tempat sendiri di Pasir mas, yg hadir tak sampai 100 orang. Dan kalau mengikut ulasan dari pengerusi pertandingan asmuni awi,mesyuarat itu tak sah.
Maka calon kedua yg dipilih ialah ustaz khalil hadi. Tetapi apabila difikirkan semula, tidak elok ayah dan anak bertanding merebut jawatan tertinggi dlm pemuda dan pas pusat. Dan kalau bertanding, ada kemungkinan kedua duanya akan ditolak oleh muktamirin sbb nampak jelas 'kroni' di sini.
Dalam waktu itu, berlaku perbalahan yg hebat antara kem nik amar dan nik abduh di kelantan, kerana masalah calon di dun cempaka bagi mengantikan TGNA. Nik abduh mahukan calonnya duk disitu utk menjadi transit sementara beliau akan bertanding disitu pada pru14. Nik amar pula mahukan sepupunya jadi calon. Kemenangan kpd nik amar.
Kemenangan nik amar di dun cempaka, disusuli dgn "pembersihan etnik" nik abduh di pkln chepa. Beberapa nama besar pas pkln cepa yg pro nik abduh dicantas oleh nik amar. Nik abduh sendiri dicantas dari memegang apa apa jawatan di pkln chepa. Orang kepercayaan nik abduh, iaitu azhar juga dicantas dlm pas pkln cepa.
Dan apabila dimaklumkan bhw nik amar akan bertanding naib presiden, maka nik abduh merasa amat tergugat. Maka beliau mendapatkan nasihat beberapa orang sahabat bekas pemudanya. Dan mereka menasihatkan nik abduh utk bertanding jawatan KP bagi menyeimbangkan jawatan jika nik amar menang sbg naib presiden.
Jadi mereka mulakan kerja. Pencalonan pertama dari pemuda marang sendiri. Pencalonan kedua dari kawasan batu, iaitu mamak el haraki yg jadi ketuanya.
Dan hari ini, dengan cuma 2 pencalonan, maka nik abduh mengistiharkan utk bertanding Ketua pemuda.
Bermulanya era import pemain luar pemuda utk bertanding lawan ketua pemuda.
Ahmad suhaimi hamzah
Pengundi DUN Panchor.
No comments:
Post a Comment