DEBAT TERBUKA CALON PRESIDEN
Ustaz Ahmad Awang sudah pun memberi response terhadap cadangan supaya diadakan debat terbuka antara calon presiden dan timbalan presiden buat julung kalinya .
Cadangan itu telah diilhamkan oleh seorang AJK Pas Pusat bertujuan agar bagi membolehkan perwakilan menilai dan memuhasabah berhubung tahap pencapaian, disiplin kerja, sikap pertanggungjawaban, amanah dan keupayaan calon-calon tersebut .
Menurutnya lagi , melalui debat, para perwakilan yang mengundi boleh menilai keupayaan setiap calon termasuklah kemampuan menguasai dengan baik isu-isu negara dan antarabangsa dan keupayaan untuk meyakinkan rakyat pelbagai agama dan kaum di negara ini untuk menerima parti Islam itu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui Malaysia.
Apa yang kita nantikan ialah jawapan dan response yang bakal diumumkan oleh penyandang presiden parti Hj Hadi Awang . Kita harap jawapan tersebut adalah positif , segera dan tidak dilembapkan.
HJ HADI TOLONG JANGAN MALUKAN GENG WALA !!
No comments:
Post a Comment