Kini terbongkar kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.
Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir
Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin
yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun
Perdana Menteri.
Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6
bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu
pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video
tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka
tidak menyedari siapa yang merakamnya.
Pada awal video iti sendiri jelas menunjukkan Perdana Menterti tidak menyatakan jumlah yang masuk apabila Muhyiddin berkata,
“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”“lepas tu saya tanya berapa banyak… Susah nak kiralah, ‘dia cakap (najib) a lot, a lot'”Kemudian Muhyiddin menyebut, “Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”
Kemudian dalam babak seterusnya, Muhyiddin sendiri yang menyebut jumlah tersebut dan cuba menjadikan ia pengakuan Mohd Najib.
Muhyiddin sambil melihat kepada Kadir Sheikh Fadzir berkata, “Berapa? 700 million dollar! Kalau kali 3 points something RM 2.6 bilion… goes to his personal account. Ini dia sebut, he admitted, so i said why put into your personal account?”
Video tersebut terhenti di situ sahaja. Menunjukkan perakam dan pembocor video tidak mahu jawapan Mohd Najib diketahui orang.
Muhyiddin sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Bukannya Perdana Menteri kata USD 700 juta tersebut.
Sebenarnya pada bulan lalu beberapa ahli MKT telah pun MENAFIKAN
bahawa Mohd Najib Abdul Razak memberitahu Umno bahawa wang sejumlah
RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan
untuk pilihan raya umum lalu.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai
kempen pilihan raya.
“Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau
tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar
sendiri,” kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.
Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir
untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB
digunakan untuk pilihan raya.
“Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana
menteri?” soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas
tani.
“1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber
dana untuk parti,” kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih
lanjut.
Dr Mahathir sebelum itu mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang
didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan
raya umum lalu.
“Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun
peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno
seolah-olah berpuas hati,” kata Dr Mahathir.
Jadi siapa sumber Majlis Tertinggi UMNO yang membohongi
Mahathir bahawa Najib mengakui sejumlah RM 2.6 Bilion wang 1MDB
dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau untuk tujuan pilihan raya?
Dalam video ini menunjukkan kemungkinan besar maklumat palsu kepada
Mahathir ini merupakan komplot oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz
Mahathir. Jika Mukhriz tidak berkomplot mengapa beliau tidak membantah
pun apabila Muhyiddin memberitahu Kadir Sheikh Fadzir bahawa sejumlah
USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib. – MYKMU.NET
1 comment:
Jilat sampai licin ye. Ko sebenarnya pengikut DAJJAL. semoga ko kuat menahan azab siksa kubur.
Post a Comment