>> 5 Terkini :

Tuesday, 14 July 2015

10 Sebab untuk kekal dalam Pas bukannya sertai parti baru :



1. PAS telah bersih dari anasir-anasir kufur dan liberal.

2. PAS dipimpin oleh ulamak yang ingin melaksanakan hudud, walaupun rumah banjir masih belum siap.

3. Projek-projek balak boleh ditebas dari hutan kelantan, tanpa memikirkan ekosistem, kerana dasar politik yang menggunakan slogan *asal dapat keredhaan Allah*

4. PAS adalah pemegang kunci syurga. Mana-mana muslim yang menyokong tahaluf siasi dengan pakatan Rakyat adalah munafik, dan menyertai DAP adalah jatuh kufur.

5. Kesalahan jenayah Kolar Putih, seperti pemindahan wang berbillion-billion RM memerlukan saksi yang adil.

6. Amanah & Quwwah adalah ciri2 kepimpinan Islam. Bagi PAS martabat amanah yang tertinggi adalah dengan bermesyuarat menggunakan hati, tanpa kehadiran jasad. Manakala Quwwah bagi PAS adalah kekuatan untuk mencerca dan mencaci maki saudara-saudara sesama aktivis Parti. Lagi kesat, lagi afdol.

7. Ulamak adalah pewaris nabi. Bagi PAS, nabi sudah meninggal, yang menggantikan nabi adalah para ulamak. Jadi mereka ini jangan lah dipersoalkan atau berbeza pandangan....

8. Para Ulamak Pas diharuskan membela hantu2 FB, membuat Whatsapp fitnah, risalah, poster banner dan lain-lain cara menghina saudara2 yang berbeza pandangan, kerana ia adalah simbol ketinggian akhlak Ulamak.

9. HARUS hukumnya, bahkan WAJIB menggunakan nas-nas al-Quran atau sirah seperti kisah Khalid Alwalid pada setiap hujah, WALAUPUN TAK TEPAT KONTEKS dan maknanya, demi mengekalkan kuasa.

10. Projek Pembodohan, adalah GRAND DESIGN perjuangan PAS yang asal. Selagi mana ahli-ahli itu bodoh, tidak faham ilmu & prinsip, selagi itu kuasa dapat dikekalkan. Orang-orang pandai dalam Parti hendaklah disingkirkan atas apa cara sekalipun kerana mereka ini adalah PENGHALANG KEPADA PROJEK PEMBODOHAN AHLI-AHLI dan PENYOKONG PAS.

No comments:

Popular Posts