>> 5 Terkini :

Wednesday, 7 January 2015

Kenapalah bodoh sangat sesetengah PIMPINAN PAS sekarang ini sehingga terpesona janji manis UMNO BN

BismillahirRahmanirRahim


MENELUSURI BUAH FIKIR RAJA KAMARUL BAHRIN

"Kerjasama Pas dan Umno- untuk menghadapi bencana atau untuk jangkamasa lama?"

Saya rasa tercabar untuk memberi pendapat terhadap pandangan Asyraf Dusuki dan Mohd Puad dua orang ahli Majlis Tertinggi Umno tentang isu di atas. Mereka berpendapat pengalaman menghadapi banjir bersama baru baru ini patut menjadi asas utk kerjasama masa depan Pas-Umno.

Walaupun saya memuji tujuan murni tersebut, terlalu banyak perlu Umno perjelas sebelum kita boleh mengambil cadangan tersebut dengan serius!

Terutamanya, Umno lah memegang kuasa yang lebih luas dan besar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan merekalah sepatutnya menunjuk insiatif ikhlas yang boleh meyakinkan hamba ahli-ahli Pas yang segala kekurangan ini.

Memang senang menabur janji di bibir yang manis......tapi perlulah ingat Tok Guru Nik Aziz pernah ingatkan 'jangan kita jatuh dalam lubang yg sama'.....terutamanya lubang yang digali orang yang sama!

Mohd Puad berkata tragedi tsunami Acheh telah mengujudkan kerjasama baik Jakarta dan Acheh. Kata Mohd Puad lagi, "tiada sebab kenapa situasi yg sama tak boleh berlaku demi Bangsa dan Agama di Malaysia antara Pas dan Umno."

Saya ingin nyatakan disini Acheh mendapat sebahagian besar royalti minyak dan juga otonomi dari Jakarta selepas tsunami.

Sanggupkah Kuala Lumpur memberi yang sama kepada Kelantan ?

Ingatkah Md. Puad dari situasi Kelantan tidak diberi royalti....pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor baru baru ini kerajaan pusat telah mengisytiharkan pula Kelantan tiada minyak pun!

Ingatkah beliau Di Terengganu apabila Pas menang tahun 1999 Kerajaan Pusat menarik balik royalti minyak sehingga hari ini.

Tahukah juga dua ahli Majlis Tertinggi Umno ini, bertahun tahun WR. Ustazah Siti Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang merayu di Parlimen untuk Kerajaan Pusat membina tembok pencegah banjir di Sungai Golok sebelah Malaysia untuk mengawal banjir burok setiap tahun tetapi kerajaan pusat membisu seribu bahasa?

Sementara itu di Seberang Sungai Golok di sebelah sempadan Thailand Kerajaan Buddhist di Bangkok membina benteng pencegah banjir untuk keselamatan Rakyat majoriti Melayu Islam di selatan Thailand!

Apabila hujan lebat rakyat Thai selamat-rakyat Malaysia banjir!

Hidup Melayu Thai di Golok.....!

Merana Melayu Malaysia di Rantau Panjang!

Adakah ini maksud Mohd Puad demi bangsa dan Agama?

Hidup Melayu mana?

Adakah segala kemudahan kilang pemerosesan minyak tengah laut Kelantan yang dibina Petronas di Selatan Thailand akan dipindahkan ke bumi Kelantan untuk memberi peluang anak Kelantan mengecapi peluang perkerjaan dan perniagaan?

Bilakah kerajaan Pusat akan memulakan Lebuhraya di Kelantan?

Keadaan di Kelantan amat menyedihkan kerana berbillion duit Royalti dan Kerajaan Pusat telah di nafikan selama berpuluh tahun.

Sebelum pemimpin Umno ingin menabur janji janji manis lagi.... silalah beri jawapan soalan di atas dahulu.

Kata orang puteh "Talk is Cheap" !

Kepada mereka yg terpesona dengan konsep kerajaan unity......sebelum kita mula bermimpi yang indah, lebih baik kita merenung realiti pahit yang bersama kita selama ini di manipulasi oleh Umno.

Situasi semasa di mana rakyat Kelantan terutamanya menghadapi tekanan hebat bencana banjir adalah waktu Umno ingin mengambil kesempatan saat kelemahan fizikal dan mental- "most vulnerable moment. "

Kita tidak harus mengambil keputusan dalam keadaan yg lemah (position of weakness) tetapi sepatutnya dalam keadaan yg gagah (position of strength).

Begitu banyak lubang perangkap yang digali oleh orang yang sama menunggu kita di sebalik janji janji manis...saperti pesan Tok Guru !

Bagaimana Umno nak berubah dengan Barisan Pimpinan yang sama, perjuangan Nasionalisma yang sama dan Budaya Politik Wang yang sama.

Ceritanya semua sama... hanya pelakonnya yang berbeza. Akibatnya kepada Pas pun akan menjadi sama saperti tahun 1970'an sekali lagi diperdaya......lubang yang sama... tetapi jauh lebih besar dan lebih susah hendak keluar.!

Waspadalah.

Bertaqwalah kepada Allah dan sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang benar dan banyak bersabar.

Raja Kamarul Bahrin.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

No comments:

Popular Posts