>> 5 Terkini :

Showing posts with label Mat Alishah. Show all posts
Showing posts with label Mat Alishah. Show all posts

Wednesday, 13 April 2016

Apabila SEPAHTU dilihat lagi mulia dari manusia yang mengaku ULAMA & PEJUANG politik dalam negara

Mat Alishah



Bila dok menonton SEPAHTU REUNION nampaknya ada pengajaran disitu jika manusia itu bijak menggunakan akal yg ada....

sewaktu mula berpisah dahulu...masing2 dengan haluan masing2... JEP & SHUIB dengan nama baru SEPAHTU & MAMAT dengan gerak solo....

namun kini mereka bersama dalam satu rancangan komedi SEPAHTU REUNION dimana dalam tu MAMAT dijemput sekali bersama kawan2 baru SEPAHTU iaitu RAHIM, ELIASA dan kawan2 yang lain....

Pengajaran disini budak2 muda yg dok layan komedi pun berjiwa besaq boleh bersama semula untuk bekerja sama untuk buat program demi nak menghibur serta demi kesinambungan komedi mereka...

Kini berbalik pada sahabat dahulu yang pernah bersama namun kini terpisah diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan....walaupun berpisah mereka tetap ada pengikut yang masih lagi satu jiwa satu hati dan satu matlamat iaitu menumpaskan BN yang memerintah negara...

Jika mereka yang dialiran komedi boleh berjiwa besar kenapa kita yang belajar agama bergelar ulamak bergelar pendakwah bergelar pejuang bergelar fighther untuk menentang BN tidak bolehkah semua juga berjiwa besar untuk bersama2 bergerak untuk menumpaskan BN demi untuk kebaikan semua rakyat Malaysia dan kebaikan untuk mengangkat ISLAM setinggi2nya....

Wednesday, 2 March 2016

Najib perlu undur sekarang, jika tunggu lagi 2 tahun pakai jahanam negara..!!

Oleh Mat Alishah


Kita ada lagi 2 tahun nak tunggu masa pilihanraya untuk menjatuhkan BN...
Sepanjang 2 tahun yang pegang kuasa ialah NAJIB...
Sepanjang 2 tahun NAJIB akan cuba memusatkan kuasa disekeling dia sahaja...
Semua intitusi NAJIB control untuk memperkukuhkan kuasa BN

Searang beebagai Undang2 dan Akta NAJIB telah luluskan di parlimen antaranya yang terbaru AKTA MKN yang mana beliau ada kuasa mengistiharkan darurat tanpa nasihat YDPA

Dengan tempoh masa 2 tahun NAJIB akan kuatkuasakan Undang2 yang ketat seperti akta mesin cetak, akta media sosial..bayangkan NAJIB kuatkuasakan MEDIA ONLINE kena register dengan kerajaan... FB disekat.. Whatsapp disekat seperti negara CHINA sana (al-maklomlah akrg NAJIB sentiasa pandang kenegara CHINA)...ruang demokrasi akan ditutup rapat...

Dengan masa 2 tahun NAJIB akan mencengkam kukunya dalam semua INTITUSI DALAM NEGARA...lihatlah sekarang apa sudah jadi dengan SPRM, JAB PEGUAM NEGARA, BANK NEGARA, POLIS, MAHKAMAH, KEMENTERIAN, SPR... serta sewaktu dengannya...

Sebut SPR yakinkah anda dengan kedatangan 1.5juta bangla adalah atas dasar nak suruh buat kerja...??? bagaimana dengan cerita pengundi hantu...pengundi yang diangkut berbiji bas...lupakan akai BN semua nie...

Dan Tidak mustahil NAJIB menghadapi kita semasa PRU14 nanti dalam keadaan tangan & kaki pembangkang di ikat manakala puak dia di make-up dengan vantik melalui media2 kerajaan yang ada...

Dalam keadaan tersebut tak mustahil masa PRU14 nanti keputusan mengundi akan berpihak keatas NAJIB & BN disebabkan semua kaki & tangan lawan dah diikat...

Jadi apa yang perlu dilakukan...

NAJIB harus di jatuhkan... dalam ertikata ditekan supaya beliau membuka semula ruang2 demokrasi yg semakin hendak ditutupi ketika ini...

Nak jatuh NAJIB kita semua bersatu kerana mustahil NAJIB akan turun takhta disebabkan NAJIB adalah satu2nya PM malaysia yang ada pelbagai isu yg dibebankan atas pentadbiran & diri beliau... Tidak macam PAKLAH yang turun tak ada terpalit kes sendiri untuk makanan rakyat...

Jadi pusing kot mana pun rakyat kena bersatu beri tekanan pada NAJIB.....walaupun terpaksa bersatu dengan mantan ketua penyamun....sebab selok belok penyamun nie yang faham dan memahami ialah geng mereka sendiri....walaubagaimana pun rakyat kena berhati2 dan bijak membaca pergerak mantan bekas ketua penyamun takut nanti kita pulak yang dipijaknya selepas NAJIB jatuh....

Antara ikatan yang boleh kita rakyat tambat mantan ketua penyamun ialah

1. KERAJAAN PERALIHAN (CARETAKER GOVERNMENT)
2. TOTAL INSTITUSI REFORM
3. BUKA SEMULA RUANG DEMOKRASI DALAM NEGARA
4. SPR DILETAKAN BAWAH PARLIMEN
5. WUJUDKAN P/RAYA SEGERA SELEPAS SATU TEMPOH PERALIHAN.

Jadi apa masalahnya sekarang... JOM KITA JATUHKAN NAJIB....jika dibiarkan RAKYAT YANG SEMAKIN TEROK... NAJIB TAK APA..dia ada Tok Arab yang nak bagi derma bilion2...kita....

Ayuhhhh UNDUR NAJIB UNDUR....

Sunday, 21 February 2016

PAS nak jadi ketua macamana..menang kerusi pun ciput..!!


Ala DAP lawan 50 kerusi jaa PAS tu bodoh dari dok boleh lock DAP jangan lawan lebih bilamana PAS keluaq PR maka DAP berpeluang ada 70 lebih kerusi PAS untuk ditandingi...skrg siapa yg bagi peluang untuk DAP berkuasa....kerusi selamat parlimen PAS skrg cuma dalam 15shj ada lagi 55 kerusi yg terbuka untuk berentap semasa pru14 nanti...PAS tiada hak nak halang mana2 parti berlawan dikerusi mereka kerana PAS skrg sudah bersendirian...jadi siapa yg cerdik dalam percaturan politik ini...

Zaman TGNA dulu dia nak DAP dalam satu gagasan antaranya sebab inilah dimana DAP kita bagi dia tanding kerusi dia sahaja..dan kerusi tersebut dah ditetapkan 50 maka 50 itulah kerusi DAP yg layak bertandingnya... dan PAS ada 70 lebih untuk bertanding dan kerusi ini juga dah dilock hak milik PAS...DAP tak boleh nak mai ambil dah....

tapi disebabkan kecerdikan pimpinan PAS yg ada hanya nampak satu hala sahaja sampai sanggup berpatah arang dan dengan apa dilakukan itu DAP berpeluang menjadi dominan sekiranya mereka bertanding di 70 kerusi PAS dan menang.....

kalau menang banyak bukan kata ketua PM pun boleh jadi tapi nak buat camna dah bodoh sombong...

zaman UMNO BN dok penat nie apa kata pulun tagih sokongan rakyat bersama PR....letak ketepi sat ego dok nak berkelahi satu sama lain tu..mengalah sat walaupun hakikatnya memang nak sekeh kepala DAP tuuu...

puluh berkempen supaya baki 2% sokongan rakyat berpihak kepada PAS & PAKATAN RAKYAT... dan pulun bagi menang banyak kerusi dan bila menang PAKATAN RAKYAT menawan Putrajaya sudah pasti PM akan dilantik dari PAS kerana seniority dalam parlimen ialah TGHH...dan beliaulah yg akan jadi PM nya....nak lantik yg lain siapa.. ANWAR..dalam penjara... RAFIZI... muda lagi... AZIZAH... pompuan... KIT SIANG... pakai dak laa....habis apa masalahnya... dah jadi PM pandai2lah buat kerja jangan dok bagi hidung DAP tariknya...

TAHNIAH atas kebijaksanaan PAS berpolitik...

MAT ALISHAH

Monday, 8 February 2016

Adakah ANWAR akan keluar menjadi HANG TUAH...??


Pertembungan NAJIB & MAHATHIR nampaknya sudah tidak disembunyikan lagi selepas anak MAHATHIR disingkirkan....

nampaknya permainan NAJIB sudah melangkah kedepan meninggalkan MAHATHIR...sampai sekarang kita belum lihat paku buah keras dari MAHATHIR untuk memukul NAJIB...

Kini NAJIB sedang mencari tempat berpaut untuk menyucikan beliau jika sekiranya beliau keluar dari takhta yang sedang diduki ketika ini.. JAMINAN itu ada pada siapa jika anda tahu..

Pada team MAHATHIR...mustahil kerana sudah pasti mereka juga nak lihat NAJIB masuk kedalam... Pada team UMNO sekarang ini..iaitu ZAHID, HISHAMUDDIN, SHARIZAT, KJ...dan ramai lagi yang bersama dibelakang beliau....mereka ini pun NAJIB tak percaya kerana mereka ini semua lalang dan pak turut sahaja...siapa jamu lebih kesitulah mereka akan berpautnya...

Jadi tidak mustahil beliau berpaut keada insan yang ada dalam Sg Buluh sana..dimana aku lepaskan kamu...maka kamu bersilat dan ambil alih lah negara ini dan perbaikilah semampu kamu dalam suasana ekonomi dan rakyat yang tertekan ini...yang aku nak jangan sentuh aku sudah....

Dalam keadaan negara yg tertekan dengan masalah bertimpa-timpa...ekonomi semakin menguncup...pelabur semakin angkat kaki....harga minyak yang semakin menurun ini..insan yang betul teruji menguruskan semua ini dengan jayanya ialah insan yang berada dalam Sg Buluh sana..

Jadi tidak mustahil tengku laksamana pergi mengadakan perjanjian antara mereka dan bawa Hang Tuah keluar...

Tunggu dan lihatlah....politik macam2 boleh berlaku...hari ini lawan esok boleh jadi kawan...

Mat Alishah

Sunday, 22 November 2015

Berani sangat kah Din Ayam tu nak berdebat, pengkomen di FB pun habis di blocknya..???


Jika dia buat sessi penerangan tanpa susun meja letak nama husam tu aku akan puji akhlak dia....sebab itulah keindahan islam yg di bawa oleh seorang pemimpin islam... tapi tengok kelaku macam budak2 sahaja sedangkan beliau merupakan org tertinggi dalam PAS...buat malu sahaja kelaku sedemikian...

mamat nie berani berdebat ke... komen yg kat fb dia pun dok block tak bagi komen..tetiba dok tunjuk jaguh kata nak berdebat.....

Macam nie punya perangai boleh jadi ajk pas pusat dan dulu ajk majlis syura ulamak

p/s- utk makluman aku sudah kena block dari komen fb dia mcm sahabat kita katakan tu.. pemimpin tak berani berhadapan.. itupun jangan tunjuk kemas nak debat.. aku takut bila dah susun semua nanti tetiba tepon pak mentua suruh batalkan mcm kes mustafa ali vs husam tuuu...

Saturday, 14 November 2015

Depa kata kita pengkhianat...kita jugak kata depa pengkhianat...!!!

Siapakah pengkhianat....??
Baru ada jawatan Ketua Pemuda Kawasan Besut aja pun dan 
sudah jual nama khalifah..thah thah Siadina Umaq pancung hangpa dulu..!!

depa kata depa bawa pelari kerusi depa...kita kata kerusi depa tu menang bukan ahli hangpa saja yang pangkah tapi rakyat yang pangkah

depa kata kita khianat perjuangan Islam... kita kata depa yang khianat sebab Islam nak menang 2% sahaja lagi tapi depa yang jahanamkannya

depa kata kita khianat sokong kapiaq tolak hudud...kita kata hangpa tu khianat nak bagi hudud terlaksana sebab orang tinggai 2% sahaja lagi nak dapat kuasa...dan dengan kuasa kita boleh guna segala kemudahan negara untuk laksanakan hudud dalam keadaan berkuasa..bab kapiaq tolak nak heran apa..nama pon kapiaq depa bukan wajib sokong pun..nak halang pun dok peduli apa....

depa kata kita khianat TGNA sebab tolak perjuangan dia.. kita kata hangpa yang khianat kerja buat TGNA...selama 23 tahun beliau berusaha mengangkat Islam dan selama dekat 10 tahun bekerjasama dalam 3 parti PAS PKR DAP..tetiba bila dia mati hangpa khianat kerja buat dia dengan turun tinggalkan inspirasi beliau

depa kata kita khianat pada perjuangan parti...kita kata depa tu lagi terok khianat perjuangan rakyat dimana rakyat dok pulun nak jatuhkan UMNO BN dan perjuangan itu tinggai 2% sahaja lagi nak jahanamkan musuh tetiba hangpa boleh musnahkan inspirasi tersebut...rakyat pelbagai lapisan beri harapan tinggi supaya semua bersama2 bersatu jatuhkan musuh last hangpa nak kawan dgn musuh

depa kata kita khianat Ulamak.... Ulamak kalau yg ada tu tak patuh pada ILMU yang dia ajaq nak pakai macamana... Ulama kata nak buat sesuatu keputusan kena musyawarah kena bermesyuarat tapi tetiba dia guna kuasa veto....kuasa veto nie ibarat kepimpinan SYIAH & KOMUNIS saja yg dok gunanya...

Sepatutnya hangpa tu yang patut di pancungnya sebab KHIANAT apa yang rakyat mahukan...

Salam Sayang Untuk PENGKHIANAT

Nukilan Mat Alishah

Saturday, 31 October 2015

MB baru SELANGOR selepas ini bukan AZMIN lagi, tak mustahil ZULHAZMI SHARIFF...!!


NAMPAKNYA DAP boleh bermula dari sekarang merialisasikan kemenangan di kerusi-kerusi DUN PAS yang ingin mereka bertanding... 

Mereka bolehlah merialisasikan hajat mereka ini dengan menurunkan calon-calon MELAYU ISLAM kerana ini sebagai salah satu tranformasi minda pengundi-pengundi yang tertanam selama ini DAP itu CINA.. CINA itu DAP....

Letakkan antaranya calon MELAYU ISLAM disini tidak mustahil PAS boleh tersungkur kerana kerusi-kerusi ini kebanyakan adalah pengundi campuran dan ahli PAS disini pun tak ramai.

Antara muka-muka yang sesuai di senaraikan ialah Sdr ZULHAZMI SHARIFF dimana sebelom ini menjadi ayam tambatan PAS dan menyertai DAP selepas PAS dilanda krisis baru-baru ini.

Saudari RARA & DYANA SOFIA kita juga boleh diangkat sebagai suara anak muda mewakil MELAYU ISLAM dalam DAP...

Bayangkan dengan sambutan rakyat terbanyak tak mustahil DAP dah boleh menang dah 3 kerusi PAS itu...yang selebihnya anda fikirkanlah siapa nak letak....

dan untung-untung MB SELANGOR bertukar tangan kepada DAP pulak selepas ini....masa nie baru ada akai si AZMIN tu..nak sangat berplaysafe dan cium mulut dengan PAS....

Bayangkan PAS & DAP ada 15 lagi tempat kosong untuk mereka bertanding dan yang pasti dengan 15 kerusi satu sama lain tu maka peluang hendak menambah kerusi lagi mudah bagi PAS & DAP...  jadi waktu ini AZMIN si PKR juga yang tersepit sebab mereka hanya ada dalam lingkungan15 kerusi sahaja untuk bertanding dan menang....itu pun jika UMNO kalah...

Walau apa pun kita lihatlah rencah politik negara yg semakin berbelit sekarang ini...



INI APA PULAK KATA PAS...

SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di lapan kerusi DUN yang disandang oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin Pas Selangor memutuskan untuk mempertahankan kesemua lapan kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas sedia maklum bahawa DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita telah dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan Pas...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata Pas negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam pilihan raya umum itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70 peratus pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Pas," katanya yang juga Adun Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di lapan kerusi Pas dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan setelah perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. - Bernama


Wednesday, 14 October 2015

UMNO dah kecut perut bilamana PAS-PERKASA buat kerjasama...

Mat Alishah

Hangpa tengok nie..kan aku dah kata UMNO dah kecut perut bilamana PAS-PERKASA buat kerjasama...

antara orang pertama nampak ialah ZAINUDDIN MAIDIN...

*aku hairan pulak yang puak PAS dibawah nie dok gelabah bewak tu apasal..relax maa ULAMAK tau la dia buat apa....



Tuesday, 8 September 2015

Apabila golongan agamawan PAS dianggap suci & murni

Mat Alishah



Golongan ulama yang berada dalam Pas adalah lulusan dalam bidang pengajian Islam. Mereka bukan pakar dalam semua bidang. Jauh sekali mereka mampu menguasai bidang-bidang disiplin keduniaannya yang lain.

Seakan-akan golongan agamawan Pas mendapat autoriti untuk menakut-nakutkan golongan yang bukan agama. Golongan ini juga merasakan bahawa mereka sahaja yang betul dan mendapat keredhaan Allah.

Golongan agamawan Pas sering membuat ancaman dengan menggunakan senjata (doktrin) "walaq" dan ugutan "dosa" jika melawan ulama Pas. Akibatnya, ahli-ahli bawahan yang kurang didikan agama telah dipasakkan dengan doktrin bahawa ulama Pas adalah "maksum" dan mempertikaikan mereka adalah berdosa besar.

Doktrin yang menyatakan Pas adalah Islam dan Islam itu adalah Pas, dan ulama-ulama Pas adalah "maksum" telah berjaya memerangkap ahli-ahli akar umbi dan bawahan Pas "berwalaq" secara membabi buta kepada pimpinan tertinggi Pas.

Ketaatan yang mutlak dalam ajaran Islam hanyalaah kepada Allah dan Rasullullah sahaja, dan ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat. Kini masyarakat melihat Pas sebagai satu entiti yang kurang diyakini arah tuju perjuangan keislamannya.

Pas kini merasa hebat kerana masih ramai ahli yang setia, dan masih ramai yang ingin menganggotainya. Itu semua tidak menghairankan, kerana "Ayah Pin" dan "Rasul Melayu Terakhir" yang terang-terangan aajaraannya bercanggah dengan Islam pun ada pengikut-pengikut masing-masing.

Apatah lagi, Pas sebagai parti politik yang menjanjikan habuan kuasa dan pangkat semestinya ada pengikutnya yang tersendiri.

*maaf nampak kasaq sikit..sebenar luahan ini datang apabila mendengaq ustaz2 muda PAS bercakap ibarat macam rakyat yang menyertai GHB nie macam dah tak ada nilai pada ALLAH swt

Popular Posts