APA KHABAR PAS TEBRAU?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Apa khabar PAS Kawasan Tebrau? Kedengaran sesuatu yang kurang enak dari sana. Krisis label-melabel masih subur sehingga secara zalim sehingga lebih kurang 9 jawatankuasa pemuda 'disingkir'?
2) Dengan hanya melabel mereka sebagai 'PAN', mereka disingkir tanpa bukti yang kukuh. Gerombolan 'Ustaz' lepas timur tengah yang mendakwa kumpulan mereka sebagai 'group istiqamah' dalam group whatsapp mereka berjaya menguasai kepimpinan pemuda kawasan tersebut dengan cara EGM yang dirancang.
3) Kumpulan 9 pemuda yang 'disingkir' dan dilabel sebagai 'PAN' tersebut bukan sahaja tidak dijemput dalam EGM tersebut, bahkan mereka di KIV dan kononnya akan dipanggil untuk memberi baiah semula kepada kepimpinan kawasan.
4) Pihak saya dimaklumkan bahawa kepimpinan pusat sudah sedia maklum bahawa 9 mereka itu bukanlah PAN, tetapi kumpulan ustaz terjun ini melakukan 'pembersihan' dan seolah-olah direstui oleh PAS Kawasan dan Negeri.
5) Jika ia benar-benar berlaku seperti maklumat yang saya dapat, ia amat memalukan dan mengecewakan. Saya mengenali beberapa figur dalam 9 yang dituduh PAN tersebut, dan saya boleh jamin bahawa mereka memang bukan PAN.
6) Takkan kerana hanya disebabkan salah seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah Mazlan Aliman dalan Anak, dia terus dituduh sebagai PAN? Takkan hanya berbeza pendapat, mereka dituduh PAN?
7) Saya mendapat maklumat bahawa Pasti Tebrau adalah organisasi Pasti terkaya dengan keewangan. Juga Pasti pertama yang menubuhkan sekolah untuk kesinambungan pelajar Pasti yang mahu terus berada dalam sistem pendidikan yang sama.
8 ) Pasti Tebrau adalah di bawah kelolaan pemuda pas kawasan Tebrau. Apakah ada tujuan lain mahu menguasai keewangan Pasti dengan cara halus? Saya tidak menuduh. Saya tarik balik pertanyaan ini jika ia disalah anggap sebagai menuduh.
9) Pemegang jawatan yang baru dilantik secara EGM yang menggantikan 9 orang yang disingkir seolah-olah mahu melakukan pembersihan pentabiran lama, sehinggakan tidak mahu langsung merujuk kepada 9 orang yang disingkir samada pengalaman mahupun buah fikiran.
10) Apakah mereka anggap mengurus sebuah Pasti itu mudah, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana program yang dianjur oleh pemuda 9 orang tersebut.
11) Mengurus Sukan Pasti sahaja sudah membuat anda gelisah, inikan pula mengurus sebuah Pasti yang mempunyai agenda dan perancangan yang lebih sistematik berbanding PAS kawasan itu sendiri.
12) Untuk pengetahuan, saya bukan daripada mana-mana individu dari Johor, apatah lagi dari Tebrau. Saya adalah Dr Tanaka Mustafa, memberi ingatan, bahawa kerusi PAS DUN Puteri Wangsa dalam Parlimen Tebrau akan tersungkur jika anda terus bersikap ghuluw dalam melabel rakan seperjuangan.
13) Saya tidak anggap anda sebagai team istiqamah, kerana anda baru saja terjun ke dalam medan. Istiqamah adalah team yang sudah lama di medan dan terus bertahan dalam medan perjuangan walau arus melanda hebat sewaktu ribut PAN berlaku.
Sekian
p/s: Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan PAS, tetapi adalah untuk membuka minda anda bahawa jika dalam PAS masih ada spesis seperti dalam artikel di atas, PAS jangan bermimpi untuk menang. Jangan menyalahgunakan label "istiqamah" untuk melingkupkan Parti.
p/s: Artikel ini juga bertujuan meminta cakna dan kebijaksanaan Pemuda Pusat untuk memberi perhatian. Anda tidak boleh membiarkan kurap kecil menjadi nanah. Ia boleh barah dan merosakkan PAS. Harapan PAN untuk melihat PAS rosak akan menjadi kenyataan jika kurap-kurap tidak dikikis.
No comments:
Post a Comment