Daeng Sanusi kena undur untuk jaga maruah Pas
STOP PRESS
Saya baharu menerima email surat Husam Musa yang ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Daeng Sanusi Daeng Meriok (foto).
Atas alasan dan hujah yang diberikan Husam, Daeng Sanusi bukan sahaja
tidak layak untuk menghakimi dakwaan ke atasnya (Husam), tetapi dia juga
patut berundur dari memegang jawatan itu secara terhormat.
Daeng Sanusi seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga keampuhan
integriti parti daripada orang-orang yang disenanginya. Kalau beliau
yang sudah jelas "melakukan salah laku" seperti didakwa Husam itu masih
lagi bertahan, macam mana ahli dan penyokong Pas mahu menjadikan dia
sebagai "orang tua" berwibawa dan dihormati.
Hendaknya Daeng Sanusi tidak mengulangi krisis kehakiman yang pernah
berlaku di negara ini. Wajah dan maruah Pas harus dijaga sebaik mungkin
setaraf dengan ia sebagai sebuah parti agama.
Dibawah ini disiarkan sepenuhnya surat Husam Musa berkenaan.
Assalaamu'alaikum wbt.
Ke majlis,
Yang Arif,
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS,
318A, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Yang Arif,
POHON
MEMPERTIMBANG LANJUTAN TARIKH JAWAPAN SURAT TUNJUK SEBAB DAN BANTAHAN
YANG ARIF DR. DAENG SANUSI DAENG MARIOK MEMPENGERUSIKAN SIASATAN
JAWATANKUASA DISIPLIN
1. Saya telah menerima surat Tunjuk Sebab
dari Yang Arif, nombor Ruj: PAS/PA/JKTT/15-17(02) bertarikh 22 Mac 2016
yang saya terima pada 29 Mac 2016, sekembali saya dari beberapa acara di
Kuala Lumpur, termasuk majlis Kongres Rakyat - Selamatkan Malaysia di
Shah Alam.
Pada hari ini, 3hb April, saya sudah berada di Indonesia sehingga 8hb April atas acara yang telah diatur lebih awal.
Untuk berlaku adil, saya mohon supaya tempoh 14 hari yang diberikan oleh Yang Arif dilanjutkan sepuluh hari lagi.
Ini untuk membolehkan saya menyiapkan maklum balas secara lebih teratur.
2. Kedudukan Yang Arif selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
Seingat
saya, Yang Arif sendiri telah membuat beberapa kenyataan berunsur
fitnah dan prejudis ke atas saya, khususnya menjelang Muktamar Pas yang
lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor.
Anehnya, selepas
Muktamar berlalu, Yang Arif tidak lagi menyerang saya secara terbuka, se
akan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan Muktamar.
Antaranya,
dalam satu dialog yang telah diadakan pada 24 November 2014 bertempat
di Akademik Harapan, Pekan Banting, Selangor. Di dalam dialog tersebut,
Yang Arif antara lain berkata;-
"Husam Musa juga terlibat dengan
PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia.
Tak apalah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang
PasMa. Husam juga terpinggir dalam Pas kerana nampaknya tak berapa ada
masa depan dia dalam Pas kerana dia telah melakukan banyak
kesilapan-kesilapan dalam Pas."
Kenyataan dan pendirian Yang Arif
dikira dakwaan tidak benar yang serius kepada saya dan termasuk fitnah
yang dilarang oleh Islam pada sisi saya sebagai mangsanya.
Saya tidak ingin memetik kod tatacara kehakiman keislaman di sini kerana saya kira Yang Arif lebih atau sepatutnya arif.
Saya
cuma mengingatkan, di dalam Islam, tohmahan dan sikap hakim yang
berkepentingan diambilkira dan diberi perhatian serta pertimbangan oleh
syarak kerana ia akan mempengaruhi penentuan hukum dan keputusan
penghakiman.
Saya dengan ini, sebagai tertuduh di depan Yang
Arif, mengesyorkan demi menjaga kemulian Parti Islam dan Islam itu
sendiri, untuk menguzurkan diri dari mengendalikan kes saya.
Sebagai
veteran parti yang mendalami pengajian Islam, Yang Arif telah sanggup
berlaku tidak adil kepada saya dan membelakangkan prinsip tabayyun serta
tidak pernah memanggil saya untuk mendapatkan penjelasan sebelum
mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu.
Oleh itu, bagaimana saya boleh meyakini Yang Arif boleh berlaku adil sekarang?
Mengecualikan diri dari mengendalikan kes saya adalah lebih menampakkan keadilan dan memenuhi tatacara kehakiman Islam.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Yang Benar,
Husam Musa
Yang Dipertua Pas,
Kubang Kerian
3hb April 2016/ 25 Jamadil Akhir 1437,
Lapangan Terbang Bima,
Sumbawa, Indonesia [wm.kl.8:23 pm 04/04/16]
4 comments:
dah hampir ajal pun masih lg tak boleh beza yg benar dan yg bathil. bhw menuduh org tanpa bukti itu adalah fitnah.
woi tua kutuk! ada otak tu fikirlah...
Bikin malu Parti JubBow dan orang Johor.. Agama Islam ke kapir harbi orang tua ni? Saja tanya sebab perangai lebih dari Yahudi...
Sejak semenjak dua menjak dok SEDONDON dgn ameno, perangai ameno dah jangkit kpd pemimpin parti piss... yg dolu2 di kata kpd ameno, yg dulu di buat ameno.... skang pimpinan parti piss rancak berperangai sama spt kwn baru SEDONDON. Tahniah.... Dolu2 ameno zalim, skang ameno adil doh. Dolu2 ameno toghut, skang ameno dok doh. Dolu2 ameno syaitan, skang dah jadi malaikat.... "Cash is king" kato pok jib.... benarkah???.... kita sedang tunggu senarai namo 15 pimpinan parti mengaku jenama Islam tapi makan dedak bersama zaharin rm500k, dato Syahril rm1juta. Pemimpin ameno yg makan dedak dah mngaku... semoga mereka masih hormat serban atas kepala sendiri utk berkata benar... jika pak lebai nak tipu pong tak per... tapi Ingat lah di akhirat nnt, Allah swt tunjuk kebenarann, mulut di sumbat tak boleh menipu lagi muko satu persatu ostad2 dedak Allah swt tunjukan...... sama2 kita tunggu!
Dulu dulu tuduh umno kafir ..sekarang lebih teruk dari org kafir dan dah setaraf binatang.
Post a Comment