A Kadir Jasin
KALAU emak saya celik huruf dan pandai mengarang, tentu dia tulis cerita
derma Raja Arab kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, lebih kurang macam ini:
“La, awat tak bagi tau awai-awai kata duit (AS$680 juta) tu Raja Arab bagi?
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna
Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
“Kalu tau kata Raja Arab bagi pasai nak lawan orang jahat (kununnya
Ikwanulmuslimin) tentu kita sokong.
“Ni dak, dok dalih sama dalih sini. Lepas tu siasat sana siasat sini. Buang
oghang tu buang oghang ini. Buat menyusah dan perabih duit saja.
“Kalu awai-awai mengaku kata Raja Arab bagi pasai nak tulung Najib memang
pilihan ghaya (2013) bukan ka baguih? Ni dak, semunyi sana semunyi sini macam
kawaq.
“Kalau Raja Arab dah bagi sedekah kat dia, pasai apa nak bagi balik? Buruk
siku.
“Kalu Raja Arab bagi pasai nak tulung dia menang pilihan raya, pasai apa
tak pakai duit tu? Dok tak dok kata dah bagi balik (AS$620 juta).
“Raja Arab yang bagi sedekah tu dah mati. Macam mana nak tau betoi ka dia
bagi? Kalau dia dah mati, macam mana nak bagi balik duit tu? Bagi balik kat
sapa? Kat anak cucu dia ka?
“Ni kegheja (kerja) tak masuk akai. Kesian Raja Arab tu. Dia mati tu satu
hai la. Tapi yang Najib dok pi bagi balik tu pasai apa? Macam mana nak kira
pahala dia?
“Pasai Najib tak guna semua duit sedekah Raja Arab tu la kot dia tak menang
besaq dalam pilihan ghaya (2013)? Habih
dia pakai duit sapa? Duit 1MDB ka?
Mohd Najib dengan Almarhum Raja Abdullah pada tahun 2010 |
“Ni
yang mak heran. Pasai apa dia tak guna duit Raja Arab tu? Pasai bila
orang keghobek (cungkil) baghu dia nak mengaku duit tu duit derma Raja
Arab?
“Raja Arab bagi AS$680 juta. Dia bagi balik AS$620 juta. Jadi dia guna
AS$60 juta saja la masa pilihan ghaya. Pasai pa dia tak pakai semua atau pakai
banyak sikit?
“Yang tok guru mak dulu kata, duit sedekah yang orang amanah kat kita, kita
kena istihar dan kena guna untuk oghang ghamai. Bukan masuk paket seniri.
“Yang kata dia pon teghima sedekah RM42 juta daghi SRC International tu macam mana pulak? SRC tu raja negeri Arab jugak ka?
“Tak tau la cik oi. Mak penin kepala. Dulu masa ayah hang jadi ketua Umno
kampung kita, dia tak ada duit pun sampai kena gadai barang mas mak.
“La ni depa dok cakap milion milion bilion bilion. Mak sikit pun tak faham
parti jaga rakyat atau jaga temolok depa.”
“Malu juga la Perdana Menteri kita dok pi mintak sedekah daghi Raja Arab. Macam
kita ni susah sangat. Baik lagi kalu dia mintak Raja Arab tambah kota (kuota) jemaah haji
kita.”
Nota kaki:
Ikut kisah seribu satu malam, yang bagi duit tu kepada Mohd
Najib adalah Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud. Baginda
mangkat pada
23 Januari 2015. Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Saudi
kata
mereka tidak tahu menahu mengenai derma itu dan sama ada ia
dikembalikan. Mohd Najib terima gelaran King Abdul Aziz Order of Merit
daripada Raja Abdullah pada tahun 2010.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment